Skip to main content

Pesanan buat anak anak




Assalamualaikum.

Malam yang tenang. Bila suasana dah sunyi sepi macam ni , teringat pulak zaman anak anak sedang membesar dulu. Jerit pekik , hilai tawa mereka sering jadi amarah maq. Huhu maq suka suasana tenang kononnya.


Ternyata maq silap , bila anak anak dah besar , dan sudah mula belajar bawa hala tuju kehidupan masing masing. Rumah semakin terasa kosong. Nasiblah rumah ni kecil jek . Taklah terasa sangat kekosongannya. Si Bongsu jelah dihadap 24jam. Dah lah orangnya pendiam.


Allah hu.. Sunyiii


Anak anak , dunia kita bermula dari kisah Cinta Adam dan Hawa. Cinta tanpa handphone dan internet, namun kedua mereka masih melakukan silap sehingga dihukum keluar dari syurga. Dan akhir zaman ini , dunia semakin rapuh maruahnya angkara handphone dan internet.



Jaga jaga ,Kerana maruah ,masa depan kalian sekarang ini sangat sangat bergantung dengan dua benda ini jika kalian tidak berwaspada.


   Ya , handphone  dan internet !  dua benda ini boleh mengakibatkan:

-suami isteri bercerai
-orang putus tunang
-orang kaya jadi miskin
-orang miskin jadi kaya
-orang baik jadi jahat
-orang jahat jadi macam macam
-anak soleh jadi durhaka
-isteri penyayang jadi curang
-suami setia jadi playboy
-doktor takda kerja
-cikgu jadi popular
-niat sering disalah anggap
-tujuan elok selalu diperlekehkan
-dosa pahala dianggap remeh
-susah nak faham maksud orang lain
-lain orang taip lain kita tafsir
-bazir duit pada benda tak penting


Banyak sangat nak taip ni. Nanti sambung lagi. Hehe sebenarnya ada 1001 jenis permasaalahan boleh dikesan diantara handphone dan internet. Kalian lebih layak menilaikannya.


Persoalannya sekarang,  jika alam maya boleh bawa kepada kemusnahan, sampai bila kita nak teruskannya? Sampai terputus ikatan? Sampai jumpa silap setiap orang sehingga kita lupa kesilapan dari kita ? Janganlah sampai buat detik gembira jadi derita. Janganlah buat orang sayang jadi jemu. Janganlah anggap kita tak buat dosa.


Anak anak maq, Kehidupan keluarga kita bermula dari bawah. Kalian bukan dilahirkan oleh seorang perempuan jutawan. Kalian datang dari seorang ibu bertaraf SPM . Yang gagal add math. Dan kepujian dalam B.M dan P.I. lain lain subjek hanya cukup makan tapi lulus hehe


 **macam buka pekong sendiri jek maq ya.


Anak anak maq , lihat pak usu , beliau bermula dari tok abah yang hanya rajin pergi melanggai dipantai. Dan sekarang ? Kalian tahu hasilnya.

Lihat mak ngah, beliau bermula dari mak tok yang hanya jual epok epok dipekan Koris, dan sekarang? Kalian tahu juga hasilnya kan?

Dua contoh itu cukuplah buat kalian ambil iktibar. Kerana dua insan bertuah pilihan maq ini tak pernah anggap internet dan handphone sebagai gelanggang lepas geram dan perli.


 Mereka fokus pada kerjaya dan kehidupan yang lebih realiti. Contohi mereka.



maq : Nilai murni ini maq ambil sebab mereka lebih profesional selesaikan semua masaalah mereka. Mana ada orang hidup takda problem kan ? Tapi yang paling perlu diingatkan :

*si kaki pancing dia orangnya penyabar.

*bukan kaki alam maya dia boleh bina empayar.

Alhamdulillah..




