Skip to main content

Pesanan Dari Arwah Jiran


Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ini, undangan kahwin bukan seperti zaman maq muda muda dulu. Kalau dulu ,bila cuti sekolah je ada majlis kahwin. Cuti  sekolah je majlis kahwin, majlis kahwin je mesti cuti sekolah. Sekarangni orang dah tak kira apa dah. Kadang esok nak puasa pun harini ada orang nikahkan anak mereka. Boleh kata tiap tiap minggu ada undangan walimatul urus. Nasib bulan ramadhan mereka masih bersabar taknak buat majlis hehe.

Kenapa dulu dulu kena pilih cuti sekolah baru nak buat majlis?

Haa sebabnya dulu dulu takda konsep katering. Semua ahli keluarga , sahabat handai ,jiran tetangga akan saling bantu membantu. Dari persiapan depan rumah , dalam rumah hinggalah ke bahagian belakang rumah. Semua orang kena buat  kerja. Gotong royong itu wajib dan kemeriahannya jangan cakaplah. Suara orang ketawa , orang melatah , orang menjerit  nak itu ini ,suara budak nangis, budak bermain , fuh sangat sangat memeriahkan suasana.Yes confirm!

Kadang sebulan sebelum majlis , mereka dah datang ziarah. Tengok apa patut nak tolong. Buat kuih ,buat hantaran,buat buat sibok pun ada jugak hehe.

Setiap orang terdekat sangat sangat ambil berat masa tu. Kadang bukan je tolong tolong ,malah siap dibawakan lagi gula berkilo kilo, tepung gandum, susu pekat manis , kopi kapal api , biskut kering. Untuk ? Untuk jamu orang rewang katanya. Allahhu murahlah rezeki..

Tuan rumah jangan cakaplah. Macam macam kuih dah buat stock. Rempeyek, bahulu cermai,bahulu besar , kuih bangkit,kuih goyang, tumpi ,kerepek pisang , aduhai macam nak raya pun ada. Padahal cuma nak kahwinkan anak je pun hehe.

Malam sebelum majlis , ada majlis berinai, ada  majlis khataman, ada nasyid , ada berzanzi ,ada selawat , ada doa , bacaan yasin dan majlis tahlil jugak.

Majlis akad nikah buat kat rumah je. Nak nikah pun kompang, sanding , lepas tu majlis kemuncak , sanding lagi ,kompang lagi, makan damai , sampailah kepetang hari.

Siap habis majlis ,family ,jiran semua balik , rumah pengantin dah macam kapal karam. Dapat menantu sorang tapi bersepahnya rumah dah macam lepas kena langgar garuda haha.

Kalau kat kampung maq , sebelah malam selepas majlis kemuncak tu, ada acara joget lambak pulak, ewah,happening ko,  haha.

Band band kampung beraksi. Rocker, dangdut , joget melayu semua diaorang boleh persembahkan. Hebat budak band dulu dulu.

Siapa pulak yang ambil bahagian ? Pastinya budak budak muda yang dah kerja keras masa majlis siang sebelumnya itulah. Mereka tu dipanggil budak budak rewang. Jadi acara joget lambak tu biasanya merekalah yang memeriahkan suasana. Majlis untuk budak budak rewang. Kalau ada family pengantin yang sporting, mereka pun akan join sekali. Kadang pengantin pun kena tarik ,kalau tak pandai layan step, kantoi la malam tu hehe.

