Skip to main content

Persiapan Untuk Menjadi Tetamu Allah ( haji&umrah)

 


Bismillah,

Satu perkongsian yang maq rasa sangat bermanfaat menjelang musim haji dan baik juga buat rujukan bakal jemaah umrah yang pertamakali ke sana nanti.


Rasanya boleh lah kot kalau dikongsikan disini.Manalah tau dapat beri manfaat buat mereka yang bakal menjadi tetamu Allah pada tahun depan pulak.Kalau tak pergi haji pun ,nak pergi umrah pun boleh juga guna pakai tips dan panduan ini.Jom kita teruskan membaca buat tambah tambah ilmu.


1.Persiapan ilmu. 

Dari sekarang dah kena study ilmu manasik haji supaya benar benar faham kerja haji. Boleh cari buku, video video youtube berkaitan kursus haji sebelum join kursus asas haji (KAH) yang dianjurkan oleh TH di masjid masjid daerah terpilih. Bila dah faham basic, hadir pulak kursus TH secara bersemuka, kefahaman lebih meningkat.


2. Persiapan kerohanian.

Upgrade hubungan dengan Allah dan setkan rutin harian supaya rutin di tanahair akan bersambung di tanah suci, malah dapat diupgrade. Perbanyakkan doa agar Allah mudahkan urusan kita dari sekarang, masa berangkat, tiba di tanah suci, semasa masyair dan semasa keberangkatan pulang.


3. Persiapan kewangan.

Dah boleh mula cukupkan tabungan. Yang mampu, boleh pilih pergi dengan PJH, kumpulan kecil, bimbingan mutawif lebih berfokus.


4. Persiapan masa.

Dah boleh susun kerja/tugasan/bisnes supaya sampai masa kita berangkat, semua dalam keadaan tersusun. Agar tiada yang dibimbangkan sepanjang peninggalan kita bermusafir menunaikan haji dan boleh fokuskan pada ibadat.


5. Persiapan fizikal.

Dah boleh mula buat brisk walk, jogging, supaya badan tak terkejut kerana di tanah suci kena banyak berjalan.


6. Persiapan kesihatan.

Dah kena start jaga kesihatan terutama mereka yang ada diabetes. Ramai yang sangkut sbb diabetes semasa pemeriksaan kesihatan. Pastikan makan ubat ikut yang Dr prescribe dan jaga diet. Yang obese dah boleh mula turunkan berat badan supaya lebih mudah bergerak kerana ibadah haji merupakan ibadah fizikal.


7. Persiapan sabar.

Biasakan diri sabar dengan ujian ujian kecil dari sekarang kerana di tanah suci banyak unexpected thing yang menguji kesabaran kita. Kena bawak bekal segunung sabar.



Credit to owner📌

Selamat beramal...

Popular posts from this blog

Seindah Apapun Dunia

Dos Bertambah Sebab Degil

Perihal Penyakit Ain

Kita Hanya Seorang Hamba

Daging Korban Nak Masak Apa?

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Tak Rasa Luka Dia

Tips Masak Nasi Guna Beras Basmathi

Pesanan untuk anak perempuan

Resepi Samperit Klasik