Popular posts from this blog

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Sejarah Parit Sulong

Assalamualaikum Sekali lagi kita berkongsi sejarah salah satu daerah di Batu Pahat. PARIT SULONG DALAM GALLERY MEMORY "Oleh ; Mohamad Sindi Sabilan " Saya dilahirkan dalam pasca selepas perang dunia kedua dan zaman keganasan komunis Malaya 1947.Arwah emak pernah beritahu ketika nak lahirkan saya, sana sini Jedar jedur ! bunyi tembakan malam-malam, hingga menakutkan  seluruh penghuni Parit Sentang Batu di kampung bernama Estate Chu Lem.Sekarang lokasinya ialah Komplek peladang Jalan Peserai berhampiran Parit Lapis Laman. Embah Sarah  nenek saya yang menjadi bidan yg tinggal di pekan Parit Sulong dibawa oleh bapak aku dan diiringi oleh  beberapa orang kampung Home Guard supaya tidak diganggu oleh komunis.Pengganas komunis Bintang Tiga berada dimana-mana di sekitar Parit Sulong, seperti di Kangkar Senangar, Hutan hutan menghala ke Pagoh, Seri Medan, Air Puteh, Separap,Parit Penghulu, Parit Jawa, Batu Lima, Kolam Air, Bandar Batu Pahat. Kominis ni kejam, mereka menan...

Sayu

Assalammualaikum Bila maq diinvite ke group wassapp oleh anak-anak buah dan sepupu sepapat , handfone maq memang tak sunyi lagi . Kring krang kring krang ( bukan ringtone sebenar ) akan berbunyi setiap masa,maklumlah kan family kami besar . Selain chats, juga gambar - gambar lucu yg dikongsi , ada juga video video  menarik. Semua tu buat maq sakit perut  kerana ketawa . Tapi bila maq tonton satu video yang dikongsikan diatas tu , jujur maq cakap , maq insaf dan tanpa maq sedari airmata maq turun laju dipipi ni. Allah jauhi anak cucu cicit kami dari kemelut sukar yg dialami oleh anak anak itu.Allah maha besar !

Aturan Allah Sangat Indah

  Bismillah.. Selamat malam. Sebenarnya takda idea apa pun dalam minda saat ni.Tapi jari jemari ini perlukan senaman dan Maq pilih untuk menaip. Dari tahun 1993 Maq menjawat jawatan isteri dan surirumah tangga sepenuh masa, tahun 2025 ni rasanya Maq dah layak ke untuk terima anugerah? Hahaha tiber ! Sebenarnya tak perlu pun semua tu. Bagi Maq ,lepas nikah fokus hidup Maq cuma pada rumahtangga,suami,anak anak dan alam. Bila dah semakin berumur macam sekarang ni,tak sangka kehidupan boleh berubah sejauh ini. Asalnya Maq hanya seorang budak kampung yang naif yang terpaksa jual kuih epok epok untuk duit belanja dan tambang kesekolah.Dan Maq juga terpaksa tamatkan alam persekolahan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) demi beri laluan kepada 2 orang lagi adik yang perlu meneruskan pelajaran mereka. Alasan parents , adik adik Maq lebih bijak so pelajaran mereka lebih penting  di beri keutamaan dan Maq anak sulong yang IQ pun level sederhana je ni lebih baik car...

Tahniah Aida!

Assalamualaikum. Throwback kisah semalam.Semalam 5hb March 2020. Semalam tarikh dimana Along dah janji dengan Aida nak pergi ambil result SPM Aida. Semalam juga, Ainul Mardhiah kurang sihat kerana demam dan selsema. Dan buat pertamakali semalam, maq ikut anak pergi ambil result SPM.Sebabnya maq risau kalau along terpaksa batalkan janji dia nak hantar aida ambil result (maklom anak tak sihat)  Jadinya maq dan aida bakal naik grab je. Itu plan kedua kami. Tapi Alhamdulillah, along pegang pada janji walaupun anaknya meragam sebab badan tak sihat,along tiba jemput kami dirumah pada pukul 9.40am. Maq nak cerita ni. Ini merupakan pengalaman pertama maq temankan anak ambil result exam tau,  anda boleh tengok apa yang dapat maq kongsi untuk pengalaman kalini . - Pukul 10.00-10.20 tunggu pengetua dan cikgu cikgu lain datang ke dewan. Mereka pergi makan dulu sebab pukul 10 kan waktu rehat. - 10.30 - pengetua beri ucapan dan melapurkan prestasi peperiksaan tahun 201...

