Skip to main content

Maq dan Vape


Assalammualaikum

Pagi pagi lagi group whats app family maQ dah riuh rendah .bila mana sepupu maQ update isu " vape " . Anda pasti sudah tau sangat apa itu vape kan?



Kalau sebelum ni rokok ,kemudian rokok seludup dan lepas tu shisha dan yg terkini ialah vape ! Semua itu berbeza tapi persamaannya ada iaitu menghasilkan asap ! 

Hahha . Ye , cuma asap dan asap . 

Apakah yg terkandung dalam asap vape ?
Vitamin ?  Ubat kuat ? Dapat menguatkan daya ingatan ? Atau hanya saja saja yang memberi kesan sampingan ?


Apa yg maq tahu , kata sepupu lelaki ,semakin beliau ambil vape ,perutnya  semakin boroi . Hahaha maq cakap mungkin itulah dinamakan " kemajuan" .




Sebagai perempuan yg berusia 46 tahun ni , kalau orang lelaki yg ambil semua  barang barang seperti vape tu ,ianya  kelihatan masih " cool " .


Mungkin dah biasa melihat lelaki jadi naga agaknya . Tapi bila lihat vape dan orang perempuan ,gadis gadis makin menjadi trendy sejak  kebelakangan ni , maQ nampak  agak tidak selesa . Pada maQ tak semua trendy kita kena ikut . Lagi lagi trend dah serupa asap naga


Kemunculan Dragon 3 !


Dengan harga yang agak mahal , dan dengan  kehidupan kita yang amat mudah diserang pelbagai jenis penyakit . Ada baik ,kita jaga kesihatan untuk kearah yang lebih baik lagi .


Selamatkan dunia dari pencemarah dan karbon monoksida yang nampak macam stylo tapi pada hakikatnya kelihatan sangat hodoh . Bayangkan kawasan sekitar tu ada bayi atau kanak kanak ,atau pun pesakit asma ,atau  warga  tua  . Tidakkah kita mendatangkan masalah pada orang lain demi keseronokkan diri kita ?


Oklah mungkin maQ tak ikut peredaran zaman tetapi maQ nak cakap , maQ sayang tubuh badan dan semua organ dalaman maQ . Sebab dalam jangka masa 5 tahun akan datang , kita tak tahu risiko pengambilan vape yang stylo sangat ni. Dan kesan sampingannya kepada bayi dan kanak kanak.


Kesihatan tidak dapat dibeli biar pun kita punya wang berjuta didalam akaun bank . Bank maQ ada rm2.6B tak ye? Hurmm dah lama tak kemas kini . Harap adalah tokey vape bagi derma . Amiin.. Aik..ada flavor terkini untuk peminat vape rupanya !!




Layan bersama ulam ulam pun sedap ni . Hehhe selamat mencuba !

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah Kepada Semua

  Bismillah, Tahniah kepada parti Barisan Nasional yang dah menang majoriti di 2 negeri pada pilihanraya negeri baru baru ini.Iaitu dinegeri Johor dan Negeri Sembilan. Tahniah kepada rakyat yang dah berusaha keluar mengundi. Tahniah kepada anak perantau yang dah bersusah payah merentas kesesakan disepanjang lebuhraya hingga ke tempat mengundi. Tahniah kepada semua petugas SPR (Suruhanjaya pilihanraya Malaysia ) yang dah berjaya menguruskan dengan sebaik mungkin dari awal hingga ke akhir proses pengundian di kesemua kawasan. Tahniah kepada para penyokong yang berakhlaq baik disepanjang pilihanraya berlangsung. Malaysia akan aman jika semua orang ambil peduli pada semua tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Parti yang 'tak dapat menang' tu,anda sepatutnya bersyukur sebab masih ada beberapa kerusi lagi yang masih setia menanti kehadiran anda disisinya. Sekarang kuasa dah dalam tangan,sila jalankan amanah yang diberi.Ahli politik 2026 bebas dari sifat muncul bermusim.Mereka...

Sabar Dan Tenang² Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...

Susuk Pada Tahun 2026

  Bismillah, Tadi sementara tunggu azan zohor, Maq berkesempatan nonton podcast di youtube chanel sembang seram bersama perawat bernama Ustaz Faridzuan yang berasal dari Pulau Pinang. Panjang betul video tu ,durasinya 3 jam lebih! Mujur harini Maq ada banyak masa terluang, so dapatlah habiskan masa dengan tonton podcast. Perawat tersebut merupakan seorang pengamal perubatan yang nak bantu orang buang susuk dan gangguan sihir,saka serta beberapa lagi masalah penyakit batin. Apa yang buat maq terkejut dengan penjelasan ustaz tu,hampir 10,000 pesakit yang sudah 'booking' perkhidmatan rawatan beliau dan team.Sekarang semua sedang menunggu giliran untuk dapatkan rawatan masing masing. Pesakit yang sedang dirawat sekarang pun dah Q setahun lebih.Ada juga yang meninggal dunia sementara menunggu giliran mereka. Pesakit pesakit tu kebanyakkannya datang dari Malaysia,Singapura,Indonnesia,Thailand. Lebih mengejutkan lagi bila beliau katakan pesakit yang paling ramai yang datang nak buat r...

