Skip to main content

Posts

Jerebu mohon pergi

Assalamualaikum Alhamdulillah , setelah beberapa hari bumi Batu Pahat berjerebu , Allah telah turunkan hujan rahmatNya sejak malam  semalam hingga ke hari ini . Dan semoga selepas hujan ini reda , harap sangat jerebu lenyap. Dan orang BP dapat aktif bernafas seperti biasa . Kalau dah berjerebu , nak keluar rumah pun kena berkira kira sebab habuk dan jelaga jerebu yg sangat halus amat memberi kesan yang negetif pada sistem pernafasan tubuh badan . Jika kesihatan terganggu ,semua aktiviti turut terjejas. Oleh itu sama sama lah jaga kesihatan yang takda dijual dimana mana . Jerebu .. mohon pergi .. Orang Batu Pahat dah rindu kat  matahari ..

Teruja Dengan Senyumannya

Assalamualaikum ..  Pada hari sabtu lalu , ketika maq sedang leka depan tv . Tiba tiba kedengaran suara Aida  menjerit . Yey !! Ayah !! Firstime ni !! Huhu nice pic lah !! Maq yang tak tahu apa apa menoleh  ke arah Aida . Kenapa ni? terpekik macam orang tak siuman . Seronok lah  mak ! Firstime ambil gambar ayah tersenyum ni !! Laa .. Aida ni .. bikin suspen je . Tapi bila maq tengok gambar di skrin phone dia , ha ah lah  suami ku tersenyum sedangkan selama ni ,  beliau tak pernah pun nak senyum bila bergambar . Biarpun ketika  menonton rancangan Maharaja lawak !Haha hebat tak? Tengok! Bukan saja kasih sayang , malahan senyuman pun perlu diberi kepada anak anak dan juga isteri malahan orang keliling jugak. Jadi tidaklah mereka rasa pelik bila perkara biasa biasa pada orang lain , jadi perkara luar biasa pada dirinya . Senyumanmu penawar segala dukaku .. eh  terjiwang pulak

Ety balik cuti , Maq yang resah

Assalammualaikum Sabtu kali ini semua orang dah ada kat rumah maQ . Semua ? Ye semua tu maknanya anak anak , suami ada dah depan mata ni . Tadi pukul 6 pagi maQ dan suami dah ke terminal bas untuk tunggu Ety sampai dari Kuantan , Pahang .  Dia akan menghabiskn cuti sem nya selama seminggu di Batu Pahat tanahairku katanya . Kalau dulu , anak gadis maQ nak naik bas nak pergi  Johor Bahru pun maQ tak lepaskan tapi bila dia dah kena belajar di Pahang  terpakslah lepaskan juga. Terpaksa dalam redha sebenarnya .  Hehhe bila dia kata dia dapat tiket bas yang gerak pukul 1 am  , hati maQ dah gelisah . Bagaimana dia nak ke terminal bas ekspress tu nanti sebab 1 am tu dah lewat sangat . Lepas tu terfikir pulak ada kawan ke dia di terminal tu ? Terbayang keadaan terminal yang sunyi sepi  masa maQ sempat singgah dulu . Aduh jantung  dengan minda maQ bagaikan  bergerak  tak seiring bila fikir fikirkannya . Malam tadi sempat whats app dia untuk ...

Merisik Yes Tapi Yes Kata No!

Assalamualaikum Harini 28haribulan dan harini line internet kat rumah kami ni laju sebab qouta bulan September dah di top upkan . Jadi boleh lah maQ membebel di blog.  Tapi line maxis ni tak boleh percaya sangat sebab kadang kadang ,baru 2 hari tambah qouta , dah habis dah . Padahal bukan ada buka laptop  pun,cuma smart phone 4 , tab 1. Aikk .. banyak jugak tu hehehe Kalau line macam siput , memang sakit hati nak melayari internet kan.  Loading perlahan , gambar susah nak upload atau download . Ala orang 'siber' mesti dah masak sangat dengan masaalah  macam ini . Minggu lepas maQ ada niat nak tukar plan Maxis ni kepada Yes! Katanya Yes! Takda qouta dan kalau buka video di u-tube tu , 5 cerita sekali jalan pun masih laju . MaQ dengar pun teruja lah nak tukar. Deposit rm 150 , qouta unlimited , bulan bulan rm98.00 . Ok lah tu kan?  Tapi bila dah sampai kaunter Yes!  Pekerja Yes tu tanya duduk mana? Cakaplah  " Bukit Perdana " . Serta merta pekerja...

