Skip to main content

Sembang tentang perkahwinan




Assalamualaikum

Alhamdulillah wasyukurillah. Sekali lagi bersembang di alam maya. bila maq kongsikan gambar dibawah ni dengan caption

' seakan licin saja lantai kehidupan pada riak wajah ,padahal berdarah tapak kaki menapak keruang bahagia itu'

Seorang sahabat sekolah bertanya : apa maksud ' licin pada lantai kehidupan ? apakah yang nampak licin? maq pulak lupa nak tanya kat dia , apa maksud  soalan nampak licin dia tu?  , apakah pada dahi perempuan digambar itu atau licin pada umbun umbun si lelaki itu ?

Allah hu lupa sesangat..


Kehidupan itu bermaksud perkahwinan. Lantai licin tu maksudnya kehidupan yg sangat mudah , sepertinya rumahtangga tiada bermasaalah , hari hari suami dan isteri boleh tersenyum sampai telinga , rumahtangga setiap masa bahagia dengan gelak ketawa dan kasih sayang bersama pasangan.


Padahal ? apa maksud padahal ? maksudnya disebalik cerita sebenarnya adalah lain.Apa yang lain tu ?


Okey , bila sebut pasal kahwin , pasal rumah tangga ,semua orang nak bahagia sampai syurga. tapi tak semua orang berjaya tarik tangan pasangan dia masuk syurga , kekadang tu , sepertinya dia sorang je yg nak ke syurga , pasangannya tak payah ! Dibiarkan aja hanyut dengan tanggungjawab dunia yang tak pernah cukup. Ini sangat tidak adil.


Bila kita perhatikan masyarakat keliling , kes penceraian dan masalah rumah tangga dah macam iklan kat tv 3 , kejap ada ,kejap ada ,kejap ada.Maklomlah kan , makin ramai yang mendirikan rumah tangga , makin macam macam karenah kita tengok.Puncanya apa ?


Sebenarnya , bila perkahwinan masuk 5 tahun pertama itulah Allah bagi kita ruang untuk berkenal kenalan.Jenal apa perangai pelik dia , dia tidur hasilkan melodi code apa , dia kentut bunyi tune apa , kapasiti bau badan dia bila baru bangun tidur macamana , gelojoh dia makan macamana.Dan ada 1001 perangai dia yang selama bercinta tu yang disorokkan ,akhirnya kita tahu !


Adatlah kan , masa bercinta , lepas tu alam pertunangan , semua nak cover.Nak jaga hati pasangan takut terlepas pulak kalau dah tau perangai pelik tu . Sebab tu kalau kita lihat banyak kekecohan ,keruntuhan rumahtangga berlaku pada 5 tahun pertama perkahwinan . Ini berlaku bila mereka tergolong dari golongan susah nak terima keburukkan orang lain. Mana yang kurang perihatin , maka perpisahan jalan terakhir dan anak anak yang masih kecil jadi mangsa keadaan.


Dalam usia 10 tahun perkahwinan pulak , peluang Allah bagi ini adalah  waktu untuk kita perbetulkan kekurangan pasangan dan kekurangan kita.


Kalau 5 tahun tu waktu untuk berkenalan , 10 tahun ini pulak , kita adjust dia ,dia adjust kita . Kalau ada anak ramai , masa ni lah dugaan kewangan jadi tunggak paling utama . Makan minum ,kos persekolahan , bil yang datang dari  macam macam sumbernya , lebih lagi dalam zaman serba serbi duit ,serba serbi berbayar.


Kadang nak pecah kepala dok mikir celah mana nak dibuat lagi , semua duit ,duit ,duit . Tapi Alhamdulillah , di Malaysia ini kentut masih percuma !! Syukur sangat sangat . Tapi kadang 10 tahun berkahwin  sekali pun ,biar pun kentut percuma , isu kentut pun boleh jadi gaduh dan punca penceraian .


Allah huakhbar ,kejamnya.


Pada 20 tahun perkahwinan , masa ni anak anak dah besar panjang ,  dah nak macam macam , nak sambung belajarlah ,nak kahwinlah , nak tunanglah , ya ! Sekali lagi rumahtangga diduga . Zaman serba serbi mahal ini ,bukan memain kalau cakap nak nikahkan anak.


Buat majlis kecil kecil ,panggil orang surau baca doa selamat ,nanti orang cakap nikah atas sebab terdesak . Buat majlis ala kadar nanti orang cakap ,majlis asal boleh sebab ramai kawan kawan tidak diundang . Buat majlis besar besaran , sampai ke cucu pulak hutang tak habis bayar nanti.


