Skip to main content

Ubat batuk yang hebat


Assalamualaikum

Lepas demam tempuhari , maq diserang batuk pula. Bila dah batuk bukannya mudah nak berhenti. Kadang tu nak solat pun tak selesa disebabkan batuk yang kerap. Maq pulak jenis tak suka ambil ubat batuk , terutama yang jenis cecair . Entah kenapa . Ubat lain maq boleh telan lagi tapi jangan ubat batuk , maq memang tak suka .

Dengan izin Allah , masa maq online facebook pada hari selasa 9/2/2016 .maq ada terjumpa satu petua yang menarik ,ubat yang takda bahan kimia dan murah serta mudah diperolehi. Apa kah petua itu?

Katanya :


Legakan batuk berkahak dengan jus nenas halia.
Tak perlu minum ubat batuk lagi. :

 kisar 1/2 biji nenas dan 1/2 in halia. Itu saja.
Selamat mencuba. Semoga bermanafaat.
( 1 hari 1x je...sbb nenas tajam )

Maq yang  sedang berusaha nak hilangkan batuk telah pun nekad nak cuba. Untuk permulaan maq cuma guna 1/4 biji nenas dan sedikit halia( anggaran setengah inci dibahagi 2 )  Tapi nak sedapkan tekak yang dah kondem ni , maq tambahkan dengan 2 sudu makan madu lebah. - blender ke tiga tiga bahan tadi dengan 1 mug air masak.

Awalnya maq minum setengah cawan , maq tunggu selama 1 malam resultnya ??? Alhamdulillah ..BATUK DAH HILANG !! Ini bukan  cobaan , ini betul betul !! sungguh! Memang berkesan.

Untuk bahan yang maq blend tu , bakinya maq simpan dlm petiais . Dan minum untuk hari kedua . Dan sekarang maq benar benar bebas dari batuk yang hampir seminggu dok ganggu tugas harian maq. Kahak pun takda. Apatah lagi selsema, lenyap terus.

Terima kasih Allah kerana mengizinkan maq sembuh.
Terima kasih kepada admin' jom kongsi resepi ' di facebook.
Allah je yang dapat balas budi admin .

Anda batuk ?? Cubalah mana tahu mujarab .



Comments

POPULAR POST THIS WEEK

Tudung Labuh Ikut Gaya Ustazah?

Iltiqa' Sakinain

Usia Pernikahan Yang Ke 31

Handphone

Asam Pedas di Teluk Wawasan, Simpang 5, Batu Pahat

Readers Blog Dari Mana?

Pokok Bendi Dah Mula Berputik

Kawal Je bukan Sembuh

Bagaimana Nak Rasa Seronok Pergi Umrah?

Tidak Berkerja Tapi Nak Buat Buku Simpanan di Bank?