Skip to main content

Nasi lemak asal boleh


Assalamua'laikum..
Alhamdulillah idea untuk berkongsi masih ada.  Maq hanya kongsi pada apa yang maq alami dan yang pada apa yang maq tahu. Yang tak tahu dan yang tak ada mengalami ,macamana nak berkongsi ye tak ? Apa pun katakan tidak untuk berkongsi  suami ! Ha ..kejam 😂

Pernah satu hari tu , tekak ni nak sangat makan nasi lemak homemade by handmade. "Amboi..speaking london  ". Tapi sedihnya takda orang yang nak keluar belikan santan kelapa . Tekak dah membuak buak nak makan nasi lemak. Kalah orang yang mengidam ngandung anak sulong .

Apa maq buat ?

Maq jerang nasi seperti biasa dalam ricecooker. Kemudian dalam periuk nasi yang sama tu juga , maq masukan 1 sudu makan minyak masak untuk 1 sukatan beras , kalau 3 sukatan bermakna 3 sudu minyak masak lah ya. Bubuh garam sesedap rasa . Potong potong kan halia yang beranggaran 1 jari tu halus halus . Okey siap dan  switch ON !

Kemudian maq rebus beberapa biji telur ayam !


Sediakan pulak 2 senduk besar lada kisar.
*Kupas bawang merah 3 ulas ,
*Kupas bawang putih 3 ulas ,
*Basuh bersih segenggam ikan bilis.
Dan tumbuk ketiga tiga bahan bertanda* atas tu . Ikan bilis tak perlu tumbuk lumat sangat. Apa tu lumat ? Lumat itu bermaksud HANCUR.

Panaskan 3 sudu minyak masak dalam kuali , tumis bahan yang sudah ditumbuk  tu sampai garing sedikit ,masukkan lada kisar dan dikacau. Bila dah agak matang bahan tadi tu , tambahkan perisa , garam dan gula . Biarkan sampai rasanya sebati. Bila keluar dah minyak atas sambal , bermakna sambal ikan bilis  sudah siap !

Kalau anda nak tahu ,maq kalau masak sambal tumis ikan bilis, maq tak letak pun air asam jawa tapi maq akan lebihkan rasa manis .  Er.. inilah sambal kegemaran encik suami , tak mahu ada rasa masam tapi nak ada rasa manis lebih sikit . Okey ,maq masak atas permintaan.

Tengok nasi dalam ricecooker tu , kalau air dah kering  , kacau balik balikan ,bagi semua rasa sekata . Baunya  mesti serumah !! Kan ? Pastikan nasinya masak sampai betul betul jadi nasi .

Okey dah boleh angkat telur yang direbus tadi , kemudian  rendam dalam air paip ! Siap .

Nasi ? Done !
Sambal ikan bilis ? Done !
Telur rebus ? Done !
Kacang tanah goreng ? Timun ? Tak payah ! Sebab masak mana  yang ada dalam stock je .

Ok , nama nasi lemak ini , nasi lemak "cintaku bukan diatas kertas"  ,


 Done !! 😅




Comments

Popular posts from this blog

Jadilah Waras Dan Jangan Panik

  Gambar sekadar hiasan Bismillah, Andai kata dunia makin tak stabil,jangan panik.Tapi jangan juga kosong. Kita di Malaysia mungkin tak dengar bunyi bom.Tetapi kesan perang jauh dari tempat kita masih boleh sampai ke rumah kita dalam bentuk harga barang, gangguan bekalan, perjalanan yang terganggu, tekanan emosi, berita palsu, dan rasa cemas yang makin menebal. Jadi apa persediaan paling waras? 1.Simpan duit kecemasan ikut kemampuan. Tak semestinya terus 3 bulan.Mulakan dengan sasaran kecil yang realistik. Asalkan rumah ada sedikit ruang bernafas kalau harga naik atau urusan harian terganggu. 2.Simpan sedikit tunai di rumah.Bukan untuk berlagak prepper.Tetapi untuk keadaan bila sistem terganggu, line down, atau urusan kecil perlukan tunai segera. 3.Ada stok asas untuk beberapa hari. Air minum.✅ Beras.✅ Makanan ringkas yang keluarga memang makan.✅ Makanan bayi jika perlu.✅ **Jangan panic buying.Cuma jangan terlalu kosong. 4.Pastikan ubat jangan putus. Ubat darah tinggi.✅ Ubat kencin...

