Selamat Jalan Adam Danish



Assalamualaikum.

21 Oktober 2021.


Terima kasih Allah untuk pinjaman selama 13 tahun ini. Anak syurga kami telah pergi menemuimu . Kami redha Ya Allah. Kami tahu perjalanan ini aturanMu. Semua ini hanya pinjaman dari Mu dan kami juga bakal dipulangkan kembali nanti.


Al fatihah buat anak saudara mak long , Adam Danish. Kita mungkin telah terpisah tapi kasih sayang mak long kat Adam takkan pernah pudar sampai bila bila pun,inshaallah.


Sambut birthday yang ke 13 pada 1 Ogos lalu.


 Doa mak long,

"Semoga tangan yang urut kaki mak long waktu letih berjalan ziarah umrah dulu, tangan yang tolong ambilkan air kopi panas, tolong bawakan makanan² naik lift dan hantar ke bilik mak long suatu ketika dulu ,tangan yang tolong ibu ,ayah ,abang ,kakak²,atok, nenek  tanpa rasa mengeluh setiap waktu.. ye semoga tangan² itu sekarang ini sedang dipimpin oleh bidadari bidadari untuk berehat ditaman² syurga."





Berehatlah sayang,satu hari nanti kami juga akan menyusuli  Adam Danish disana...💕

Al Fatihah buat Adam Danish bin Nazrulhisham.

01/08/2008-21/10/2021 - thank you Allah..



( video) Rumah baru buat Adam.




Kini ,rumah ini dah sunyi tanpa suara Adam, anak bongsu kesayangan Ayah ibu ,abang, kakak kakak dan kesayangan Mak long juga.



Harini ,Atok dan Nenek berpeluang ziarah Adam dirumah baru.Berehat ye sayang. Adam dah selamat kembali ketempat paling abadi ,kami disini masih perlu meneruskan perjuangan yang masih bersisa beberapa hari je lagi.


Selamat Jalan Adam Danish ,anak syurga ibu ayah. Rindu mak long takkan pernah pudar.💕

Comments

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun..salam takziah

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah..semoga tabah hadapi saat kehilangan...Innalillahiwainnaillaihi rojiun..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..ampuni anak syurga ini ya Allah

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailahirajiun. Ya Allah tempatkan Adam Danish di kalangan orang soleh.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  5. Ezuta : Terima kasih atas kunjungannya ,inshaallah kami redho atas kehilangan ini.Aamiin

    ReplyDelete
  6. NA : Aamiin Yaa Robbal Alamiin..

    ReplyDelete
  7. Semoga roh Adam dicucuri rahmat
    Al-Fatehah

    ReplyDelete
  8. WP : Aamiin yaa Robbal alamiin..
    terima kasih wak

    ReplyDelete
  9. inalillah, salam takziah kak...
    Alfatihah buat arwah Adam Danish, moga syurga lah ganjaranmu anak...

    ReplyDelete
  10. Dana : terima kasih,Aamiin yaa robb..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Sedia

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Hilangkan Rasa Lenguh

Umrah Bersama Tiram Travel

Memori Sepanjang Shawal 2026

Usaha ,Doa & Tawakkal

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Ayat Pilihan 15/04/2026