Levi's vs Puma

Assalamualaikum Barang lama kena tukar baru ? Kalau perlu tukarlah . Kalau tak berapa nak perlu ,  baik gunakan dulu selagi masih boleh diguna. Jangan membazir ,zaman sekarang semua barang harga naik. Kalau naik tu berharganya murah takpa , ni kadang tu  harga macam tak masuk akal . But nothing can say , this is Malaysia ! Semalam maQ pergi ambil cermin mata yang maQ tempah minggu lepas . Kenapa maQ tukar ? Duit terlebih ke ? Sebenarnya memang nak tukar lama dah , tapi disebabkan bajet selalu tak lepas ,akhirnya bulan ini ,Allah izinkan . Kenapa tukar? Kerana maQ dah masuk alam rabun dekat .  Biasanya otai otai yang ada rabun dekat kan? Dan sekarang ni kiranya maQ sudah masuk zaman otai la ye ? Hehhe redha je lah . Cermin mata lama yang berjenama Levi's  ni selesa dipakai tapi hanya berfungsi untuk rabun jauh je .  Dan bila check semula ,mata maQ punya masaalah rabun jauh dan dekat serta rabun silau ! Ye package  3 dalam 1 ! Makanya terhasi...

Pesanan buat diri sendiri .

Assalamualaikum .. Salam jumaat . Hari jumaat orang Johor cuti kan ? Alhamdulillah dapat juga rehatkan diri bersama anak anak dan suami ye . Tapi suami dan anak maQ off hari ahad . MaQ pun kerja juga hari jumaat ni , maklomlah kan kami bukan kakitangan kerajaan jadi terpaksalah berkerja .  Siapa pun kita , kita kena akur pada kejadian alam . Bahawa kita adalah hamba milik Allah yang dijadikan  dari asal yang sama . Dari seketul tanah ,ditiup rohnya ,menjadi mahlok yang dipanggil manusia , kemudian  manusia itu dinamakan Adam . Itulah asal usul manusia yang dinyatakan didalam al-Quran . Bukan berasal dari beruk yang dikatakan oleh saintis.  Bermula dari Nabi Adam ,kemudian isterinya Hawa dan kemudian anak anak mereka  dan begitulah ianya berpanjangan . Kurun berkurun ,abad berabad hinggalah ke hari ini .  Bezanya kita pada amalan dan perbuatan. Lain lain kita masih dianggap sama . Cumanya jika Allah beri nikmat dan rezeki ki...

Harta Ahmad debab

Assalamualaikum Kalau anda pernah menonton cerita P.Ramlee yang berjudul ' labu dan labi ' anda mungkin perasan ada ayat dia yang suruh  gadis tu pilih antara mereka . Dalam lagu tu sorang nak jadi tukang masak ,nanti hari hari masak nasi goreng . Agaknya anak haji Bakhil memang gemar makan nasi goreng kot . Dan sorang lagi nak jadi tukang cuci , hari hari dia tolong cuci baju . Mungkin saja anak haji Bakhil tu suka melaram , tiap jam salin baju .. agak je ni . Dan bila minggu ni anak dara maQ tak dapat tolong basuhkan baju kerana beliau kena berkerja 12 jam . Tanggungjawab tu , maQ ambil alih . Dan kini baru maQ tahu kenapa P.Ramlee nak jadi tukang cuci . Ada sesuatu yang menarik rupanya . Nak tau ? Ni hasil basuhan 3 hari sahaja . Tu ada yang maQ tak sempat nak ambil gambar sebab masa terhad . Kalau lah setahun macam ni ,memang patutlah mesin cuci maQ tu baru beli 2 tahun dah meragam . Ada harta karun rupanya dalam tu yang disimpan oleh ahmad debab . Hahhaa ...