Satu Ingatan ,Satu Kesedaran

 


Bismillah,


Tragedi di Sungai Korok: Satu Ingatan, Satu Kesedaran


Kami merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya buat keluarga mangsa tragedi di Sungai Korok, yang kehilangan enam nyawa dalam satu insiden kereta terjunam ke dalam sungai.


Enam sekeluarga satu kehilangan besar yang menyayat hati seluruh negara. Kita hanya mampu mengirim doa, agar mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang sangat berat ini.



Dalam kesayuan ini, kami ingin mengajak semua untuk mengambil iktibar. Kita tidak mampu mengubah takdir, tetapi kita boleh belajar untuk bersedia jika berdepan situasi cemas seperti ini.


Apa perlu kita buat jika kereta terjunam ke dalam sungai?


✅ 1. Jangan panik. Panik hanya melambatkan reaksi. Fokuskan diri untuk keluar.


✅ 2. Cabut tali pinggang keselamatan. Ini langkah pertama yang perlu dibuat sebaik sahaja sedar kereta terjunam.


✅ 3. Jangan cuba buka pintu. Tekanan air di luar terlalu kuat pintu hampir mustahil dibuka.


✅ 4. Turunkan tingkap dengan segera dalam 30–60 saat pertama, sistem elektronik kereta masih boleh berfungsi.


✅ 5. Keluar ikut tingkap. Tolak diri keluar secepat mungkin.


✅ 6. Jika tingkap tak boleh diturunkan, pecahkan tingkap. Gunakan alat pemecah tingkap, kepala penyandar, atau apa sahaja objek keras yang ada.


Ingat urutan mudah ini:

👉 Tali pinggang – Tingkap – Keluar.


Sediakan juga alat kecemasan seperti pemecah tingkap dan pemotong tali pinggang dalam kereta letak di tempat mudah capai, bukan dalam but.


Sama sama kita bacakan doa buat mangsa 6 sekeluarga yang terkorban yang viral harini.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ

 وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ


Semoga tragedi ini menjadi peringatan buat kita semua, bukan sekadar untuk bersedih, tetapi untuk lebih bersedia.


Sumber : Facebook Public Health Malaysia.



Comments

Popular posts from this blog

7 Julai ❤

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah

Orang Hidup VS Orang Mati

Menjelang PRN 11 Julai 2026

Bihun Goreng Putih

Hari ini PRN 2026 JOHOR

Kerabu Magie Thai

Ayat Pilihan 4 Jun 2026

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Muslim Malaysia Beruntung