Hukum Keluar Mekah Lebih 2 Marhalah Sebelum Wukuf

 



Bismillah,


Jemaah haji yang keluar dari Mekah melebihi dua marhalah seperti ke Taif sebelum hari kemuncak haji atau wukuf serta gagal berniat ihram haji atau umrah ketika masuk semula ke Tanah Haram boleh dikenakan dam isa’ah tertib dan taqdir iaitu wajib menyembelih seekor kambing.


Peringatan itu susulan terdapat segelintir jemaah haji Malaysia yang telah menyelesaikan ibadah umrah dilaporkan keluar dari Mekah dan menuju lokasi melebihi dua marhalah (lebih 81 kilometer) seperti Taif bagi tujuan ziarah sebelum Hari Wukuf.


Pakar Rujuk Haji, Dr Mohd Sirajuddin Siswadi Putera Mohamed Shith berkata, jemaah haji yang keluar dari Mekah ke lokasi seperti Taif sebelum Hari Masyair perlu memahami implikasi hukum dan peraturan ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi bagi mengelakkan isu ibadah dan berdepan masalah keselamatan

sumber : AWANI news

Comments

Popular posts from this blog

Hikmah Disebalik Sesat

Musim Haji VS Musim Durian

Ada Luka Yang Harus Dilupakan

2 Muharam 1448H

Tirai 1448H Langit Indah

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Bersyukur Bila Diuji

1 Muharam 1448H

Memori Sepanjang Shawal 2026