Skip to main content

Sedang Belajar Berkata Tidak

 


Bismillah,

Guys! Dah nak masuk 17 Zulkaedah 1447!? Zulkaedah tu bulan ke 11 hijrah. Masyaallah,kejapnya 1447 dah nak habis.Jemaah haji 1447 pun dah berpusu pusu diterbangkan ke Mekah dan Madinah.Moga jemaah haji Malaysia sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah swt.Dilancarkan semua urusan mereka sewaktu disana hingga kembali ke tanah air.


Kalau korang nak tahu kisah Maq pulak. Bermula 1 May 2026 yang lepas,maq dah tutup semula taska dirumah Maqnie Nurseri setelah 30 tahun beroperasi.Maq sekarang dah mula rasa penat.Maq rasa diri ni dah macam tak terurus beberapa tahun sejak kebelakangan ini.


taska dirumah dah ditutup.
Last beroperasi pada 30/4/2026 yang lalu.

Cucu asuhan yang terakhir di taska dirumah maq.Beliau sekarang dah berpindah ke Johor Bahru.Beby ,jaga diri okey 💕


Ada yang bertanya.Dah tak kerja tu nanti macamana nak dapat duit poket?


Sabar guys.Inshaallah nanti maq minta kat Allah.Sejak lahir pun rezeki maq datangnya dari Allah.Alhamdulillah...


Kenapa belum umur 60 tahun maq dah give up nak berusaha jadi pengasuh? Banyak penyebabnya tapi biar maq simpan elok elok dalam kotak ingatan maq sorang je.


So sekarang Maq buat apa? Bermula May 2026 ,lepas encik suami balik dari masjid selepas solat subuh maq dan beliau lakukan aktiviti brisk walk.Kami ambil masa 1 jam untuk aktiviti itu.


Aktiviti serupa ini kena pelan pelan kayuh,sebab kami dah tak muda lagi guys.Sehari dapat 2km pun dah cukup bahagia dah tu.

Hari ke 3 May

Hari ke 4 May


Biasanya pukul 8am ,kami dah balik dari brisk walk.Maq akan buat rutin harian maq macam biasa.Masak, kemas rumah, makan ,buat itu,buat ini sampailah masuknya waktu zohor.


Lepas zohor pulak ,bermula dari pukul 2.00 pm maq ajar  kelas iqra' dan Al Quran ( secara dalam talian) hingga pukul 6.00pm.Sebelum ni kelas bermula selepas solat maghrib (7.45pm).


Kelas ini masih ada lagi slot kosong.Korang yang nak join boleh je beritahu maq.Boleh PM kat mana mana laman sosial maq.Nanti kita bincang lebih lanjut.


Maq akan berada dimeja ini bermula dari pukul 2.00pm hingga 6.00pm semata mata untuk ajar iqra & Al Quran.

Hanya 15 minit pada setiap sesi.
Setiap hari isnin hingga Khamis untuk kanak kanak.Seminggu ada  4 sesi.

Bagi orang dewasa ikut kelancaran bacaan masing masing.Ambil masa 15-20minit pada setiap sesi.Waktu dan hari tertakluk pada kesesuaian pelajar dewasa tersebut.Seminggu hanya satu sesi sahaja.

Kelas cuti setiap hari Sabtu & cuti umum.


Maq akan kongsikan kepada pelajar semua ilmu yang Maq dah belajar tentang Al Quran.


Moga moga usaha maq yang ini dipermudahkan.


Pemangkin semangat brisk walk.
Sentiasa support maq sejak dulu hingga kehari ini.


Dan juga bermula May 2026 - Maq sedang belajar untuk berkata ' tidak ' pada urusan yang dah buat maq rasa seperti sia sia.


Jika selama ini bibir maq hanya pandai berkata 'okey ,boleh je'. So sekarang maq kena ubah.Biarpun kadang kala Maq terpaksa berlakon jadi orang yang kononnya tak tahu apa apa tentang dunia.


Ini semua adalah hasil nasihat dari encik suami yang mana beliau nak  maq rehat rehat je pada umur yang masih tersisa ini dan beliau nak  maq lebih fokus untuk diri Maq sendiri.


Guys,doakan maq berjaya teruskan usaha untuk berkata 'tidak' pada hal yang sia sia dan doakan juga moga maq dan encik suami istiqomah dalam usaha nak jaga kesihatan kami.Niat kami satu je guys.Nak sihat kerana Allah.That's all.


track brisk walk kami untuk hari ini 5/5/2026 


Selawat jangan lupa ❤‍🩹

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Pakar 3 Pakar Mata Klinik Pakar Batu Pahat

Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa ...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

Urusan Maya sudah selesai

Assalamualaikum. Alfatihah. Semalam ( 18hb Mac 2020) kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan satu lagi berita kehilangan ahli keluarga.  Pemergian Arwah Maya amat mengejutkan maq kerana selama ni maq tak tahu menahu pun yang arwah ada mengidap kanser tisu. Sepupu maq yang dah aktif dalam bidang seni tanahair  hampir 26tahun ni,  tak pernah pun menunjukan yang beliau sakit. Keceriaannya dihadapan peminat dan ahli keluarga  sepertinya hanya mengatakan yang dia sihat dan bahagia. Pandai dia sorokkan. Allahhu.. Semoga ahli keluarga lain redha dengan semua ini. Sama sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan . Maya bersama ahli keluarga kami pada sambutan hari  raya beberapa tahun lalu. Dia adalah penghibur   untuk peminat dan juga untuk ahli keluarga. Lepas perjumpaan hari raya tu maq cuma mampu lihat arwah aktif di skrin gegar vaganza 2018 dan semalam lah berita terakhir t...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Group Whats App sekolah diselubungi pilu

Assalamualaikum. Awal pagi tadi, kami - bekas pelajar SMKS batch yang lahir pada tahun 1968 /1969 ( sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang ) telah mendapat berita bahawa salah seorang sahabat kami telah kembali kepada Pencipta nya. Innalillahiwainnahirojiun.. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم  ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين Selepas berkahwin,  mungkin jarak dan komitmen masing masing telah memisahkan kami tap...