Bismillah, Kalau nak tahu,Maq masih ambil ubat untuk stabilkan tekanan darah tinggi. Semalam masa ambil ubat difarmasi KK Batu Pahat,ubat darah tinggi maq telah bertukar brand. Jika sebelum ni maq makan ubat yang ni, Tapi semalam, farmasi dah tukar ubat keluaran kilang lain pulak.Macam ni haa rupa ubat dan kotaknya, Nama pun dah lain.Bila ditanya ahli farmasi,apakah ini ubat baru? Beliau jawab , "masih ubat yang sama tapi dari kilang yang berlainan..." Okey, jadinya tadi sebelum makan ubat ,maq buat siasatan di google.Ini maklumat yang maq dapat. Perindopril adalah perencat ACE yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensil),penyakit arteri koronari yang stabil dan kegagalan jantung. Ia merendahkan tekanan darah dan mengurangkan ketegangan jantung, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Kesan sampingan yang biasa termasuk batuk kering ,pening dan sakit kepala. Masa sahur tadi maq dah makan sebiji ,so kita tunggu hasilnya.Kalau sebelum ni takda apa k...