Skip to main content

Pokok pangkalnya kita


Assalamualaikum.
Semalam 14mei , esok 16mei. Yok kita mulakan dengan Kisah semalam dulu.

Rata rata kita lihat macam macam ayat sesuci lebaran yang direkakan khas dari seorang anak untuk ibunya. Untuk ibu yang masih ada tu dah pasti lah nampak sweet dan yang paling terharu , ada juga ucapan untuk ibu yang dah tak ada. Allah hu..

Namun ada dua sudut yang boleh kita lihat disini.

Pertama , sebetulnya meraikan ibu ni elok jadikan amalan harian kita. Bukan saja untuk tarikh yang semalam , tetapi amalkan hari hari. Doakan untuk ibu , syukuri jasa ibu , ucap sayang kat ibu. Ya ,seafdalnya ucapkanlah hari hari sampai ibu kita bosan. Haa mana tak bosan kalau asyiklah dok muji ibu dia kat timeline facebook atau instagram , atau twitter atau whatsapp atau pastinya diwechat barangkali ?  Haha silap gaya bukan ibu dia je yang bosan ,ibu orang lain pun sama bosan. Entah entah ibu dia tu ada internet ke tidak hehe . Aduhailah anak.

Kedua , apa yang dilarang dalam islam tentang sambutan hari ibu ? Ya , tarikh 14 mei tu ,ianya menyerupai sambutan agama lain! Tarikh itu merupakan sambutan  hari ibu gereja kristian. Makanya kenapa nak ucap i love you , ibu .. hanya pada 14mei ? kenapa tak 20mei ? 18jun? 15julai? Dan secara tak sengaja niat baik itu telah disalah tafsirlah oleh sesetengah pihak. Dikhuatiri lari dari akidah.

Maq sambut hari ibu ?

Jawapannya TIDAK lagi. Dulu adalah sekali dua kot , zaman sebelum tahu apa apa info pasal 14mei . Selepas tahu , takda dah potong kek ke ,  dapat hadiah ke , makan besar ke . Sungguh , semua dah takda. Tetapi , jika orang terdekat wish " selamat hari ibu ,maq " haruslah maq balas jugak kan? Okey, maq  pun balas je lah dengan " 😘 " 👈  ( emoji ini kalau yang wish tu perempuanlah kan. Kalau bagi kat lelaki memang cari penyakit namanya ) huhu



Esok ? Ya , esok 16mei! Wah  hari Guru ! Nak komen apa tentang esok? Hehehe malas lah , nanti cikgu rotan.

Nota maq : setiap orang melakukan kesilapan. Kesilapan kita ialah apabila kita rajin sangat menilai kesilapan orang lain , tanpa kita sedari kesilapan yang diri kita sendiri pernah lakukan.

Waallah hua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah Kepada Semua

  Bismillah, Tahniah kepada parti Barisan Nasional yang dah menang majoriti di 2 negeri pada pilihanraya negeri baru baru ini.Iaitu dinegeri Johor dan Negeri Sembilan. Tahniah kepada rakyat yang dah berusaha keluar mengundi. Tahniah kepada anak perantau yang dah bersusah payah merentas kesesakan disepanjang lebuhraya hingga ke tempat mengundi. Tahniah kepada semua petugas SPR (Suruhanjaya pilihanraya Malaysia ) yang dah berjaya menguruskan dengan sebaik mungkin dari awal hingga ke akhir proses pengundian di kesemua kawasan. Tahniah kepada para penyokong yang berakhlaq baik disepanjang pilihanraya berlangsung. Malaysia akan aman jika semua orang ambil peduli pada semua tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Parti yang 'tak dapat menang' tu,anda sepatutnya bersyukur sebab masih ada beberapa kerusi lagi yang masih setia menanti kehadiran anda disisinya. Sekarang kuasa dah dalam tangan,sila jalankan amanah yang diberi.Ahli politik 2026 bebas dari sifat muncul bermusim.Mereka...

Sabar Dan Tenang² Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...

