Skip to main content

Cuti di Pantai Purnama


Assalamualaikum.
Alhamdulillah wasyukurillah.
Maq masih mampu menaip lagi..

Cuti Tahun Baru Cina yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia ,habis sudah. Sambut?

Ya , bila kaum Cina meraikan CNY , kita kaum Melayu ,India dan semua kaum lain di Malaysia ni turut meraikannya sebab semua orang akan bercuti . Kalau tak percaya ,dalam tempoh cuti dua hari baru baru ini , kesesakan manusia ,kenderaaan terdapat di semua tempat. Jalan raya , lebuhraya , pusat membeli belah , tandas awam , kawasan rehat dilebuhraya. Rata rata orang sebut pasal 'jem' .

Betul tak? Tipu dosa kan ? Ahha

Okay , untuk cuti dua hari lepas ,maq dan keluarga sekali lagi berkesempatan melihat keindahan ciptaan Allah . Iaitu Pantai Purnama di Port Dickson. Kali ini kami berpeluang bermalam disana . 2 hari 1malam di N.U.B.E tranning center. Satu kawasan penginapan  keluarga yang cukup tenang. Encik suami dah pasang niat ,nanti bila bila kita datang lagi. Apa menarik di Pantai Purnama? Jum lihat..

 

Gambar atas antara yang terdapat di NUBE tranning center, tempat kami menginap pada malam itu. Satu kawasan istirehat yang sangat sunyi dan tenang. Kawalan keluar masuk dijaga rapi oleh pengawal keselamatan. Harga berpatutan mengikut jenis bilik . Dan sangat sesuai untuk penginapan sekeluarga.

Kawasan ini dekat je dengan kawasan pantai. Tetapi keriuhan pengunjung memang tak sedikit pun mengganggu penghuni dibilik .Sangat sangat tenang..







Untuk info lanjut , anda boleh cari di google taip N.U.B.E tranning centre, Port Dickson.

Terima kasih pada penaja penginapan : pengantin baru.

Terima kasih pada penghibur dikala rindu : suami & anak anak.

Terima kasih pada ahli keluarga baru : anak menantu.

Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami ke mari..

Alhamdulillah..



Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa