Skip to main content

Pengalaman Cabut Gigi

Assalammualaikum ..

Anda pernah pergi  dapatkan rawatan gigi ?  mengikut pengalaman  , maq akan mengalami kerosakkan gigi ( kesemuanya gigi geraham ) selepas melahirkan anak . ini bermakna ketika mengandungkan mereka maq kekurangan kalsium . apa taknya baby pun perlukan kalsium untuk proses pembesaran kan . lagi-lagi anak-anak maq dilahirkan dengan berat yang memang semangat .

anak pertama 4 kg
anak kedua 3.8kg
anak ketika 3.6kg

haaa ini menunjukkan 3 batang gigi geraham maq sudah hilang ..

Klinik ada bekalkan vitamin termasuk kalsium  tapi sebabkan bau nya yang sangat kuat ,maq abaikan je pengambilannya ..nahh ..inilah kesannya ..gigi  maq jadi mangsa ! oh tidak ...

Graham yang ketiga dicabut seminggu sebelum bulan puasa haritu . dia tak sakit ,tetapi dia pecah separuh dan amat tidak selesa ketika proses mengunyah berlangsung . Dan keputusan maq ,ia perlu di cabut !!

Yang lawak , firstime cik peah oii ,maq pergi klinik  pergigian kerajaan . Katanya best perkhidmatan disitu sekarang . Ok laaa maq  pun test la  .

Seawal 7.30am maq dah masuk mendaftar .ianya berada di tingkat atas Poliklinik Batu Pahat  , Jalan Kluang . Bila sampai atas , waw rata-rata  kaum Cina yang datang untuk mendapatkan rawatan . Percuma dan jimat !

Nombor giliran maq adalah 3 ! ketika pesakit pertama mendapat rawatan ,maq mula gelisah .

maq tenguk wajah suami ...maq cakap ...' bang ..macam nak buang air besar ,macam nak buang air kecil pun ade ni  ... tapi suami maq cuma pandang maq sambil senyum ...maq tau dalam hati dia cakap ...'emm ...takut la tu ' ... hehehe

tiba giliran maq ..*nombor 3 bilik ....... ! ahh sudah .... Nak buka pintu bilik rawatan pun maq dah tak reti masa tu ..eh ! payah gak kalau tengah kalut ni haha..tiba dalam bilik ,doktor dah tunggu ...

kata doktor ...'' mana yang problem kak ? akak nak buat apa kak ?''

ahh ..bila dengar suara doktor perempuan yang lemah lembut gitu , maq pun terus bersemangat !

 '' saya nak cabut graham yg pecah tu doktor ..belah kiri yg belakang sekali  ''.

doktor tanya ''...sakit ke? ''

maq cakap ''...tak sakit pun tapi bila makan , saya tak selesa sebab asik tersangkut di dinding pipi ''.

''ok ..saya bius dulu ye '' ...doktor cuba beri ketenangan  nampaknya ( macam  dia tau2 je yg maq tengah nebes ) hehehe

mak aii ...suntikkan bius 5 sudut ...gusi yg sihat tu dicucuk 5 kali !! tahan maq tahan...( bisikan hati )

''ok...siap..akak duduk luar dulu bagi ubat bius jalan ,nanti saya panggil akak lagi ye ...'' lahai baiknya doktor ni ..nasib mulut dah nak mula  kebas ,senyum ke tak maq masa tu ekk ...maq pun tak perasan ...

Bila menunggu diluar  ,suami macam tak pandang je ,mungkin dia tak nak dengar maq nak terkucil  lagi kot ...hurmm ..entah la. Setelah menunggu lebih kurang 20 minit ..nombor maq pun di panggil ..*nombor 3 bilik........!

ahh ....dup dap..dup dap ...(maq pun berjalan masuk )

'' baring dulu ye kak '' ....lahai ...doktor oh doktor  macam mengantuk pulak ni haha

Bila doktor dah mula nak buat kerja , maq pun disuruh tenangkan diri ''..rileks ye kak ...kepala lembutkan ''...lahai ..memang tak reti bahasa apa  doktor  ni cakap ,tapi maq paham maksud dia ...