Susuk Pada Tahun 2026

  Bismillah, Tadi sementara tunggu azan zohor, Maq berkesempatan nonton podcast di youtube chanel sembang seram bersama perawat bernama Ustaz Faridzuan yang berasal dari Pulau Pinang. Panjang betul video tu ,durasinya 3 jam lebih! Mujur harini Maq ada banyak masa terluang, so dapatlah habiskan masa dengan tonton podcast. Perawat tersebut merupakan seorang pengamal perubatan yang nak bantu orang buang susuk dan gangguan sihir,saka serta beberapa lagi masalah penyakit batin. Apa yang buat maq terkejut dengan penjelasan ustaz tu,hampir 10,000 pesakit yang sudah 'booking' perkhidmatan rawatan beliau dan team.Sekarang semua sedang menunggu giliran untuk dapatkan rawatan masing masing. Pesakit yang sedang dirawat sekarang pun dah Q setahun lebih.Ada juga yang meninggal dunia sementara menunggu giliran mereka. Pesakit pesakit tu kebanyakkannya datang dari Malaysia,Singapura,Indonnesia,Thailand. Lebih mengejutkan lagi bila beliau katakan pesakit yang paling ramai yang datang nak buat r...

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

SPM - Doa Jangan Putus

Assalamualaikum. Esok,  28hb November, Aida ( anak bongsu maq )  ada kertas akhir untuk SPM nya. Mata pelajaran akaun akan menutup tirai SPM 2019. Semoga dipermudahkan  ya sayang. Hari ini kalau kita lihat, selepas je habis peperiksaan,  sesetengah pelajar akan berseronok dengan masih memakai uniform sekolah mereka. Mereka rasa mereka sudah bebas!  Mereka dah boleh lakukan apa sahaja yang mereka suka termasuk mengganggu perjalanan lalu lintas jalanraya. Termasuk juga menjahanamkan harta sekolah.  Ye,  buat je apa yang mereka suka. Siapa nak halang?  Cikgu? bukan cikgu  dapat jumpa  mereka lagi selepas exam tu. Sedih baca  Berita ini.  Tapi benda dah berlaku. Ye betul mereka bukannya anak anak maq tapi merekalah anak anak yang akan menerajui Malaysia sikit masa nanti.  Maq terkilan.. Orang orang dekat jalanraya tu kenapa tak marah?  Siapa peduli?  Untuk enjoy selepas habis periksa masih ad...

Ainul Mardhiah Pecinta Kucing

Assalamualaikum. Ainul Mardhiah ( cucu maq) rupanya suka dengan kucing.  Sejak dah pandai main bersendirian,  dia lebih suka pilih kucing sebagai teman bermain.  Tak kira kucing sendiri kah,  kucing gelandangan kah, kucing jiran tetangga kah,  semua dia sayang. Bagi Ainul kucing antara teman paling tenang untuk dibuat teman. Malam tadi mama Ainul kongsi video Ainul sedang melayan  seekor anak kucing.  Tapi bukanlah kucing sebenar,   ia hanyalah kucing mainan daaa... Jom lihat  gelagat Ainul. Disuapkan makanan dekat mulut mainan tu. Agaknya  Ainul fikir, kucing tu lapar sebab tu lah  asyik mengeow tanpa henti. Siap pujuk dengan 'baby'- teddy bear kecil putih tu yang dipanggil baby. 😂 Terbongkang anak kucing tu bila dah  kehabisan bateri. Dan Ainul dah boleh lah layan upin ipin tanpa suara tangisan meow tu lagi huhhuu.. Tapi bila dah siang malam dok mengeow,  ainul dah mula syak identiti sebenar an...

Kita belum menang

  Assalamualaikum. Ingatkan 31 Disember 2020 ,kita dah tak payah nak berpkpb lagi,rupanya jangkaan meleset. bersambung tu sampai tahun depan. Batu Pahat pun  join the team !  Inilah suratan ,bukan kebetulan. Bersangka baiklah dengan Allah,pasti ada hikmahnya untuk semua yang terjadi ini. Apapun, ibuayah jangan lupa pasal anak anak yang nak bersekolah. Pantau mereka sebaik mungkin sebab hujung Januari 2021 mereka dah mula keluar rumah untuk ke sekolah. Pastikan kesihatan mereka betul betul terjamin barulah dilepaskan kesekolah.  Maq kesian kat anak anak yang bersekolah pada tahun 2020. Mereka tu pelajar sekolah tapi macam tak sekolah. Bukan je kesian kat murid murid ,kesian jugak kat tenaga pengajarnya. Semoga mereka lebih tabah ditahun baru kali ini. 2021 hadirlah dengan sinar baru.. Yang pasti hingga tamatnya detik 2020 ,kita masih belum menang..😭

Jerebu - Sekolah di Tangkak dan Muar ,cuti!

