Skip to main content

Hati Hati Kawan Makan Kawan





Assalammualaikum ..

Maq nak tanya ,korang pernah difitnah ? maq pernah! Itu pertama kalinya maq kena sejak maq jadi isteri orang ni.Dah lebih 20 tahun maq mendirikan  rumah tangga ,ini pertama kali.

Perkongsian ini bukan nak buka aib diri sendiri tapi maq nak anda hati-hati dengan kawan yang makan kawan ni .didepan  kita dia sangat baik tetapi dibelakang kita , waallahhualam...

Kisahnya bermula bila maq terlalu aktif dengan satu perkumpulan yasin ditaman maq.Ala bukan nya kumpulan apa pun ,ianya berunsur jariah juga.Lainlah maq join kumpulan penari tiang ke,barulah layak untuk difitnah

 ...nauzubillah ...

Setelah lebih kurang 8 tahun maq aktif ,akhirnya pada tahun lepas (2013 ) maq dilantik menjadi naib pengerusi kumpulan dan ini amanah !!! tapi maq kena gak terima sebab persetujuan sangat ramai .

maq cakap : ok ...saya cuba ye ....

Dan dalam masa tu semua aktiviti berjalan lancar .Setiap minggu kami ada menjalankan aktiviti tersebut .

Hinggalah pada satu hari .... maq di katakan  
telah keluar rumah ketika suami maq tiada ! Sedangkan waktu tu maq hanya menghadiri undangan kawan maq bersama ahli kumpulan yang lain ! 

Dan berita ini disampaikan kepada suami maq ! 

Siapa  tak marahkan bila dapat tahu isteri dia keluar malam sedangkan masa tu dia tiada dirumah.

Kata suami seorang perempuan telah memberitahu dia yang maq bukan ke majlis itu tetapi ketempat lain ...

Astagfirullahhalazimmmmm...

Kepercayaan suami yang bertahun-tahun maq jaga ,akhirnya hancur disebabkan fitnah itu !! sehinggkan maq tak reti nak menangis,dada maq sakit,hati maq kecewa sambil tertanya-tanya kerja siapakah ini ...serius.

Ketika itu seluruh badan maq lesu,tak berdaya.Semua sebab  benda yang maq tidak lakukan tetapi dituduh melakukannya.

 Perhh...azab juga angkara fitnah inikan ?

Anak-anak blur ...

Ahli jawatan kuasa kumpulan pun bingung dengan tuduhan itu.Kata mereka , mereka kenal maq sangat-sangat !! mereka tau siapa maq..aq bukan seperti yg orang lain tu sangkakan dan mereka kata mereka nak bersemuka dengan suami maq untuk mengatakan hal yang sebenar tetapi maq halang.

Kata maq ....

Biar saya je yang dia marah ..biar saya je yang kena fitnah ..jangan awak semua...saya tak mahu kerana saya nanti  ...awak membenci dan dimarahi oleh orang lain terutama suami saya.Saya kenal siapa suami saya, dia tak perlukan penjelasan siapa-siapa sekarang ni.Apa yang penting sekarang ,saya ikut kan je kata dia iaitu tidak boleh keluar rumah ketika dia tiada dirumah walaupun untuk membuat amal jariah dalam undangan yasinn.Saya harap awak semua boleh paham keadaan saya sekarang ni  ....

Itulah rayu maq pada ahli jawatan kuasa yang bermesyuarat ketika itu .Alhamdulillah mereka akur ...

Mini  lebih  kurang setengah tahun maq mendiamkan diri dari kumpulan hanya untuk menjaga  hati suami.

Dalam masa yang sama maq sangat rindukan kawan-kawan yang ada dalam kumpulan.

Maq rindu nak baca doa yasin dan diaminkan oleh  kawan-kawan maq.Rasa rindu nak aminkan doa tahlil yang dibaca oleh ustazah .

Maq rindu nak baca yasin berlramai-ramai dari rumah kerumah macam dulu ...

ye ..maq rindu sangat-sangat.

Tapi demi seorang lelaki yang paling maq sayang dan maq tak nak jiwanya tertekan kalau maq abaikan arahannya,maka maq terpaksa duduk diam-diam didalam rumah ini. Dan jika ada aktiviti  luar rumah,hanya bersama suami  ..

Pernah satu  hari maq tanya kat suami kenapa dia tak bagi maq campur kumpulan tu lagi?

Dan inilah jawapannya ....

Abang bukan halang awak membuat amal jariah macam tu.Abang memang suka.Tapi jika sekarang ni awak sudah dituduh sedemikian rupa hanya sebab yang  kecil macam tu ,ada baiknya awak duduk rumah .Awak tak difitnah oleh kawan awak sendiri . awak tidak dikata dibelakang.Awak akan bebas dari mata-mata kawan awak yang tak senang dengan awak.Apa yang abang buat ni semua sebab abang tak mau antara kita dan kawan -kawan awak tu hanya menambah-nambah  lagi dosa yang sedia ada jadi...duduk je rumah.Kalau abang tak kerja nanti abang bawak awak keluar ,kalau abang kerja awak duduk la rumah jaga anak-anak kita ...boleh ?

