Ati Ati & Keladi
Assalamualaikum.
Bila dah hari hari melayan handphone .Sibuk melayan karenah pelanggan,share iklan ,layan karenah anak anak kutu ,mengurus rumahtangga disamping suami ,anak dan kadang kadang bersantai dengan cucu cucu ,ada ketika maq memang perlukan ruang untuk terapi mata,jari jemari dan sedikit ketenangan buat diri sendiri.
Solusinya maq pilih untuk tanam bunga jelah.Nak tanam pokok durian pasu tak muat pulak nanti.Dah beli tanah tapi tak sampai pun 5 ekar . Mampu beli 5 bungkus jek ,😂..
Semalam nenek maq beri ibu maq pokok ati ati.
Ni bukan nak menanam,ni nampak gaya nak bukak nursery ni 🤭.
Akhirnya maq share pokok tu kepada beberapa tuan.
Maq sikit,
ibu maq sikit,
Along sikit...
Along ( Akak ) @anak sulong maq**
ibu suruh cucunya si along tanamkan sebab ibu maq tak sempat nak uruskan pokok bunga buat masa ni.
Maq punya pokok ati ati :
Duduk dalam kawasan rumah perumahan macam rumah maq ini,bila ada hijau hijauan ,dapatlah buat terapi mata dan minda .
Tapi kena jugak hati hati ,bila dah seronok bertanam tanaman ,jangan pulak melebihi kawasan jiran tetangga atau melangkaui kawasan majlis pembandaran. Nanti kat akhirat ,letih nak menjawab ..Nauzubillahiminzaliq.
Nak beli baja keladi atau tanah baja?Whatsapp je nombor fon dalam gambar bawah ni.
Nak free postage bolehje cari kedainya di shopee ➡️ AM SHOPP
Sampai jumpa lagi,salam Jumaat buat semua.Jangan lupa lebihkan sikit berselawat harini ,💕