Assalamualaikum
Lama dah maq tak masak kuih muih. Namun bila cuti panjang , suami pandai pula buat permintaan. Bila bahan dah lengkap dia belikan. Nak tak nak maq kena lah ke dapur.Heee Maq bukan malas tau tapi nak jimat cermat je .😁
Resepi pertama yang diminta ialah kuih apam susu belang . Simple mudah dan sedap. Bertemakan bendera negeri Selangor , lihatlah hasilnya dalam gambar diatas.
Bahan bahan apam susu belang :
Bahan bahan :
4biji telur
1sudu teh vanilla
1sudu makan ovelet
1cawan gula pasir
4sudu makan susu pekat manis
2cawan tepung gandum
Pewarna.
Cara buat.
Blend semua bahan kecuali tepung gandum dan pewarna. Bila dah ringan,Masukan tepung sikit sikit ,gaul sebati.Bahagi kepada beberapa bahagian jika nak hasil yang berwarna warni. Ikut citarasa anda. Masukan dalam loyang dan kukus selama 45minit. **Loyang oles sikit dengan margerin.
Nota maq : Resepi ambil kat facebook je heeee..
Comments
Post a Comment