Skip to main content

Kisah Barang Kemas


Assalamualaikum

Alhamdulillah wasyukurillah. Masih mampu tersenyum dan diberi keizinan untuk berusaha buat sehari lagi dibumi Allah ini.

Harini maq nak kongsikan satu lagi ilmu yang maq dapat masa pergi kelas muslimah semalam.

Jika sebelum ini maq beranggapan bahawa bila sesaorang isteri itu telah meninggal , barang kemas yang telah menjadi hak miliknya bakal beralih tangan kepada isteri muda. Haa Seram tak ! sehinggakan maq jadi truma nak masuk kedai emas . Hahha ayat tu sering terngiang ngiang dicorong telinga maq. Berbelas tahun dah berlalu tapi maq tetap pegang kata kata tersebut.

" haaa Puan puan, belilah barang kemas banyak banyak , nanti mati , isteri muda yang  beruntung "

Okey , itu dulu. Semalam bila ustaz beritahu , bila meninggal sahaja seorang isteri , semua hartanya termasuk barang kemasnya adalah hak anak anaknya ! Hak tersebut hendaklah dibahagi dalam kiraan faraid . Okey dah boleh lega hahaha.

Dan menurut ustaz lagi , haram jika simati ada anak tetapi barang kemas peninggalan si mati ( ibunya ) dipakai oleh isteri muda suaminya.

Sesungguhnya barang kemas itu dikira sebagai harta peninggalan si mati untuk anaknya bukan untuk bini muda!

Haa jelas ya tuan tuan?

Kenapa waris lelaki  ( ayah, anak lelaki,  adik beradik lelaki simati)  dapat harta lebih  dari waris perempuan jika mengikut hukum faraid?

Jawapannya mudah sahaja . Bila sudah baligh dan waras , waris lelaki yang mendapat harta peninggalan si mati itu terpaksa menanggung banyak tanggungjawab . Iaitu tanggung jawabnya kepada isterinya , ibunya , anak anaknya ,anak anak saudaranya yang yatim /piatu ,untuk rumahtangganya dan untuk anggota masyarakatnya yang memerlukan.

Harta suami ,isteri boleh ambil. Tetapi harta isteri , tiada hak untuk suami kecuali dengan izin isteri.

Dan ustaz pesan lagi , buatlah wasiat sebelum tidur . Kenapa? Sebab esok esok  belum tentu kita bernafas lagi. Allah hu..

Nasib baik maq takda harta banyak , yang ada sekarang hanya 3 , iaitu tiga anak perempuan maq. Merekalah harta  maq hingga di akhirat nanti , insha Allah.




Nota maq : Dunia ini hanya pinjaman. Kita hidup hanya sekejap , jangan kerana mengejar hidup yang sementara ini kita lupa kehidupan kekal kita diakhirat nanti.

 Waallaua'lam ..

Popular posts from this blog

Jangan Terlalu Beratkan Minda Semata Untuk Dunia

  Gambar sekadar hiasan** Bismillah... Diam tak diam syaaban dah nak pergi ,ramadhan pulak bakal jadi pengganti. Harap harap tahun ni dapatlah kita bertemu dengan ramadhan 1447. Terlalu banyak spikulasi berkaitan ramadhan pada tahun 2026 ini. Disemua laman sosial,pakar pakar sibuk mengulas pelbagai isu semasa dan isu mendatang. Terkini,manusia global meramalkan dalam bulan ramadhan 2026 nanti banyak isu akan belaku.Mereka cerita pasal perang WW3 ,pasal krisis makanan,pasal kemunculan  imam Mahadi  ,pasal blackout /dukhon dan semua itu telah pun menjadi perbualan hangat didalam group group warganegara Malaysia khususnya. Sebagai salah sorang warganegara dinegara ini, maq taknak ulas semua hal yang di spikulasikan itu.Bagi pihak maq,semua boleh laku jika Allah izinkan.Andai Allah tak izinkan,semua takkan belaku. Hidup ini memang sentiasa diuji.Makanya kenapa nak fikir hal yang belum pasti? Adalah lebih baik rebut peluang dalam janji janji Allah.Sebab nanti,hujung hujung pad...