Mangsa Perang - Mangsa Keadaan

Bismillah, 28 Ramadhan 1447. Sedikit kisah dunia yang semakin bergolak disebabkan ketelanjuran perang antara Amerika dengan Iran. Paling menyedihkan kawasan kawasan terpenting telah menjadi mangsa keadaan.   Gambar gambar dibawah adalah antara yang menunjukkan kepulan kepulan asap yang menjulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai selepas kepentingan Amerika di sekitarnya diserang Iran. Sumber : telegram Eko Preppers Malaysia Yang nyata sekarang, akibat perang ,banyak kerugian telah belaku.Yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.Yang bersalah masih rasa dia dipihak yang benar... **HasbunaAllah waneq mal wakeel ...

10 Malam Terakhir Dalam Kenangan

Gambar sekadar gurauan  26 Ramadhan 1447H Bismillah, Lama sangat blog ni sunyi.All out untuk ramadhan guys hehehe konon konon lah kot. Padahal tuan badan busy dengan tanggungjawab hakiki.Itu yang pasti. "Allahhumma Balighna lailatul qod" Malam ni dah masuk malam ke 27 ramadhan bagi umat islam di Malaysia. Dulukan masa zaman maq memuda dulu  ,orang tua kami bercerita,10 malam terakhir kalau jumpa hal pelik pelik itulah tanda kehadiran lailatul qodar.Mintalah apa pun,pasti maqbul. Pernah satu malam tu,maq tolong abah mengecat anjung rumah.Rasanya umur antara 12/13/14 tahun kot,lupa dah. Dalam pukul 10 macam tu,tengah ralit sapu cat, tetiba sekor lipan besar yang warna hitam kemerah merahan lalu betul betul depan maq.Lipan tu berhenti dan terdiam depan maq dalam beberapa saat. Maq pulak sejenis budak yang tak geli pun lipan (maklomlah budak kampung tulin) cuma maq tak nak dia mengigit je.Tapi yang lawaknya tetiba dalam otak  muda maq boleh pulak terfikir , " eh,tah tah inil...

Mee Kuning Halal Toyyiban

Assalamualaikum. Alhamdulillah.. Mee kuning NuMee Gardenia akan dijual mulai 15/5 di kebanyakan outlet jualan roti gardenia. Yang pertama di Malaysia yang di pasteur utk membunuh bakteria. Hanya simpan pada suhu bilik. Di buat di kilang baru serba moden. Halalan toyyiban..tak perlu bimbang lagi dengan pihak pihak yang guna nama bunyi keislaman utk perdayakan pengguna islam. - sumber group whatsapp 

Suami You Kan Tak Kerja,Dia Buat Apa je Dirumah?

  Beliau ♥️ Bismillah, Kongsi sikit kisah keluarga sendiri.Nak cakap pasal keluarga oranglain tak boleh ,kita bukan duduk serumah pun dengan mereka ,so jangan nak memandai. Pernah satu hari.Waktu maq hadiri majlis kenduri kawin sorang sahabat.Sesaorang telah bertanya;  " suami you kan dah tak kerja ,so dia buat apa je kat rumah tu? "  i is :  telinga berdesing ,jantung dupdap dan hati seperti nak retak.Dalam minda ni berselirat urat mikir,ngkau ni takda soalan lain ke nak tanya? kenapa tanya pasal suami i??! Tapi maq beri jawapan dengan tenang.So sahabat maq pun berpuasati dengan jawapan yang maq beri.Padahal jawapan tu hanya⅒ je dari aktiviti harian encik suami. Yang sebenarnya aktiviti beliau padat.Ini list hakiki yang encik suami buat hari hari.Dari celik mata sampai beliau masuk tidur.       ------------------------------------------------------- 5.00 am - Mandi & siap siap untuk ke masjid 5.30 am - Dah gerak ke masjid 6.30 am - Basuh kain baju...