Siapa tak sayang suami  cik peah oii.
Dengan semangat yang lemah dan pilu...

maq kata : ye .... boleh  ... 

Dalam hati Tuhan je yang tahu sedihnya hatiku ini ..

Kemudian maq tanya  dia : bukan kah ini tandanya saya tak bercampur dengan masyarakat nanti ??

Kata suami  .... awak nak bercampur dengan masyarakat yang suka buat fitnah macam tu? setiap minit sentiasa mencari silap orang lain ? memang ada yang baik dikalangan mereka  tetapi tidak semua.sila lah paham niat abang ni. uat masa ni ,awak duduk je dirumah ni ...

Maq diam tanda setuju dan menurut arahan "syurga"maq tu ...

Lepas peristiwa tu ,100% aktiviti maq  hanya didalam rumah yang bersaiz  50kaki X 16kaki X 2 tingkat.

Bayangkanlah tekanan yang maq rasa sekarang ni dan sekarang tentunya gembiralah hati insan yang sudah buat hidup maq sampai jadi macamni ...

Dia dah pisahkan maq dari kebaikan!

Dia pisahkan dari ustazah dan sahabat sahabat!

Dia dah buat hati suami maq tak menentu!

Dia juga dah buat maq semakin kurang percaya pada kawan-kawan sendiri!

ye...terima kasih lah untuk dia kerana fitnah dia telah berjaya dengan jaya.

Maq maafkan dia?Entahlah... buat masa ni belum lagi terfikir kearah itu sebab maq pun ada harga diri.

Allahhuakbar....





Comments

Popular posts from this blog

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Selamat Jalan Adam Danish

Assalamualaikum. 21 Oktober 2021. Terima kasih Allah untuk pinjaman selama 13 tahun ini. Anak syurga keluarga kami telah pergi menemuimu . Kami redha Ya Allah. Kami tahu perjalanan ini aturanMu. Semua ini hanya pinjaman dari Mu dan kami juga bakal dipulangkan kembali nanti. Al fatihah buat anak saudara mak long , Adam Danish. Kita kini telah terpisah  tapi kasih sayang mak long pada Adam takkan pernah pudar sampai bila bila pun,inshaallah. Sambut birthday yang ke 13 pada 1 Ogos lalu.  Doa mak long buat Arwah Adam Danish, "Semoga tangan tangan yang tolong urut kaki mak long waktu letih berjalan ziarah umrah dulu, tangan yang tolong ambilkan air kopi panas, tolong bawakan makanan² naik lift dan hantar ke bilik mak long suatu ketika dulu ,tangan yang tolong ibu ,ayah ,abang ,kakak²,atok, nenek  tanpa rasa mengeluh setiap waktu.Ye semoga tangan² itu sekarang ini sedang dipimpin oleh bidadari bidadari untuk berehat ditaman² syurga." Berehatlah sayang,satu hari nanti kami juga ...

Haid Lebih Lama Dari Biasa

Assalamualaikum. Bila usia semakin kepada penghujungnya. Banyak nikmat akan diambil satu persatu oleh Penciptanya. Kecantikan ,kecergasan ,daya ingatan , dan banyak lagi semakin hari semakin berkurang kualitinya.. Bagi orang perempuan pula , bila dah semakin berusia ,mereka akan diistihar sebagai  bakal berkeadaan monopus atau kata lain ,putus haid. Perubahan ini bukan datang dengan tiba tiba tetapi akan dimulakan dengan satu demi satu keadaan. Beberapa bulan sebelum monopus , perempuan itu akan didatangi haid yang tidak tentu masa keadaannya. Misalnya sebelum ini tempoh kebiasaan haid adalah seminggu tapi bila dah nak dekat ke ambang monopus , ia akan jadi lebih atau kurang atau kadang kadang ada ,kadang kadang langsung tak ada didatangi haid. Bagi situasi tidak didatangi haid tu , mungkin tak jadi masalah dipihak tuan punya diri walau bagaimana pun jangan lupa untuk lakukan urine test kalau keadaan merisaukan hati tua anda itu. Masalah ini bagaimana pun ia tidak mungkin ak...

Sabar Dan Tenang² Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...