Cerita Parking Kereta

  Bismillah, Kereta kesayangan encik suami dah hampir ½ tahun berada diluar garaj. Kenapa? Meh sini maq nak cerita. Dulu ,sewaktu kami baru berpindah ke taman ini,depan rumah maq tu adalah tanah tinggi.Kalau korang nampak tembok dark grey tu,haaa segitulah tinggi halaman kami dulu. Tapi memandangkan kawasan terhad.Maka kami ambil keputusan buang tanah yang meninggikan halaman rumah kami tu untuk dibuat garaj kereta.So dapatlah nanti memudahkan jiran tetangga nak keluar masuk dilorong tu. Tapi bila jiran tetangga dah semakin ramai, generasi pun dah masuk generasi ke tiga dah sekarang.So masalah paking kereta sangat sangat menjadi masalah.Terutama bagi pihak kami,sebabnya rumah kami rumah terpaling hujung.Sebab tu dulu dulu maq pernah pakai nickname makcik rumah hujung.  Nak dijadikan cerita. Dah elok elok kereta usang kami tu diparking dalam garaj,ada pulak jiran tetangga block laluan keluar masuk garaj kami.Bukan sekali,bukan dua kali tapi hampir hari hari isu ni terjadi. Bila...

Kisah Sejarah Dato' Bentara Luar

  Bismillah, Dah lama Maq tak kongsi sejarah negeri Johor.Harini terpanggil nak kongsi berkenaan seorang tokoh yang popular dalam liputan sejarah di negeri ini. Dato’ Muhammad Salleh bin Perang - Dato' Bentara Luar - Founding Father of Batu Pahat Beliau seorang tokoh besar Johor, lahir di Teluk Belanga, Singapura pada 1841. Beliau membesar dalam lingkungan pentadbiran keluarga Temenggung Johor dan sejak muda sudah menunjukkan kebijaksanaan dalam ilmu ukur, pentadbiran tanah serta pembangunan masyarakat. Atas titah Sultan Sir Abu Bakar, beliau dihantar membuka penempatan baru di Batu Pahat pada 1892. Hasil usaha dan kepimpinannya, lahirlah Bandar Penggaram, yang mengambil nama asal Kampung Penggaram (kini Batu Pahat) yang kini menjadi salah satu bandar utama negeri Johor. Beliau juga terlibat dalam pembangunan Muar, Endau dan Kluang. Beliau turut terkenal sebagai tokoh pemetaan awal Johor. Peta pertama Johor dilukisnya pada 1879, dan kemudian dikemaskini menjadi peta rasmi yang leng...

Kek lapis 3 Diva

Kek Lapis 3 Diva Bahan 500 gm butter( saya guna golden churn) 3/4 gelas gula 10 biji telur 1 sudu teh esen vanilla 200 gm horlick 1 tin susu manis 1 gelas susu tepung nespray 1 1/2 gelas tepong hongkong ( moist guna 1 gelas) 1/2 botol kecik browning sugar 1/2 botol yam paste Warna purple Bahan cheese: 250gm cream cheese 1/2 gelas gula 1 biji telur Sedikit esen vanilla 2 sudu tepung hongkong Cara: Butter & gula pukul sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan esen vanilla, susu manis, horlick, susu tepung, tepung . Gaul sebati. Bahagi 2 1- masuk yam paste & warna purple 2-masuk browning sugar Bahan cheese Campur semua bahan dan pukul sampai sebati Kukus warna coklat > cheese> warna purple . Credit : Mariati Othman Kabilah ( facebook) 

Suami You Kan Tak Kerja,Dia Buat Apa je Dirumah?

  Beliau ♥️ Bismillah, Kongsi sikit kisah keluarga sendiri.Nak cakap pasal keluarga oranglain tak boleh ,kita bukan duduk serumah pun dengan mereka ,so jangan nak memandai. Pernah satu hari.Waktu maq hadiri majlis kenduri kawin sorang sahabat.Sesaorang telah bertanya;  " suami you kan dah tak kerja ,so dia buat apa je kat rumah tu? "  i is :  telinga berdesing ,jantung dupdap dan hati seperti nak retak.Dalam minda ni berselirat urat mikir,ngkau ni takda soalan lain ke nak tanya? kenapa tanya pasal suami i??! Tapi maq beri jawapan dengan tenang.So sahabat maq pun berpuasati dengan jawapan yang maq beri.Padahal jawapan tu hanya⅒ je dari aktiviti harian encik suami. Yang sebenarnya aktiviti beliau padat.Ini list hakiki yang encik suami buat hari hari.Dari celik mata sampai beliau masuk tidur.       ------------------------------------------------------- 5.00 am - Mandi & siap siap untuk ke masjid 5.30 am - Dah gerak ke masjid 6.30 am - Basuh kain baju...

