Demam on off


Assalamualaikum.
Semoga anda semua berada didalam rahmat Allah s.w.t. dan sihat sihat hendaknya.Alhamdulillah.

Harini maq dan anak bongsu terpaksa jumpa doktor selepas ubat demam dari klinik panel encik suami habis  ditelan tapi demam masih tidak kebah.

Doktor :  puan sakit apa?

Maq : demam on off doktor. siang ok ,malam panas ,pastu badan bisa bisa , batuk tapi kahak tak keluar ,mungkin dah kena telan.

Hahaha doktor balas gelak.

Apa kata doktor ? Bila demam on off , dan siang ok , malam panas ,itu tandanya paru paru problem. Dan bila doktor check paru paru maq , dia dengar bunyi anak ayam . Ada lendir yang tak lepas maksudnya.

Doktor : puan ada asma?

Maq :tak pernah ,Alhamdulillah

Ternyatalah paru paru ada kahak atau lendir yang tak lepas itulah punca demam on off .

Namun malang sekali !

Untuk legakan paru paru itu maq wajib ambil suntikan. Aduh ! Bukan maq jek , anak bongsu maq pun kena. Sebab sakit kami sakit yang serupa. Akhirnya kami pun redho jelah kena cucuk di bahagian badan paling gebu tu. Haha sakit tauuu.. Haaa kejam lah doktor ni ,bagi ubat cairkan kahak tak boleh ke ya? Eah maq pulak jadi doktor ?

Apa pun sakit itu penghapus dosa. Thanks encik suami kerana bersusah payah carikan kami klinik sampaikan tak memasal kena jarum harini, sebab nak sangat kami berdua sihat cepat kan?  Moga Allah murahkan lagi rezeki abang , dan dipermudahkan semua urusan ,aamiin.

Klinik yang dah berjaya suntik maq . Aduh !



Nota maq : sakit itu penghapus dosa. Andai benar bagai dikata , disini ,maq dengan rendah diri memohon ampun dan maaf andai maq ada silap dan salah dalam berkata kata dan dengan rela hati juga ,maq telah memaafkan dosa anda semua yang ada terkata pasal post maq tak best , entri tak meletop , menaip merepek meraban atau apa sekali pun kisah kehidupan diri maq. Ya ,maq ampunkan dah. Maq tak nak dosa itu akan melekat dalam hati dan jadi penyakit pulak nanti. Kos perubatan pun dah mahal sekarang ni. Maq nak , semoga anda sekeluarga sihat selalu. Aamiin.

Okey ( 0 - 0 )




Popular Posts