Skip to main content

Malaysian vs nonMalaysian



Assalamualaikum

Kalau dah bebel tu , asyik asyik dia , asyik asyik dia je buat post. Heee kalau tak , blog nya dah macam muzium keluarga . Ada gambar tapi krik ..krikk..  - pengakuan sendiri -


Malam tadi maq nonton tv dan agak terkejut bila mana negara bakal memasukkan lagi 1.5 juta pekerja bangladesh ke negara kita . Sedang yang sedia ada pun dah merata rata disekeliling kediaman kita.

Bagaimana dengan kehadiran 1.5 juta tu?


Wa allah hualam ..

keratan kenyataan TPM malam tadi..

*mengeluh kejap~



Kemasukan ini katanya mengikut keperluan negara  dalam sektor industri yang amat memerlukan. Persoalannya sekarang , mana anak tempatan Malaysia? Mana anak bangsa yang bakal menerajui Malaysia dihari esok? Kenapa kalau anak tempatan mohon kerja banyak sangat soal jawabnya?  Apakah bakal terjadi kepada tanah air kita 5 - 10 tahun akan datang ?


Bukan takda anak muda yang rajin bekerja sebenarnya tetapi  sebilangan mereka lebih suka kerja dalam office berpenghawa dingin , pegang kertas dan pen , tak suka kerja yang berat , tak lasak dan  selalu nak cepat kaya !


Mereka tak gemar bekerja di sektor industri . Gaji kecil . Panas . Waktu kerja panjang .shift . meletihkan . Kerja berat . Dan macam macam lagi alasan. Sebenarnya itu alasan anak anak yang manja. Tak kerja pun handphone tetap yang canggih . Pelajar kolej pun sudah mampu pakai iphone ! Tu masih dalam tanggungan  mak ayah tu. Belum lagi  kalau dah bekerja.
 

Dari situ kita dah dapat agak , betapa orang tempatan sebilangannya bekerja hanya untuk kemewahan , jaga standard , hipster ?, glamour , eah ada lagi tak ?


Maq bohong ? Cuba tengok jika ada interview program hiburan , berapa ramai orang kita yang beratur ? Dari program seusia kanak kanak sampailah ke usia senja kala . Haish . Glamor tetap  pilihan nombor 1 !


Tapi bila kita amati , sejak  melangkah ke 2016 katanya kerja kat Malaysia ni dah makin kurang . Betul ke bohong ni? Banyak syarikat yang dah buang pekerja mereka . Kebanyakkannya dari sektor  perkilangan  elektronik.  tapi peluang kerja disektor lain masih memerlukan pekerja . Contohnya buruh binaan , ladang ladang , pusat beli belah . Siapa mahu ??


Untungnya warga asing ini tak  memilih kerja .Pada mereka , selagi kudrat mampu buat , mereka akan fokus lelebih  kepada apa juga kerja yang dilakukan . asalkan dibayar gaji. Malaysia dah jadi lubuk duit mereka . Malaysia tempat yang aman buat mereka . Malaysia sangat menjadi pilihan mereka ? Salah  siapa?


Aduhai rakyat Malaysia , janganlah pilih kerja - jangan merunggut jika disuruh buat macam macam kerja kerana ada ramai orang kat luar sana yang memerlukan pekerjaaan anda. INGAT tu !!Kalau kerja semua nak mudah  dan gaji semua nak mahal . Mana ada ? Dari tak bekerja langsung dan menjadi beban kepada keluarga dan diri sendiri , lebih  baik kerja . Biarpun gaji rendah .


Yang ada ijazah atau kelulusan yang diiktiraf kerajaan tu. Mohon lah kerja apa apa sekali pun . janji halal .Permulaan memang la gaji rendah . Jika lama lama , insya allah pasti ada kenaikan. 


Nak jugak kerja yang gaji tinggi biar pun sekadar SPM? Pergilah kerja ke Singapura. Disana puluhan ribu rakyat Malaysia yang bersesak mencari rezeki.


Kenapa ?? Sebabnya  gaji disana  lumayan dan berpatutan. Lagi pun dengan hanya $1000 Dolar Singapura  anda dah boleh senyum bila pulang ke Malaysia.Asbab nilai matawang Singapura sangat tinggi berbanding Ringgit Malaysia.


Pendapat maq :  bila kita malas dan cerewet . Rezeki pun takut nak datang. Maq sedang bayangkan Malaysia 5 tahun mendatang sebagaimana rakyat Malaysia dlm video ni beri pendapatnya.




**Malaysian vs nonMalaysian

Comments

Popular posts from this blog

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walker

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Idea Kosong Bila Jerebu

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! walarhhh... Yeeeee betuuuuul.Idea betul betul kosong giler bulan ini.Semenjak Batu Pahat diserang jerebu,otak pun jadi tepu. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin sibok nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka.Moga lancar semuanya.Aamiin. Mungkin nanti kalau jerebu dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tabung haji tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum sambil pandang jerebu.

