Skip to main content

Sejarah Parit Sulong





Assalamualaikum

Sekali lagi kita berkongsi sejarah salah satu daerah di Batu Pahat.



PARIT SULONG DALAM GALLERY MEMORY


"Oleh ; Mohamad Sindi Sabilan "


Saya dilahirkan dalam pasca selepas perang dunia kedua dan zaman keganasan komunis Malaya 1947.Arwah emak pernah beritahu ketika nak lahirkan saya, sana sini Jedar jedur ! bunyi tembakan malam-malam, hingga menakutkan  seluruh penghuni Parit Sentang Batu di kampung bernama Estate Chu Lem.Sekarang lokasinya ialah Komplek peladang Jalan Peserai berhampiran Parit Lapis Laman.


Embah Sarah  nenek saya yang menjadi bidan yg tinggal di pekan Parit Sulong dibawa oleh bapak aku dan diiringi oleh  beberapa orang kampung Home Guard supaya tidak diganggu oleh komunis.Pengganas komunis Bintang Tiga berada dimana-mana di sekitar Parit Sulong, seperti di Kangkar Senangar, Hutan hutan menghala ke Pagoh, Seri Medan, Air Puteh, Separap,Parit Penghulu, Parit Jawa, Batu Lima, Kolam Air, Bandar Batu Pahat.


Kominis ni kejam, mereka menangkap membunuh , menyeksa, membakar rumah mencolek anak-anak  gadis.Yang paling teruk ialah kominis balas dendam kepada orang-orang disyakki membantu Jepun dalam perang dua ke dua.Jepun memang dah berdendam dengan orang orang Cina sejak zaman perang Mancuria zaman Sut Yat Seng. Ramai Penduduk Cina lari ke Asia tenggara termasuk ke Tanah Malayu tinggal menetap bersama orang Melayu mengusahakan ladang-ladang getah, kelapa, gambir, pinang, kopi.


Ketika komunis melancarkan keganasan penduduk sekitar Parit Sulong terutama yang tinggal di Air Puteh Kangkar atau yang jauh di pedalaman hutan Paguh Sejagung, telah dipindahkan oleh kerajaan British supaya mereka tidak diganggu komunis di Parit sulong, mereka di beri sementara tanah lot, rumah ,makanan, beras tepung gula ikan kering roti oleh British. Saya masih ingat lagi nama-nama seperti Wak Pito,Wak Gariman,Wak Amir, Wak Minhaj Munaji, Wak Sarwan,Wak Surip dan banyak lagi  saya tak berapa ingat. Orang-orang cina pun ada juga mereka ditempatkan di sekitar padang Parit Sulong.


Untuk mengawal supaya  penduduk tidak keluar sewenang-wenangnya Parit Sulong di pagar dengan kawat berduri setinggi 12 kaki dari hadapan balai polis lama tepi sungai  membawa ke Parit Raja Ahmad dan terus ke jalan Parit Jidin ke belakang Sekolah Kebangsaan Parit Sulong.



Hanya ada 2 jalan untuk keluar masuk iaitu dipintu pagar atas jambatan Parit  Sulong dan pintu pagar depan sekolah cina Parit Sulong. Setiap pagar dikawal oleh mata-mata dan askar home guard.


Didepan sekolah cina ketika pagi semua  orang yang hendak pergi noreh atau berkebun akan diperiksa pakaian nya ,basikalnya topinya tong getahnya kalau-kalau ada yang seludup makanan untuk diberikan kepada komunis.Bas lori kereta yang keluar masuk akan dipereksa dengan teliti hingga penumpang bas pun kena periksa takut ada komunis yang menyamar. Dengan kawalan ketat ini kominis dihutan-hutan Kangkar naik berang mereka tak dapat bekalan makanan lalu komunis menyerang kampung-kampung sekitar seperti Parit Jawa , Separap  Seri Medan, Parit Penghulu tak kira siang atau malam.



Orang kampung yang ketakutan akan lari, menyelamatkan diri .Orang Cina  yang ketakutan pun akan lari kedalam hutan hingga ada yang tertinggal anak-anak kecilnya yang masih bayi atau diserahkan kepada orang Melayu. Parit Sulong dulu ramai orang bela anak angkat cina kebanyakannya perempuan anak angkat ini di bintikan kepada bapa angkatnya, bila besar kawin dengan orang Melayu, anaknya cantik -cantik di sekolah Dato' Sulaiman dulu ramai saya terjumpa yang emak nya anak angkat cina.


Saya memang tahu dan kenal mereka , ada yang dari Parit Othman ada yang dari Parit Jawa ada yang dari Parit Tegak, tapi saya diam saja tak mahu pecahkan tembelang, mereka ni pandai belajar,terutama matematik dan sains.