Bagai mencabut paku didinding ! zapp ! takda rasa sakit pun .

Akhirnya kata doktor .''...ok...sudah ... akak gigit kapas ni,kemudian  bila tiba dikaunter depan ,buat bayaran ..rm 2  ye kak ...''

rm 2 ?
rawatan sebegini sempurna ?
doktor yang lemah lembut ,kerja yang memuaskan ,hanya perlu dibayar rm 2 sahaja ?? ooh ..patutlah 'bangsa' tu ramai sangat berkunjung ke klinik ini ...

 ( bisik maq dalam hati )

kenapa maq bingung dengan kos rm 2 tu ??

sebabnya maq pernah kan cabut 2 batang graham sebelom ni ..sebatang tu kosnya rm55 ..tu beberapa tahun yang lalu ( lebih 10 tahun lepas ) sekarang ni entah berapa lah kosnya ntahla.

tapi pada maq perkhidmatan disini memang waw !! awesome ! maq bagi 4 bintang ! lagi 1 bintang tu kena simpan dulu ( bintang kejora kot )


yelah ,kalau sebelum ni kita asik mendengar keluhan rakyat yg katanya rawatan klinik gigi kerajaan teruk ,tapi pekara tu tidak pun terjadi pada maq .Malahan maq lebih selesa . alhamdulillah !

' yang , minggu depan abang nak cabut gigi jugak lah geraham yg pecah tu '....tiba-tiba suami maq bersuara ...

'eh ! minggu depan kan puasa bang ....'

'ha ah laaa.......' mengeluh kekasih maq saat tu heheheh

maqnie ~ nak pesan kat cik Peah oii ..jangan abaikan penjagaan gigi ye ,lagi-lagi kita yang dah hampir petang usianya ni ...banyak yang senyum kena tutup mulut tu nanti kikikih



sekarang maq guna ubat gigi ini sebab serasi dengan gigi maq.Tahan lama dan jimat.

Comments

Popular posts from this blog

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ini meja kami. Masa ni baru sampai dalam 20 minit. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM...

Rindu itu percuma tapi berharga

 Assalamualaikum.  Pagi Jumaat, menyelusuri laman telegram, Allah jumpakan maq dengan gambar dibawah ni.  Tiba tiba tertanya sendiri. Kebaikan apakah yang aku dah buat terhadap kedua orang tua aku selama ini???  Diganti dengan nyawa sekalipun, belum tentu mampu terbalas lagi semua jasa mereka.  Terima kasih Allah kerana datangkan aku dari kasih sayang mereka berdua.  Tiba tiba datangnya rindu, bibir tak mampu berkata tapi hati meronta.  Tuhan... Jagakan tolong mereka .. 😢 Ku haramkan api neraka menyentuh kalian berdua...  Dari anak sulong emak abah ❤

Sabar Dan Tenang² Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...

Haid Lebih Lama Dari Biasa

Assalamualaikum. Bila usia semakin kepada penghujungnya. Banyak nikmat akan diambil satu persatu oleh Penciptanya. Kecantikan ,kecergasan ,daya ingatan , dan banyak lagi semakin hari semakin berkurang kualitinya.. Bagi orang perempuan pula , bila dah semakin berusia ,mereka akan diistihar sebagai  bakal berkeadaan monopus atau kata lain ,putus haid. Perubahan ini bukan datang dengan tiba tiba tetapi akan dimulakan dengan satu demi satu keadaan. Beberapa bulan sebelum monopus , perempuan itu akan didatangi haid yang tidak tentu masa keadaannya. Misalnya sebelum ini tempoh kebiasaan haid adalah seminggu tapi bila dah nak dekat ke ambang monopus , ia akan jadi lebih atau kurang atau kadang kadang ada ,kadang kadang langsung tak ada didatangi haid. Bagi situasi tidak didatangi haid tu , mungkin tak jadi masalah dipihak tuan punya diri walau bagaimana pun jangan lupa untuk lakukan urine test kalau keadaan merisaukan hati tua anda itu. Masalah ini bagaimana pun ia tidak mungkin ak...