Aidil Adha 1442 H

  Assalamualaikum. Salam hari kedua idul adha. Tahun ni tak dapat daging korban nampaknya. Biasanya petang raya pertama lepas zohor qariah masjid kat taman dah hantar kerumah rumah penduduk sekitar,tapi kalini menunggu hingga lah petang raya kedua ni, sorang pun tak nampak bayang. Rupanya tak semua tempat dibenarkan buat korban. Oh..sekarang baru maq paham... Semalam. 10 -12-1442. Juadah simple jek.Nasi minyak ,ayam merah,rojak timun.Sebetulnya rindu nak makan nasi minyak pengantin. Dah lama rasanya tak pergi undangan majlis kahwin ...hehehe memasing buat majlis anak beranak je musim pendemik ni kan ,termasuklah maq sendiri. Gambar pinjam dari google. Semalam tak sempat nak ambil gambar nasi minyak maq sebab leka melayan cucu 2 orang tu.  Anak kedua maq (Ety)kena kerja semalam. Lagi pun dia tak dapat nak merentas daerah atas arahan SOP. Maq akur. Sebagai frontliner ,itu tanggungjawab beliau. Semoga dipermudahkan semua urusannya dan kawan kawan lain. Along sekeluarga balik pun ...

Tips Maq Mendidik Cucu

  Kata nasihat ustaz** Bismillah, Sekarang ni maq jaga anak asuhan level cucu cucu.Sebab tu maq gelarkan diri sebagai "tok Mak".Benda boleh ditambah tok ,so kena tambah jugak lah kan. Well ,ada orang malu dengan gelaran tok.Bagi mereka level tok tok ni yang gigi belum tumbuh penuh ,yang rambut dah bleach tone warna light grey tu.Takda maknanyalah,kalau cucu dah keliling pinggang ,serah je diri dengan gelaran tok atau nenek .Lagi nampak stylo tau! Tips didik cucu ? saja nak kongsi pengalaman maq jaga cucu sendiri dan cucu oranglain. *Jangan jaga cucu terlalu lama.Setahun dua tahun cukup!Nanti cucu korang tak tahu mana satu atok dia ,mana satu emakbapak dia.Dari situ nanti datangnya anak yang tak reti hormat emakbapak bila dah remaja. *Waktu mereka( anak dan cucu) berkumpul anak beranak ,korang jangan lah meleset sama.Bagi mereka ruang bersantai dengan keluarga kecil mereka.Nanti mak bapak dia dah balik ke rumah mereka,masatu barulah tok boleh manja manja dengan cucu.Masa merek...

Tekanan darah naik terlalu tinggi!

Assalamualaikum. Ini kisah hari Jumaat ,semalam.  Kalau hari Jumaat ,maq cuma mengasuh cucu maq sorang. Kanak kanak lain cuti sebab Jumaat adalah cuti umum bagi negeri Johor. Bila awal pagi ,along beritahu dia tak kerja , maq pun ambil peluang kemas rumah sebab takda baby yang perlu dijaga haritu. Tengah sibok mengemas , sambil masak sarapan pancake bersama sos coklat ,along datang dengan ainul ** masa ni tok mak ainul belum mandi lagi , sebab operasi mengemas tak siap. 😅. Kemudian ,lepas siap masak pancake, mandi ,maq pun sarapan bersama along dan yang lain. Setengah jam lepas tu ,maq pun ke dapur untuk masa tengahari pulak! Haha sayur labu masak lemak , ayam goreng ,sambal belacan ! Lepas makan , solat , pukul 2 petang along ajak keluar cari barang . Maq ikut ! Pergi Eco , pergi Ninso dan beli makanan , pukul 4+ kami balik kerumah. Penat sangat tapi sempat minum petang bersama along dan anak anak maq yang lain. Nest O panas , roti cheese , nasi lemak . Beresss.. Pukul 5...

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...