Gencatan Senjata di Gaza

 

Bismillah,

10/10/2025 - Gencatan Senjata di Gaza.



Rujuk pada  gambar***


Mereka ini semua dihalau secara paksa. Bukan sekadar dengan kekerasan fizikal tapi dipaksa dengan peluru dan bom. Terpaksa lari meninggal rumah. 


Dipaksa tinggalkan semua yang mereka bina bersama keluarga. Ada yang berpisah dengan ahli keluarga. Ramai yang terbunuh.


Hancur semuanya. 


Ditinggalkan tanpa ada berita apakah masih ada sisa untuk mereka kutip. Lari jauh-jauh tanpa kenderaan. 


Sejak semalam mereka mula berjalan kaki. menghala ke arah ‘rumah’ mereka yang dulu. Bersama harapan yang sangat tipis untuk mereka bina kembali. 


Kita sendiri pun boleh tahu yang tinggal mungkin kenangan. Gambaran rumah yang dulu. Sekarang cuma ada runtuhan. Air tak ada, elektrik tak ada. Malah duit pun mesti dah tak ada. 


Namun mereka punya semangat. Yang bertunjangkan iman. 


Mereka yakin Allah pasti akan membela mereka. Kalau bukan di dunia, pasti di akhirat sana. Aaminn 🤲🏻


Credit to owner📌



Comments

Popular posts from this blog

7 Julai ❤

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah

Orang Hidup VS Orang Mati

Menjelang PRN 11 Julai 2026

Bihun Goreng Putih

Hari ini PRN 2026 JOHOR

Kerabu Magie Thai

Ayat Pilihan 4 Jun 2026

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Muslim Malaysia Beruntung