Assalamualaikum. Jerebu dah hampir 3 hari menyelubungi sistem udara Batu Pahat. Langit dah memutih berkabus. Udara dah berbau asap. Matahari dah menyorokan cahaya teriknya namun bahangnya tetap terasa. Petang ini sahabat dari Muar dah beritahu bahawa esok , budak budak tak perlu kesekolah sebab sekolah cuti disebabkan jerebu. Ini copypaste kenyataan tu. Tn Hj Zakaria Kppd Tangkak: [14/09, 4:49 pm] Norman Ppd: Assalamualaikum Surat Siaran KPM telah menyatakan jika bacaan IPU > 200, maka semua sekolah di kawasan atau daerah hendaklah ditutup serta merta. Bacaan IPU jam 3.00 petang hari ini 14/9/2019, menunjukkan bacaan IPU 207. Berdasarkan tren bacaan IPU ini, telah menunjukkan peningkatan sehingga jam 3.00 petang, maka sesi persekolahan akan ditutup serta merta keesokan hari, 15/9/2019. Namun begitu, bagi Pengetua dan Guru Besar serta para guru, akan hadir bertugas di sekolah seperti biasa, dan membuat tugasan sewajarnya, selaras dengan Surat Siaran KPM Bil 8/2016 : ...

Ular Sawa Di Rumah Kampung Kami

  Assalamualaikum  Selamat pagi, semoga pengikut blog peribadi maq masih setia membaca coretan maq disini.  Kalau nak tahu, ibubapa maq dah lebih 10 tahun tinggalkan rumah mereka dikampung sebab berniaga di Johor Bahru bersama adik lelaki.  Mereka berjualan kedai makan (asam pedas) di kawasan Jalan kempas lama,berhampiran kilang Kicap Jalen.  Biasalah kan, orang berniaga ni, bila ada keserasian disatu satu tempat tu,  mereka seronok berniaga walaupun macam macam dugaan datang sejak kebelakangan ni. Dan akhirnya rumah mereka dikampung semakin terbiar.  Sejak Covid 19 melanda, pada hari Ahad semalam (15hb November 2020 ) ,barulah maq berpeluang balik untuk lepaskan rindu kat rumah kampung kami tu. Rindu sangat sangat. Biarpun kosong, sunyi dan suram, terubatlah sikit rindu. Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat bermanja manja dengan ahli keluarga, kan. Kadang sampai terbawa bawa dalam mimpi.  Apa pun keadaan  sekeliling memang nampak s...

Cuti CNY 2022

 Assalamualaikum. Maqnie cuti Chinese New Year? maq mana ada cuti sekarangni. Hari hari dah cuti. Kalau bekerja tu mungkinlah ,ni sejak dah jadi penganggur tersohor cuti tak cuti sama jek. Kedai amway tutup 2 hari, kedai  Dcalysta Jb tutup jugak 2 hari. kedai online maq sentiasa buka dari mula masuk  waktu dhuha hingga lepas waktu  isyak anggaran pukul 9.00malam.Lewat malam tiada lagi istilah buka kedai.  Tak perlu dah bersengkang mata melayan customer hingga mengabaikan tanggungjawab hakiki.  Awak ( para isteri ) yang ada di luar sana ,tolong hadkan masa bisnes awak . Ye ,bisnes itu bisnes kita tapi jangan disebabkan keuntungan yang hanya 30-40 ringgit ,suami awak makan hati tiap malam...dosa sis... Suamilah ladang rezeki buat kita.Dia bahagiakan kita ,kita bahagiakan dia,itu yang Allah suruh. Cakap banyak tak guna.Jom tonton video ni.Maq rembat dari tiktok sapa tah haha.Harapan maq rembatan maq ini jadi pahala jariah kepada tuan video untuk ilmu yang diko...