Rindu itu percuma tapi berharga

 Assalamualaikum.  Pagi Jumaat, menyelusuri laman telegram, Allah jumpakan maq dengan gambar dibawah ni.  Tiba tiba tertanya sendiri. Kebaikan apakah yang aku dah buat terhadap kedua orang tua aku selama ini???  Diganti dengan nyawa sekalipun, belum tentu mampu terbalas lagi semua jasa mereka.  Terima kasih Allah kerana datangkan aku dari kasih sayang mereka berdua.  Tiba tiba datangnya rindu, bibir tak mampu berkata tapi hati meronta.  Tuhan... Jagakan tolong mereka .. 😢 Ku haramkan api neraka menyentuh kalian berdua...  Dari anak sulong emak abah ❤

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Sambal goreng versi Maq

 Assalamualaikum.  Sejak berkahwin dengan orang jawa, maq dah mula jatuh cinta dengan satu masakan jawa ni. Ia adalah sambal goreng. Ibu mertua maq masak memang sedap. Lagi satu yang buat masakan tu special pada selera maq ialah, dalam satu lauk, ia ada macam macam bahan. Antaranya,  Hati lembu,  Paru lembu,  Perut lembu ( babat)  Kentang goreng,  Tempeh goreng,  Tauhu goreng,  Soon goreng,  Tauhu kering,  Daging goreng,  Kacang panjang,  Lobak merah,  Sambal tumis,  Santan pekat, Udang goreng ⅓ masak, Nah, banyakkan?  Cara masaknya,  Goreng semua bahan kecuali bahan untuk sambal dan tauhu kering. Buat sambal tumis seperti biasa, nak pedas letaklah cili lebih, nak pedas dan manis ,letaklah gula dan cili lebih.  Bila sambal tumis dah siap masak, nak buat apa? Meh tonton video ni,  Tu video asalnya maq rakam untuk rujukan  anak anak maq memasak. Terutama Ety ( anak maq nombor 2 ) beliaulah ...

KWSP - pengalaman Maq

Assalamualaikum. Dua hari ni viral pasal tingkahlaku petugas di pejabat KWSP Johor Bahru yang menjadi kecaman warganet. Anda pun mungkin sudah pun tahu tentang tu. Kalini maq nak kongsi pengalaman maq pulak.  Pengalaman pertama kali berurusan dengan petugas KWSP didaerah Batu Pahat. Masa tu maq nak buat pengeluaran wang akaun 2 ( pengeluaran pencarum berusia 50 tahun). Walaupun tak banyak tapi adalah sikit untuk dimanfaati. Hasil kerja masa muda muda dulu. Ketika mula masuk ke pejabat tu, pertamakali maq pergi ke kaunter pertanyaan lah kan.  Maklom lah seumur hidup memang tak pernah masuk sekali pun disitu. Setiba dikaunter, maq beraturlah ikut baris. Setiba giliran maq, petugas dikaunter adalah seorang lelaki.  Umur lewat 40-50an gitu.  Muka tak mesra alam langsung ( ok,  maq paham kalau lelaki dengan perempuan tak perlu senyum kot dikhuatiri jatuh cinta pandang pertama, erghh!  Tapi bila maq bertanya soalan, apa yang maq harapkan dia paham y...

Telaga wakaf Adam Danish

  Assalamualaikum. Hampir 4 bulan kami kehilangan Adam Danish. Anak saudara maq yang dah pergi lebih awal dari kami untuk menemui penciptanya. Al Fatihah... Gambar sekadar hiasan. Selepas beberapa minggu arwah pergi, ibu Adam berhasrat untuk manfaatkan wang simpanan arwah yang terkumpul di bank. Selain berinfaq atas nama arwah , buat umrah badal untuk arwah bapa saudara ,ibu Adam ada plan satu lagi cabang infaq jariah,iaitu buat perigi dikawasan terpencil di negara Kemboja. Sebuah negara islam termiskin di asia tenggara.  Aktiviti berjalan pada bulan 12/2021.Program tu dinamakan telaga wakaf. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Hajat ibu Adam telah pun terlaksana dengan izin dari Nya. Alhamdulillah. Semoga perigi yang diinfaq atas nama keluarga dan atas nama Adam Danish,Allah beri ganjaran pahala yang berpanjangan sampai bila bila dan memberi manfaat kepada penghuni rumah dan pendudul disekitar kawasan disitu.I nshaallah, aamiin... Al Fatihah  Buat Adam Danish...?...

Darurat Dan Jangan Panik

Assalamaualaikum. Negara dikejutkan dengan berita perkenan isytihar darurat oleh Yang Dipertuan Agong. Teks pengumuman dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini ,Dato sri Muhyiddin Yasin.  Apa darurat yang dimaksudkan beliau? Bawah ni antara copypaste yang berlegar legar di group group whatsapp hari ini. Jom kita baca. TERKINI- Pengumuman Khas Darurat oleh YAB Perdana Menteri (12 Januari 2021) 📌Proklamasi darurat dipersembah kepada Agong semalam - PM Muhyiddin 📌Kes COVID-19 tidak tunjuk penurunan, kerajaan perlu bertindak - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID-19 daripada menjadi serius - PM Muhyiddin 📌Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi - PM Muhyiddin 📌Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan - PM Muhyiddin 📌Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat un...