Santai Di Pantai Perpat Hari Malaysia

  Bismillah, 16 September yang lepas kami ke Pantai Perpat sebab pada hari itu semua orang Malaysia cuti kecuali mereka yang berkerja keras dan terpaksa berkerja. Apa pun,mungkin sebab udara Batu Pahat masih berjerebu dan masih pada level tak sihat, semasa kami sampai dipantai itu pengunjung tak ramai seperti biasa.Sangat kurang tapi masih ada. Tujuan asal cuma nak melepak santai santai dan menikmati keindahan alam dan menghayati kehebatan ciptaan Allah swt. Santai santai jer. Agak agak apakah yang difikirkan oleh orang pakai topi tu ek? Pengawal peribadi emak dan ayah.Senyuman nya ada,senjatanya takda.Silatnya jauh sekali.So emak Ayah kot yang jadi pengawal peribadi dia ! 😂 Jadilah seperti kayu bakau.Dah mati pun masih boleh berdiri tegak .Ini peribahasa baharu.😂 Kerusi lipat ini memang akan setia menemani kami walau kemana kami pergi.Terima kasih kepada 'mereka' kerana berani kena duduk oleh Maqnie 🤣 Indah ,biarpun nampak seperti ego.Hahaha tetiber nak salahkan kayu yang d...

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

1Jun 2021-Niat yang baik baik

  Assalamualaikum, 1Jun - total lockdown 3.0. Biarpun terpaksa , kita kena redha. Arahan duduk dirumah bukan saja saja diberi oleh pihak kerajaan. Mereka yang tak reti duduk rumah pun turut sama kena akur. Malam tadi pun banyak maq jumpa ayat ni kat group whatsapp.Ayat yang di luahkan oleh netizen berkaitan Lockdown.Biasalah rakyat Malaysia kan kreatif.. sebenarnya niat kita kena betul supaya nanti , bila duduk rumah bukan je kita boleh rasa tenang tapi pahala pun dapat. Macamana niatnya? ye, niatkan semuanya kerana Allah ta'ala ..Inshaallah semua akan Allah permudahkan. So..lepasni jangan resah gelisah bila terpaksa duduk dirumah selama 14 hari . Walaupun MKN benarkan 2 orang boleh keluar dalam sebuah kereta ,jangan pulak kita ambil peluang tu konon nak hilangkan stress dengan jalan jalan makan angin dalam jarak 10km. Keluar untuk beli makanan dan perubatan jek ye.. Virus tu tak bergerak,yang bergerak tu kita.Kerajaan tak gagal,yang gagal tu cara kita kawal nafsu kita. Makanya fik...

Kelebihan hari Jumaat

Assalamualaikum. Bila tiba hari Jumaat , banyak yang boleh kita buat disepanjang malam dan siangnya. Bermula lepas masuk waktu maghrib , seperti mana yang sering kita lihat , selepas solat Maghrib , ramai ambil peluang baca surah yasin. Ada pun segelintir  berpendapat baca surah khafi pada sepanjang Jumaat ( tak kira malam atau siang ) adalah lebih afdal. Sedangkan baca surah yasin itu afdal dilakukan disetiap pagi disetiap hari. Bacaan yasin bukan cuma dimalam Jumaat sahaja.  Ada pun untuk hal sebegini adalah lebih baik kita rujuk kepada pakar. Dan penjelasan lanjut ada  Disini ❤  , semoga anda akan lebih paham pada permasalahan tersebut , inshaallah. Selain melakukan solat Jumaat yang wajib bagi setiap kaum lelaki yang dah baligh serta sihat  mental dan fizikal , ada juga  lagi yang disarankan elok dilakukan pada setiap hari Jumaat. Ianya ialah berselawat keatas nabi. Lihat gambar bawah ini. Hadis sohih - Peluang sudah ada didepan mata , 80 ka...

Laksa Penang paling simple.

Assalamualaikum. Untuk hari pertama berpuasa tahun ini,maq  sediakan menu simple buat family. Laksa penang mudah ! Bahan bahan nya : ❤Ikan mata besar - rebus dengan asam keping,lepastu blend isinya dengan air rebusan tadi. Nak kuah lebih tambah lagi air. ❤Cili kisar  1senduk ❤Dalam pinggan hijau tu- bahan untuk kuah : daun kesum, asam keping,bawang besar ( kalau nak pekat kuahnya ,tambah lagi sebiji dua bawang tu kemudian kisar halus ) , serai untuk elak bau ikan memenuhi ruang rumah. ❤Semua bahan atas ni dimasukan kedalam periuk .Kacau dan tetapkan rasanya dengan menambahkan garam. Masak sampai mendidih. ❤Dalam bekas hijau empat segi tu , bawang besar dan cili padi untuk ulaman . Semuanya dihiris halus ( ikut citarasa anda ) Antara bahan lain untuk hiasan dan penyedap laksa penang. Telur rebus , limau kasturi,sedikit daun kesum dihiris halus. Disebabkan daun salad lupa beli , so ianya tidak kelihatan disitu. ❤inilah rupa kuah laksa yang terhasil ...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...