Masyarakat Kena Prihatin

 

Replika Gambus - antara mercu tanda daerah Batu Pahat

Bismillah,


Semalam Batu Pahat digemparkan dengan kematian seorang pelajar tahun 2 yang kemalangan dihadapan pintu pagar kawasan sekolah tempat dia belajar.


Sebelum tu kita dah dengar juga bagaimana kisah dua orang pelajar yang dirempuh oleh sebuah kereta salah seorang tenaga pengajar  dari sekolah mereka .


Kejadian tersebut melibatkan kematian seorang pelajar dan seorang lagi katanya cedera parah. Dan waktu ini pemilik kenderaan pun sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah.


Sememangnya ini adalah takdir yang Allah dah tentukan buat semua yang terlibat.Sebagai warganegara level mak mak ,dua kes ni maq nampak ganjil pada satu sudut.Iaitu, 


"bagaimana kenderaan boleh berada dalam kawasan sekolah disaat waktu waktu kemuncak?"


Van hantar barang tu tak boleh ke tunggu keadaan reda dulu? Kita tak boleh nak harapkan pak guard je untuk kawal situasi kemuncak tu.Murid murid ramai yang keluar masuk.Kenapa van pun sama nak memeriahkan suasana? Akhirnya satu nyawa melayang.


Tentang kereta merempuh pelajar yang baru siap solat berjemaah tu pulak,macamana kereta tu boleh sewenang nya parkir sebelah surau sekolah? Bukan ke itu kawasan laluan murid murid untuk ke surau? Mungkin Maq tak tahu situasi disana ,tapi benda ni agak pelik bila difikirkan semula.


Teringat zaman maq jadi pelajar dulu dulu.Semua kenderaan guru  ,pelajar dan pekerja sekolah tidak dibenarkan berada dikawasan sekolah kecuali dikawasan parking yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.Biasanya lokasi tempat letak kenderaan tu berada diantara 100-200 meter dari kawasan sekolah.


Ye ini qada dan qadar.


Tapi keperhatian masyarakat juga boleh selamatkan satu nyawa. Apa yang maq nampak,orang sekarang sejenis nak cepat,mereka malas nak jalan jauh bila letak kenderaan ditempat yang betul.Mereka kurang peka dengan keselamatan orang keliling terutama kanak kanak.Jangan kata orang luar,ibubapa sendiri pun kadang tak alert tentang keselamatan anak mereka.Risaunyaaaa.


POV : Benda dah jadi maq,nak buat macamanaaa..Orang yang langgar tu pun tak sengaja,dia pun taknak benda benda macam tu belakum


Maq : ye benda dah jadi,kalau boleh itu je sekali kejadinya.Lepasni takda dah kita dengar lagi kes kes menyayat hati seperti ini .


Salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa kemalangan.Moga rohnya ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.


Jom selawat**

Comments

Popular posts from this blog

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Hilangkan Rasa Lenguh

Umrah Bersama Tiram Travel

Cara Nak Kawal Tenang

Memori Sepanjang Shawal 2026

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Selamat Jalan Adam Danish

Ayat Pilihan 15/04/2026