Assalamualaikum.
Ingatkan 31 Disember 2020 ,kita dah tak payah nak berpkpb lagi,rupanya jangkaan meleset.
bersambung tu sampai tahun depan. Batu Pahat pun join the team !
Inilah suratan ,bukan kebetulan. Bersangka baiklah dengan Allah,pasti ada hikmahnya untuk semua yang terjadi ini.
Apapun, ibuayah jangan lupa pasal anak anak yang nak bersekolah. Pantau mereka sebaik mungkin sebab hujung Januari 2021 mereka dah mula keluar rumah untuk ke sekolah. Pastikan kesihatan mereka betul betul terjamin barulah dilepaskan kesekolah.
Maq kesian kat anak anak yang bersekolah pada tahun 2020. Mereka tu pelajar sekolah tapi macam tak sekolah. Bukan je kesian kat murid murid ,kesian jugak kat tenaga pengajarnya.
Semoga mereka lebih tabah ditahun baru kali ini. 2021 hadirlah dengan sinar baru..
Yang pasti hingga tamatnya detik 2020 ,kita masih belum menang..😭


setuju kak, si aiyan tu pun nampak makin bulat je... nak keluar bawak pi mall ke pergi jln2 kt tasik risau bila ada ramai org... dia tu dahla berisiko tinggi
ReplyDeletemoga kes makin menurun
Dana , kadang tak sampai hati nak biarkan anak anak terperap dirumah lelama tapi keselamatan dan kesihatan mereka lebih utama .
ReplyDeletesesama kita doa,Semoga semua akan baik baik aja sikit masa lagi..
Nampak macam tidak berkesudahan.
ReplyDeleteKadang macam ada sangkaan buruk juga.
Jaga diri.
NA , betul tu. Doa yg baik baik utk semua.ok,inshaaallah
ReplyDelete