Surprise Giftbox by Dcalysta perfume Batu Pahat
Assalamualaikum..
Apa khabar jualan perfume Dcalysta maqnie?
Okey nak kongsi sikit. Ofcos susah sikit nak berjualan bila kilang perfume tu diarah tutup untuk beberapa bulan asbab lockdown 3.0 di seluruh Malaysia baru baru ni.Bila customer nak code yang popular ,stock pulak takda. Yang ada cuma code perfume yang kurang jadi buruan. Tapi dah cakap pun minyak wangi, tak diburu pun still wangi padu, takda yang tak suka!
So bila jualan tak sehangat selalu ,maq ambil satu langkah untuk elakkan stock perfume tak bergerak .
Tu diaaa... kami adjust buat surprise perfume giftbox pulak.
Bermula Ogos ,promosi hari merdeka ,kami promote kaw kaw. Alhamdulillah sambutan diluar jangkaan.
Bila dah habis sambutan hari merdeka , kami buka untuk jualan harga asal.RM 45.00 sekotak. Ianya mengandungi :
1 botol perfume Dcalysta 30ml ( rm38.00)
1 bear saiz 12cm
1 kad ucapan
1 random freegift*
Add ON ( dicaj )
*3 pcs kitkat (rm 3.00) atau
*1 wallet (rm 6.00) atau
*sepasang handsock (rm 6.00) atau
*sehelai tudung bawal chiffon bidang 45 (rm 12.00)
atau kesemuanya pun boleh ,tapi kotak nak kena besar sikit la,hehe..
Dan customer boleh minta nak tambah apa je yang lain lain yang mereka mahu.Semua itu juga akan dicaj.
Harga tidak termasuk kos penghantaran.
Boleh pos ke seluruh Malaysia.
Antara surprise perfume giftbox yang sempat maq ambil gambarnya. Lain lain semua urgent request ,jadi dah siap terus je hantar !
Alhamdulillah. Biarpun benda ni nampak macam simple tapi maq rasa syukur sangat sangat,sebab maq dapat berkongsi rezeki dengan agent, dropship dan runner maq.Dan maq dapat beri rasa bahagia kepada pemberi dan penerima surprise giftbox itu.Kita doakan mereka terus bahagia sampai bila bila ,Aamiin.
Adapun sekarang ni Johor dah di fasa ke dua.Semua sudah beroperasi seperti biasa dan jualan perfume maq dah berjalan semula.
Agent pun dah boleh bebas bergerak kesana kesini ,dah boleh merentas daerah walaupun dalam keadaan menjaga SOP dimana mana.Kalau sebelum ni paling jauh dapat gerak dalam area 10km sahaja.
Thanks Allah...
Hidup dalam norma baharu ni semua terbatas, tapi usaha kena diteruskan sebab dimasa akan datang kita tak pasti apa pula bakal terjadi...
doa yang baik baik buat semua.