Untuk mengurangkan ancaman komunis British menubuhkan pasukan kawalan kampung yang di panggil "Home Guard"  yang terdiri dari penduduk kampung lelaki dan perempuan. Mereka  dilatih berkawat serta menembak dan diberi lencana home guard.Saya ingat lagi bapak saya  dulu berlatih menembak di Parit Sentang bersama Wak Kiman,Wak Maskam ,Wak Kandar Wak Sadali, Wak Samad.  Malam-malam meronda seluruh kampung dengan lampu picit dan senapang, kalau-kalau ada komunis masuk kampung  dan menyerang, macam rukun tetangga la.


Satu ketika kominis telah menyerang Parit Sulong dengan membakar rumah-rumah dan membunuh penduduk kampung amat dahsyat serangannya hingga membunuh  beberapa orang kerabat AY Cikgu Karim dan AY Dato Jamil Sulong.


Beberapa hari selepas itu Kerajaan British menghantar  beratus-ratus tentera Fiji, Gorka dan Australia ke hutan Kangkar,mereka berkumpul di Padang Parit Sulong dengan komboi trak tentera dan helikoter, keadaan pekan  Parit Sulong  seperti dalam perang , hari-hari lori dan trak tentera berderet-deret menghala pekan Kangkar, lori-lori tentera ni sambil lalu suka campak gula-gula kearah kanak-kanak ditepi jalan termasuklah saya.Sukanya dapat gula-gula coklat ketika itu... ha ha ha !



Bila malam selalu kedengaran bunyi tembakan mesyen gun dari arah Kangkar.Besuknya balai polis Parit  Sulong dipenuhi askar dan tentera. Berpuluh-puluh mayat kominis yg kebanyakannya hancur berkecai di lanyak oleh askar Gorka disadaikan di tepi balai polis tepi jembatan. 


Orang ramai termasuk saya berebut-rebut menyaksikan muka kominis. Ngeri saya tenguk, kaki hancur muka hancur, ada yang diikat dipikul dengan kayu diturunkan dari trak tentera,kominis perempuan pun ada.



Ketika perang  darurat  hampir tamat ,ramai penduduk dalam kurungan pagar parit sulong yang balik semula ke Air Puteh ,balik Kg Kangkar, tapi ada juga yang terus menetap diParit Sulong sehingga hari Ini,ada yang menjual lot tanahnya kepada orang luar.Penduduk asal Parit Sulong sebenar dah tinggal sikit seperti bapak saya, wak Surip Pak Dan  Wak Gariman, keluarga AY Cikgu Karim, AY Pak Yakmat dan lain-lain (sekadar yang teringat)


Sekarang kebanyakannya imigrant yang datang menetap kerana mencari rezeki.Sempena sambutan hari kebangsaan, negara sudah aman bebas cari nafkah, ingati pengorbanan orang terdahulu yang membebaskan kampung kita dari kominis Jepun dan British.






Nota maq : artikel ini merupakan Copy paste dari laman facebook.

Sejarah tak mungkin berulang namun jika kita lalai tak mustahil kita akan kembali mengulang sejarah silam itu. Relakah tanah air kita dijajah kembali ? Semua jawapannya ada pada korang. 

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Kelebihan hari Jumaat

Assalamualaikum. Bila tiba hari Jumaat , banyak yang boleh kita buat disepanjang malam dan siangnya. Bermula lepas masuk waktu maghrib , seperti mana yang sering kita lihat , selepas solat Maghrib , ramai ambil peluang baca surah yasin. Ada pun segelintir  berpendapat baca surah khafi pada sepanjang Jumaat ( tak kira malam atau siang ) adalah lebih afdal. Sedangkan baca surah yasin itu afdal dilakukan disetiap pagi disetiap hari. Bacaan yasin bukan cuma dimalam Jumaat sahaja.  Ada pun untuk hal sebegini adalah lebih baik kita rujuk kepada pakar. Dan penjelasan lanjut ada  Disini ❤  , semoga anda akan lebih paham pada permasalahan tersebut , inshaallah. Selain melakukan solat Jumaat yang wajib bagi setiap kaum lelaki yang dah baligh serta sihat  mental dan fizikal , ada juga  lagi yang disarankan elok dilakukan pada setiap hari Jumaat. Ianya ialah berselawat keatas nabi. Lihat gambar bawah ini. Hadis sohih - Peluang sudah ada didepan mata , 80 ka...

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

January Giveaway by Awesome Dreamer

Assalamualaikum, hai.. Untuk pembuka 2020 ,maq dah join  January Giveaway  dari Blogger Awesome Dreamer.  Pembuka tirai ni tau!  Anda boleh masuk je link Awesome Dreamer tu. Ikut je arahan owner blog. Ok done!  Masuk link ini jika anda berminat nak turut serta. Good luck!

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Sedekah yang sia sia

Assalamualaikum. Ada pun sedekah jariah  yang diberikan dengan ikhlas semata mata kerana Allah merupakan salah satu saham akhirat. Pahalanya akan terus mengalir biarpun pemberi sedekah telah kembali menemui Allah SWT. Kekayaan sebenar bukanlah memiliki tetapi kerana banyak memberi. Tapi hati hatilah bila bersedekah. Dikhuatiri semuanya hanya sia sia. Semoga contoh atas tu bukan kita..

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...