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

Nak Diet Kena Pandai

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- "Mak ,malam nanti ety tak nak makan nasik.. Nak buat air manis ,makan dengan biskut jek. Roti pun ada tu . Malaslah makan nasi, tadi petang kan dah makan nasi ,badan ni dah makin kembang dah" - itu kata kata anak maq yang nombor 2 ( Ety ) Sejak dari zaman kolej , dia memang dah kena jaga makan sebab kerjaya dia memaksa dia kena "maintain" kan penampilannya. Kalau nurse  sendiri tak jaga kesihatan ,macamana dia nak uruskan pesakit? Itulah antara kata kata bekas pelajar diKolej Kejururawatan Malaysia tu. Maq cuma senyum.. Nasi tak nak? Tapi ety nak makan biskut/ roti bersama air manis? Lepas tu main pubg? Lepas tu tidur ? Masyaallah , salah tips ni. Biskut tidak digalakan makan ketika diet kerana kalori dia tinggi. Lagi lagi diambil bersama air manis ,contohnya air teh tarik ! Makan je nasi seperti biasa . Makan seawal 2-3jam sebelum tidur . Sukatan nasi hendaklah kurang sedikit kuantitinya berbanding sayu...

SPM - Doa Jangan Putus

Assalamualaikum. Esok,  28hb November, Aida ( anak bongsu maq )  ada kertas akhir untuk SPM nya. Mata pelajaran akaun akan menutup tirai SPM 2019. Semoga dipermudahkan  ya sayang. Hari ini kalau kita lihat, selepas je habis peperiksaan,  sesetengah pelajar akan berseronok dengan masih memakai uniform sekolah mereka. Mereka rasa mereka sudah bebas!  Mereka dah boleh lakukan apa sahaja yang mereka suka termasuk mengganggu perjalanan lalu lintas jalanraya. Termasuk juga menjahanamkan harta sekolah.  Ye,  buat je apa yang mereka suka. Siapa nak halang?  Cikgu? bukan cikgu  dapat jumpa  mereka lagi selepas exam tu. Sedih baca  Berita ini.  Tapi benda dah berlaku. Ye betul mereka bukannya anak anak maq tapi merekalah anak anak yang akan menerajui Malaysia sikit masa nanti.  Maq terkilan.. Orang orang dekat jalanraya tu kenapa tak marah?  Siapa peduli?  Untuk enjoy selepas habis periksa masih ad...

Segmen 24 jam bloglist Mialiana.com

Segmen 24 Jam Bloglist #31 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 1 Disember 2018 , iaitu tepat jam 10.00 pagi sehingga hari esok, 10.00 pagi 2 Disember 2018 . Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #31 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2018 . ** jom support Mia Liana....

Ainul Mardhiah Pecinta Kucing

Assalamualaikum. Ainul Mardhiah ( cucu maq) rupanya suka dengan kucing.  Sejak dah pandai main bersendirian,  dia lebih suka pilih kucing sebagai teman bermain.  Tak kira kucing sendiri kah,  kucing gelandangan kah, kucing jiran tetangga kah,  semua dia sayang. Bagi Ainul kucing antara teman paling tenang untuk dibuat teman. Malam tadi mama Ainul kongsi video Ainul sedang melayan  seekor anak kucing.  Tapi bukanlah kucing sebenar,   ia hanyalah kucing mainan daaa... Jom lihat  gelagat Ainul. Disuapkan makanan dekat mulut mainan tu. Agaknya  Ainul fikir, kucing tu lapar sebab tu lah  asyik mengeow tanpa henti. Siap pujuk dengan 'baby'- teddy bear kecil putih tu yang dipanggil baby. 😂 Terbongkang anak kucing tu bila dah  kehabisan bateri. Dan Ainul dah boleh lah layan upin ipin tanpa suara tangisan meow tu lagi huhhuu.. Tapi bila dah siang malam dok mengeow,  ainul dah mula syak identiti sebenar an...

Kita belum menang

  Assalamualaikum. Ingatkan 31 Disember 2020 ,kita dah tak payah nak berpkpb lagi,rupanya jangkaan meleset. bersambung tu sampai tahun depan. Batu Pahat pun  join the team !  Inilah suratan ,bukan kebetulan. Bersangka baiklah dengan Allah,pasti ada hikmahnya untuk semua yang terjadi ini. Apapun, ibuayah jangan lupa pasal anak anak yang nak bersekolah. Pantau mereka sebaik mungkin sebab hujung Januari 2021 mereka dah mula keluar rumah untuk ke sekolah. Pastikan kesihatan mereka betul betul terjamin barulah dilepaskan kesekolah.  Maq kesian kat anak anak yang bersekolah pada tahun 2020. Mereka tu pelajar sekolah tapi macam tak sekolah. Bukan je kesian kat murid murid ,kesian jugak kat tenaga pengajarnya. Semoga mereka lebih tabah ditahun baru kali ini. 2021 hadirlah dengan sinar baru.. Yang pasti hingga tamatnya detik 2020 ,kita masih belum menang..😭

Gencatan Senjata di Gaza

  Bismillah, 10/10/2025 - Gencatan Senjata di Gaza. Rujuk pada  gambar*** Mereka ini semua dihalau secara paksa. Bukan sekadar dengan kekerasan fizikal tapi dipaksa dengan peluru dan bom. Terpaksa lari meninggal rumah.  Dipaksa tinggalkan semua yang mereka bina bersama keluarga. Ada yang berpisah dengan ahli keluarga. Ramai yang terbunuh. Hancur semuanya.  Ditinggalkan tanpa ada berita apakah masih ada sisa untuk mereka kutip.  Lari jauh-jauh tanpa kenderaan.  Sejak semalam mereka mula berjalan kaki. menghala ke arah ‘rumah’ mereka yang dulu. Bersama harapan yang sangat tipis untuk mereka bina kembali.  Kita sendiri pun boleh tahu yang tinggal mungkin kenangan. Gambaran rumah yang dulu. Sekarang cuma ada runtuhan. Air tak ada, elektrik tak ada. Malah duit pun mesti dah tak ada.  Namun mereka punya semangat. Yang bertunjangkan iman.  Mereka yakin Allah pasti akan membela mereka. Kalau bukan di dunia, pasti di akhirat sana. Aaminn 🤲🏻 Credit t...