Hello ..jemputan 350 kad pun dah mencecah rm 20K mak Jemah oii ! Ha , mana nak cekau duit kalau kerja kais pagi ,makan pagi ,kais petang makan petang ?  Boleh botak kepala emak bapak pengantin.


Boleh bergolak laki bini bila nak pusing duit ,tapi duit apa pun tak ada. Dapat pihak lelaki yang understanding ,boleh lah bagi hantaran lebih , dapat yang berkira ??  Ada nanti dikata menjual anak!


MasyaAllah , minta dijauhkan lah ya. Fikirlah ya ayahnya , fikirlah ya ibunya ,apa nak buat pada hal  sulit macamni .Tu belum mulut kiri ,mulut kanan dok perhati tak henti henti.


Kehkehkeh.. tampal tape tau lah 😂


Pada 25 tahun perkahwinan pulak , bila cerita pasal gaduh susah lah kot , sebab nak menengking pun nafas dah semput haha , lagi pun gaduh depan anak anak , depan menantu ,depan cucu dah segan sikit lahkan.


Nanti emak bapak bergaduh ,anak dengan menantu dok bercakau , ha!! Masa usia macam ni , maq cadangkan ,kalau ada tak puas rasa dihati ,baik selesaikan elok elok. Kalau tak mampu face to face ,baik whats app . Ha ..taip lah puas puas bagi dia tahu apa mahu mu .  Usia macam ni , gaduh tak perlulah lama lama , esok lusa belum tentu bernyawa.


Dia silap ,kita tegur dalam gurauan atau dalam ciuman , amboi sweet gitu.Nanti trylah wak eah . Ojo isin isin ..hehe



Pada usia perkahwinan 40 - 50 tahun ,masa ni kalau masih ada selisih faham tu pun masih adat lagi, mungkin pak cik terpandang  mak janda anak 5 tu secara tak sengaja , mak cik pulak terasa . Alahai terus jiwa tak selesa ,mulakan merepek , asyik berkata :


"Yelah ...saya dah tua , dah tak power . Awak jangan ngada ngada pak nya.."


Hahaha makcik oh makcik ,makcik jangan takut , kalau dah jejak  50 tahun hidup  bersama , ternyata pakcik memang setia dan pandang mak janda anak 5 tu sebetulnya dia lupa . Maklom orang dah tua , Fikirnya perempuan tu kawannya sekolah dulu dulu , nak diinvite masuk group whatsapp " buluh perindu ". Hehehe masa ni makcik dah tak boleh update tweet kat twitter macam selalu,  nak kecam pakcik curang bagai,  anggap je dia dah mamai , esok lusa tanah kubur melambai . 


Ajak je dia ke surau ,ajak je dia ke masjid berjemaah ramai ramai . Ajak je dia pergi ke kelas agama . Doa kan aja cinta makcik dan pakcik kekal sampai syurga. Plan Allah sangat cantik , sebagai manusia kita hanya mampu berdoa , agar bahtera berjalan lancar. Kerana hanya dengan doa , takdir mungkin berubah. Wallah hualam.



Nota perkahwinan : bukan mudah nak jalani bahtera perkahwinan ini. Berkongsi segalanya dengan orang lain yang belum dikenali. Janji terpatri dengan lafaz nikah ,berwali dan bersaksi . Ya ,jadikan perkahwinan itu seperti lantai yang licin ,biarpun tapak kaki dah berdarah darah untuk menuju ke ruang bahagia .

*ini pendapat maq ,bukan copy paste ,bukan perli ,bukan dengki. Bercakap atas pengalaman dan pemerhatian sendiri , jika ada terasa dihati ,itu cuma kebetulan , lebih baik abaikan... wassalam.




Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Idea Kosong Bila Jerebu

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! walarhhh... Yeeeee betuuuuul.Idea betul betul kosong giler bulan ini.Semenjak Batu Pahat diserang jerebu,otak pun jadi tepu. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin sibok nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka.Moga lancar semuanya.Aamiin. Mungkin nanti kalau jerebu dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tabung haji tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum sambil pandang jerebu.

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Pakar 3 Pakar Mata Klinik Pakar Batu Pahat

Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa ...

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Bandar Muar Waktu Malam

Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema.  Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,jangan kena kat keluarga kami yang lain. Awal awal lagi maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu disebabkan kami tak sihat. Takut menjangkit. Maq risau terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung,kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,siapa tahan wey. Bosan tau...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...