Dunia Bukan Untuk Dunia

Gambar sekadar hiasan Bismillah, Awal pagi tadi Maq sempat layan satu video ceramah. Nasihat yang penceramah tersebut sampaikan sangat terkesan dihati maq sampailah ke malam ini. Nasihatnya lebih kurang berbunyi macamni, "Hidup didunia hanya untuk kehidupan kita diakhirat nanti. Dunia bukan untuk dunia tapi untuk akhirat. Jangan lupa itu ya ibu ibu..." Mulanya maq tak perasan jugak apa yang cuba beliau sampaikan.Nampak macam biasa biasa aja ayat tu.Tapi bila difikirkan secara peribadi.Ye benarlah, Kita bekerja untuk keluarga sebab nak pahala. Kita baca quran sebab nak pahala. Kita beribadah sebab nak pahala. Kita buat baik sebab nak pahala. Semua benda dilakukan sebab berharafkan pahala sedangkan pahala tu kita bukan boleh nampak pun kat dunia ini. Semuanya bakal terlihat nanti diakhirat. Yang berusaha nak kumpul pahala akan terus berusaha. Tapi kadang asbab hasutan syaitan nirojim, manusia terlalu berminat untuk nampak hebat semasa kat dunia. Terlalu yakin diri hebat. Sehing...

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Pantai Klebang ,Melaka apa cerita?

Assalamualaikum. Kalau ikut kiraan sejarah keluarga kami, agak lama  jugak maq dan keluarga tidak berkunjung ke Melaka,Bandaraya bersejarah. Alhamdulillah pada 15hb September lepas , bersamaan hari Ahad ( hari encik suami cuti hujung minggu ). Perjalanan tanpa dirancang ini telah memberi 1001 cerita dalam diary hidup maq dan keluarga. Bila encik suami balik dari kampung pada pagi ahad tu , maq baru je siap buat rutin suri rumah. Anak dara berdua tu masih tidur lagi masa tu. Perangai anak dara maq, lepas subuh confirm tidur semula , katanya hari cuti adalah hari untuk bangun lewat. Allahhu .. Nasib baik jerebu ,cuaca mendung je. Kalau tidak , mau "masak" budak berdua tu dalam bilik asbab tidur ketika matahari dah meninggi. Kalini encik suami balik kampung sendirian kerana tugasannya hanya perlukan beliau sorang je. Dan tepat pukul 10 pagi ,beliau dah pun balik ke rumah kami semula. " jom Melaka? " - kata encik suami " Melaka? Serius la?" - maq...

Ainul Mardhiah dah daftar sekolah

  Assalamualaikum. Salam Jumaat. Dah bermulalah cuti sekolah penggal ke 3 ( 2021 ) untuk anak anak sekolah. Pendemik dan merubah rutin cuti mereka.Takpalah ini sudah qadaq dan qadar yang Allah tetapkan. Doa yang baik baik buat semua. Semoga anak anak kita dilindungi dari semua wabak. Aamiin. 2 Mac 2022 lepas ,Ainul Mardhiah dah nak daftar sekolah tadika!?! macam tak percaya tapi itulah kenyataannya. Tapi daftar untuk sesi persekolahan  tahun 2023 lah ye ,bukan tahun ni. Actually 4/4/2022 - Ainul dah 4 tahun. Subhanallah  Tabarokallah , cepatnya masa berlalu.Kejap je cucu pertama maq dah nak masuk sekolah. Tahun depan dah 5 tahun rupanya "kakak baby" ni. Kata mama dia ,Ainul sendiri minta bergambar dengan  keladi kesayangan mama dia tu ,maq geram tengok pokok pokok keladi kat rumah ainul tu, demok demok ! ⬆️ Bantu mama buat iklan baja keladi galak.Ainul pandai tanam pokok bunga /sayur sayuran .⬆️ Bersama adik kesayangan. Kawan bergaduh, kawan bermain ,kawan sama sama ...