Sampailah ke pukul 12a.m habislah semua aktiviti. Rumah pengantin pun jadi sunyi sepi..krik³

Dan acara paling mengenal erti kepayahan bila pengantin baru diarah cuci periuk. Haaa hambikk. Periuk dengan pengantin lebih besar periuk ..layannnn. Bukan satu pulak tu ,kadang  kadang sampai 5-6 biji periuk tu. Aduh , dah nasib badan. Sabar, kehidupan baru si pengantin itu sedang bermula ..😂

Nanti sebelah petangnya , datanglah jiran tetangga,tolong kemas pinggan mangkok, susun periuk periuk, cawan cawan dan kemas semua barang  yang nak kena pulangkan kepada tempat sewaan barang barang tu. Ada yang tolong buka khemah ,mereka  tolong mana yang perlu. Akhirnya semuanya siap dalam masa 2hari tu sahaja. Apa yang penting??? Kerjasama!!! Yey Wonderpet 😂

Tapi itu semua dah jadi kenangan. Sekarang majlis perkahwinan orang kita dah banyak berubah sebab sekarang ni kita dah banyak  info. Ada sesetengah acara tu lari dari landasan  dan tuntutan agama. Walaupun semua tu adat tapi untuk kehidupan mendatang tak salah ubah adat demi kehendak agama. Dan keredhaan Allah s.w.t.

Persiapan Pengantin nowday ? Ahh diaorang chill chill jek. Semua serah kat wedding planner. Yang penting wangnya. Ada duit, Order sahaja, janji tak menipu dan tidak ditipu.  Meriah tetap meriah. Cuma takda istilah rewang , pasang balai, angkat khemah ,pulangkan periuk,joget lambak semua . Sebab semua tu sudah disediakan oleh wedding planner. Mudah sangat sangat bukan? Family, jiran tetangga, sanak saudara cuma datang ketika majlis kemuncak je sebagai tetamu yang dinantikan.  Tak payah nak perah peluh dah. Santai santai je bersama tetamu tetamu yang lain,makan² minum².

Maq teringat pesanan seorang jiran maq. Beliau dah meninggal dah pada bulan Januari ,awal tahun lalu. Tapi pernah satu hari. Semasa arwah jalan jalan kat belakang rumah maq dipetang hari.  Arwah sempat bertanya kan pasal persiapan perkahwinan anak sulong maq (kisah ini berlaku pada tahun 2016).Kata arwah :

" nak kahwinkan anak,jangan ikut kata kata orang. Zaman sekarang semua barang mahal. Kita buat je  mampu kita. Orang tu ada lebih sebab tu dia buat lebih,kita ada mampu kita ,kita buat ikut mampu kita. Nak buat majlis kahwin jangan berhutang, nanti dah beranak bercucu,hutang tak habis habis. Yang wajib tu diutamakan ,yang rasa tak perlu tak payah lah buat."

Maq ikut nasihat arwah. Biarpun arwah cuma jiran . Nasihat arwah tetap maq terima. Arwah pun sebaya dengan abah maq, dan maq anggap je abah maq yang berpesan tu.   Dan untuk majlis along,maq buat semampu kami. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan dan majlis berjalan lancar biarpun itu merupakan majlis pertamakali maq dan encik suami adakan sejak kami berumahtangga.

 Alhamdulillah..

Terima kasih Pak Harun, semoga Allah tempatkan arwah Pak Harun dikalangan  orang orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.

Siapakah  jiran kita? Bila dia dah anggap kita seperti ahli keluarga dia. Dia berani tegur silap kita, dia sanggup bersabar dengan perangai teruk kita. Dia ambil tahu susah payah keluarga kita. Dia tak buka aib kita , Itulah jiran untuk kita. Kalau jumpa jiran macamni, buat baiklah kat mereka, anda takkan menyesal duduk satu kawasan dengannya.

Ini pengalaman peribadi,mungkin pengalaman kita berbeza beza tapi tak mustahil juga kita punya cerita yang sama. Waallahua'lam ❤

Kad undangan untuk 2minggu ini


Comments

  1. dulu kalau gi kenduri kahwin cuma mak atau ayah je sbb susah x de kenderaan. tp skrg bawak satu keluarga gi mkn nasi di umah org. jimat belanja!

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni semua dah kena berjimat cermat 😂

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Pakar 3 Pakar mata Pakar Batu Pahat

 Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Sabar Dan Tenang Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...