Skip to main content

Khutbah Jumaat JDT

 

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 03 May 20l9
                 27 Sya'ban 1440
TAJUK  : Meraikan Bulan Ramadhan

1) Firman Allah Surah Al-baqarah/185 bermaksud: "(Masa yg diwajibkan kamu berpuasa) itu ialah bulan Ramadhan yg padanya diturunkn Al-qur'an.Oleh itu, sesiapa di antara kamu yg menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa bulan itu".

2) Kelebihan bulan Ramadhan- dijanjikn  rahmat pd awalnya; pengampunan dosa pd pertengahannya; dibebaskn api neraka pd penghujungnya.

3) Hamba2 Allah yg menghidupkn bulan Ramadhan- dibuka pintu Syurga; ditutup pintu Neraka; digandakn pahala diampunkn dosa; dimakbulkn doa; dirantai segala syaitan; adanya mlm Lailatul Qadar (kelebihan beribadah lebih baik dari seribu bulan).

4) Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Apabila tiba bulan Ramadhan, pintu Syurga dibuka, pintu Neraka ditutup dan syaitan akan dibelenggu".
(HR: Imam Muslim)

5) Antara persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan :-

5.1) Berdoa- smga Allah beri kesempatan, umur panjang, kesihatan utk bertemu bulan Ramadhan.

5.2) Persiapan rohani- mantapkn keimanan dn keihlasan laksana ibadah puasa; patuh segala perintahNya; yakin akn ganjaran dn kebaikn sepanjang Ramadhan.

5.3) Ulangkaji ilmu ibadat puasa- agar mudah melaksanakannya; agar puasa diterima Allah.

5.4) Usaha tingkat amalan- utk peroleh ganjaran besar; tadarus Al-qur'an; solat tarawikh zikir bersedekah dll amalan.

5.5) Persediaan jasmani- badan yg sihat mudah beribadah berbanding yg sakit; agar tidak terlepas segala ganjaran.

5.6) Azam tinggalkan dosa-  bersihkn diri dgn bertaubat dari dosa lalu; Ramadhan bulan penyucian jiwa dn penghapus dosa.

5.7) Persediaan kewangan- orng berharta digalakn bersedekah; Hadith riwayat At-tirmidzi bermaksud: "Siapa yg memberi makan orng yg berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orng berpuasa".

6) Firman Allah Surah Al-isra'/19 bermaksud: "Dan sesiapa yg menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakn amal2 yg baik utk akhirat dgn usaha yg layak baginya sedang ia beriman, maka mreka yg demikian keadaanya diberi pahala akn amal usahanya".

                  بارك الله لي ولكم ...



Copy paste*

Comments

POPULAR POST

Kesilapan Besar

Ikhlasnya Matahari Waktu Senja

Umrah Ramadhan 2025

Pakcik Tua Yang Belajar

Amalan Hari Jumaat

Tips Bangun Solat Malam

Ayam Tua Masak Sambal

Soudan Chocolate

Siapa Yang Layak Kerja Keras?

Ruang Komen Bikin Pening