Peneman sunyi MaQ
Assalamualaikum
Bila Qaisara dan Qasdina siap makan tengahari , upin dan ipin pun bersiaran di tv . Waktu ni lah maQ dapat melayan blog .
![]() |
Qasdina dah macam nak masuk dalam tv tu .. |
Sebenarnya banyak benda yang maQ nak kongsi di blog ni tapi disebabkan minda tak dapat menumpukan sepenuhnya di blog ,jadi maQ tak dapat nak menaip . Melayan mereka berdua pun dah buat maQ macam pelakon ! Apa tidaknya kejap maQ marah , kejap maQ senyum , kejap maQ gelak , dan kadang tu macam nak nangis pun ada . Melihat telatah budak perempuan dua orang ni .
![]() |
Sambil gosok dapat hisap air paip dibèrus gigi ee.. |
Bila dah pandai guna berus gigi , waktu mandi je diaorang akan suruh maQ ambil gambar . Boleh dikatakan hampir setap hari gambar mereka gosok gigi maQ kena ambil . Bila maQ tak nak ikut arahan , mereka tak nak gosok gigi . Dan akhirnya nak tak nak , maQ kenalah ikut kata mereka . Dan mereka akan gosok gigi dengan bersungguh sungguh . Hehhe yang lawak , bila maQ dah ambil gambar , Qaisara akan check handpone maQ untuk tengok bukti . Aduh ~
Usia macam mereka memerlukan kesabaran 200% ! Mereka gemar buat sesuatu yang mereka rasa seronok ! Misalnya terjun tangga ! Panjat kerusi ! Panjat meja tv ! Masuk dalam almari tempat maQ simpan barang ! Dan bergaduh !
![]() |
Bersemangat nak angkat batu pijak tu |
![]() |
Aktiviti intip kakak mandi .. |
Dan apa yang maQ dapat cakap .. " nasib lah cuma berdua je " kalau lah ramai , pastinya maQ kena 'tekanan darah tak mengalir ' . Hahha yang menghairankan , bila budak berdua ni tak datang , maQ akan letih dan bosan . Dan letihnya lebih dari keletihan mengasuh mereka .
Sebenarnya merekalah teman sunyi maQ kat rumah ni. Kadang tu bila pandang telatah cucu orang ni ,maQ automatik terfikir .. cucu aku esok macamana lahai ~