Petik Cili Di Rumah Ibu

 


Bismillah,

Pada 10hb Mei yang dah lepas,maq berkesempatan ziarah ibu maq di Pasir Gudang.Sepanjang bulan shawal ,maq hanya sempat jumpa ibu dikampung je.Bila ibu dah balik ke Pasir Gudang dirumah adik maq,kami langsung tak berkesempatan berjumpa.


Apa yang menarik dirumah tu,ibu ada tanam macam macam sayur sayuran ditepi rumah tersebut.Semua tanamannya menjadi! Paling seronok bila hasil dari pokok cili,hasil yang sangat meriah!


Ibu maq suka bersedekah hasil tanamannya kepada adik beradiknya,anak anaknya dan jiran tetangganya.Seperti mana kita tahu,semakin banyak kita memberi,semakin banyak Allah ganti.Lihat je cili tu! Subhanallah geramnya maq tengok.




lefthanded guys**

Cili ni pedas berapi tau.Ibu maq dah siap sediakan bag plastik, gunting dan mangkok untuk memudahkan maq memetik cili.


Selain cili,ada juga ditanam pokok ubi,bendir,kacang botol, pokok pandan wangi,kunyit,turi dan beberapa jenis pokok lagi yang maq dah lupa.



Seronoknya jadi pekebun sayur.

🗨️petik cili sambil berselawat

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026