Merisik Yes Tapi Yes Kata No!





Assalamualaikum

Harini 28haribulan dan harini line internet kat rumah kami ni laju sebab qouta bulan September dah di top upkan . Jadi boleh lah maQ membebel di blog. 


Tapi line maxis ni tak boleh percaya sangat sebab kadang kadang ,baru 2 hari tambah qouta , dah habis dah . Padahal bukan ada buka laptop  pun,cuma smart phone 4 , tab 1.

Aikk .. banyak jugak tu hehehe


Kalau line macam siput , memang sakit hati nak melayari internet kan.  Loading perlahan , gambar susah nak upload atau download . Ala orang 'siber' mesti dah masak sangat dengan masaalah  macam ini .


Minggu lepas maQ ada niat nak tukar plan Maxis ni kepada Yes! Katanya Yes! Takda qouta dan kalau buka video di u-tube tu , 5 cerita sekali jalan pun masih laju . MaQ dengar pun teruja lah nak tukar. Deposit rm 150 , qouta unlimited , bulan bulan rm98.00 . Ok lah tu kan? 


Tapi bila dah sampai kaunter Yes!  Pekerja Yes tu tanya duduk mana? Cakaplah  " Bukit Perdana " . Serta merta pekerja tu senyum.


Bukit Perdana area tinggi . Semua line tidak berqualiti kalau ada dekat sana . Lebih baik tak payah tukar sebab nanti perkhidmatannya tidak  memuaskan hati.


Jadinya masihlah setia dengan Maxis dan hajat untuk merisik Yes adalah GAGAL ! 


Mula tu terasa jugak kecewa tapi maQ nie tetap akan cakap " ada rahmat nya atas apa yang berlaku ." 

Dan hati pun tenang semula.






Comments

Popular posts from this blog

2 Muharam 1448H

Hikmah Disebalik Sesat

Bersyukur Bila Diuji

1 Muharam 1448H

Tirai 1448H Langit Indah

10 Zulhijjah 1447H

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

Senarai Alat Survival Menghadapi Krisis Bencana Alam Atau Peperangan