Kari Idaman Suri pack baru

  Assalamulaikum. Baru berkesempatan check blog ,masuk ruang komen terjumpa komen dari Mr Alex -Idaman Suri dipost maq yang bertajuk  Kari idaman suri  yang maq update pada tahun 2020 lalu. Alhamdulillah dah dapat info terkini.  Lepasni pengguna lain masih boleh menikmati rasa hebat kari idaman suri ini.Anda boleh masuk link ni untuk siasat apa yang terkini dari   Idaman Suri . Yang menarik bukan je masakan kari ,tapi ada banyak lagi perencah segera yang sedap dan lazat untuk anda cuba nanti bersama keluarga. Bawah ni packaging lama : And now dah new packaging ,taddaaa... Perencah menu lain : Nak jadi agent atau nak tau apa apa pasal idaman suri ,boleh hubungi , Mr Alex 017 283 8623 ( marketing manager ) Facebook* Nota : gambar gambar  di ambil dari facebook De Cuisine 💕

Sudut rezeki

Assalamualaikum. Rezeki datang dari pelbagai sudut. Bila kita bijak menilai limpahan rezeki dari Allah s.w.t. pasti kita akan menangis kerana sejak lahir kita sudah dilimpahkan dengan berbagai sudut rezeki. Ada orang anggap rezeki mereka murah hanya bila dapat duit banyak, kaya raya , kerja bagus padahal , sihat itu jugak rezeki. Disayangi ahli keluarga juga rezeki. Makanya bersyukurlah jika anda masih sihat dan ceria hari ini disamping ahli keluarga tersayang. Selain itu ... Dan ya , tepat sekali . Kawan yg baik jugak rezeki  dari Tuhan. Nota maq : Bersyukurlah jika punya kawan yang ambil berat tentang anda dan ahli keluarga anda. Tak semua orang akan peduli perihal ahli keluarga kita kan? Cuma , batas persahabatan itu mesti dijaga kerana kadang kadang kebaikan yang datang itu ujian bagi kita. Makanya , hati hati. Waallah hua' lam..

Masjidil Haram Bangunan Paling Mahal Di Dunia

  Bismillah, Masjidil Haram di Mekah mendahului senarai bangunan paling mahal di dunia, dibina dengan kos USD 100bilion!!!! Saiz: Satu juta (1,000,000) meter persegi 🕋 Kapasiti: – Mampu menampung dua (2) juta jemaah pada satu-satu masa; 🕋 Kunjungan: – Menerima dua puluh (20) juta pengunjung setiap tahun; 🕋 Operasi: – Dibuka dua puluh empat (24) jam sehari; – Tidak pernah ditutup sepenuhnya selama lebih 1,400 tahun; 🕋 Kebersihan: – Mempunyai 1,800 petugas pembersihan dan 40 kenderaan pembersihan sanitari elektrik; – 60 mesin sanitari elektrik untuk membersihkan kawasan lapang; – 2,000 tong sanitari ditempatkan di seluruh kawasan masjid; 🕋 Lantai & Permaidani: – Lantai diliputi 40,000 helai permaidani (panjang keseluruhan melebihi jarak antara Jeddah dan Mekah, iaitu 79 km); 🕋 Tandas: – 13,000 tandas, dibersihkan empat (4) kali setiap enam (6) jam; 🕋 Air Minuman: – 25,000 dispenser air (antara sistem agihan air terbesar di dunia); – 100 sampel air minuman diperiksa setiap ...

Tips menyelamatkan pesakit yang diserang stroke

kata kata nasihat** Assalamualaikum. Stroke boleh menyerang kita dimana mana dan kepada sesiapa sahaja . Terutama pesakit diabetis , stroke sering menguji . Kesan stroke amat tidak dijangka , semua bergantung pada izinNya. Maq ada jumpa tips bila mana kita menemukan seseorang yang terkena stroke dihadapan mata kita. Lebih lebih lagi ketika berada dirumah. Tips ini dikongsi oleh seorang nitezen difacebook , dan diruangan komen beliau , ada beberapa orang nitezen lagi tampil  dan menyokong kenyataan beliau ini. Rata rata mengatakan mereka pernah mencuba tips itu , dan hasilnya memang memuaskan dengan keizinan dari Allah s.w.t. Bawah ini tipsnya : Jika ada di antara keluarga kita yang terkena stroke, jangan panik. Itu kuncinya. Sebab, jika anda panik, justru akan memburukkan lagi stroke yang dialaminya. Ada 1st aid (langkah pertama) dijamin sangat berkesan. Cara ini sudah diperkenalkan secara meluas, agar menjadi pertimbangan masyarakat sebagai alternatif pertolongan pertama ...

5 Sikap Yang Mematikan Perasaan Pasangan

  sekadar hiasan** Bismillah, 5 sikap yang mematikan perasaan pasangan. 1.Bahasa Kasar. 2.Memandang Remeh kepada pasangan. 3.Banyak mengarah pasangan. 4.Membandingkan pasangan dengan orang lain. 5.Sikap mengungkit dan menyimpan dendam. Sumber dari sedutan Ceramah Ustazah Nazirah Abu Bakar. Semoga kita tidak menjadi pasangan yang bersikap seperti diatas.