KWSP - pengalaman Maq

Assalamualaikum. Dua hari ni viral pasal tingkahlaku petugas di pejabat KWSP Johor Bahru yang menjadi kecaman warganet. Anda pun mungkin sudah pun tahu tentang tu. Kalini maq nak kongsi pengalaman maq pulak.  Pengalaman pertama kali berurusan dengan petugas KWSP didaerah Batu Pahat. Masa tu maq nak buat pengeluaran wang akaun 2 ( pengeluaran pencarum berusia 50 tahun). Walaupun tak banyak tapi adalah sikit untuk dimanfaati. Hasil kerja masa muda muda dulu. Ketika mula masuk ke pejabat tu, pertamakali maq pergi ke kaunter pertanyaan lah kan.  Maklom lah seumur hidup memang tak pernah masuk sekali pun disitu. Setiba dikaunter, maq beraturlah ikut baris. Setiba giliran maq, petugas dikaunter adalah seorang lelaki.  Umur lewat 40-50an gitu.  Muka tak mesra alam langsung ( ok,  maq paham kalau lelaki dengan perempuan tak perlu senyum kot dikhuatiri jatuh cinta pandang pertama, erghh!  Tapi bila maq bertanya soalan, apa yang maq harapkan dia paham y...

Sambal goreng versi Maq

 Assalamualaikum.  Sejak berkahwin dengan orang jawa, maq dah mula jatuh cinta dengan satu masakan jawa ni. Ia adalah sambal goreng. Ibu mertua maq masak memang sedap. Lagi satu yang buat masakan tu special pada selera maq ialah, dalam satu lauk, ia ada macam macam bahan. Antaranya,  Hati lembu,  Paru lembu,  Perut lembu ( babat)  Kentang goreng,  Tempeh goreng,  Tauhu goreng,  Soon goreng,  Tauhu kering,  Daging goreng,  Kacang panjang,  Lobak merah,  Sambal tumis,  Santan pekat, Udang goreng ⅓ masak, Nah, banyakkan?  Cara masaknya,  Goreng semua bahan kecuali bahan untuk sambal dan tauhu kering. Buat sambal tumis seperti biasa, nak pedas letaklah cili lebih, nak pedas dan manis ,letaklah gula dan cili lebih.  Bila sambal tumis dah siap masak, nak buat apa? Meh tonton video ni,  Tu video asalnya maq rakam untuk rujukan  anak anak maq memasak. Terutama Ety ( anak maq nombor 2 ) beliaulah ...

Telaga wakaf Adam Danish

  Assalamualaikum. Hampir 4 bulan kami kehilangan Adam Danish. Anak saudara maq yang dah pergi lebih awal dari kami untuk menemui penciptanya. Al Fatihah... Gambar sekadar hiasan. Selepas beberapa minggu arwah pergi, ibu Adam berhasrat untuk manfaatkan wang simpanan arwah yang terkumpul di bank. Selain berinfaq atas nama arwah , buat umrah badal untuk arwah bapa saudara ,ibu Adam ada plan satu lagi cabang infaq jariah,iaitu buat perigi dikawasan terpencil di negara Kemboja. Sebuah negara islam termiskin di asia tenggara.  Aktiviti berjalan pada bulan 12/2021.Program tu dinamakan telaga wakaf. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Hajat ibu Adam telah pun terlaksana dengan izin dari Nya. Alhamdulillah. Semoga perigi yang diinfaq atas nama keluarga dan atas nama Adam Danish,Allah beri ganjaran pahala yang berpanjangan sampai bila bila dan memberi manfaat kepada penghuni rumah dan pendudul disekitar kawasan disitu.I nshaallah, aamiin... Al Fatihah  Buat Adam Danish...?...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Pasartani Jalan Omar, Batu Pahat

Assalamualaikum. Khamis.  Dan hari ini ada pasar tani di Jalan Omar, Batu Pahat. Kali ini maq pergi bukan dengan encik suami, tapi dengan along,  ainul dan aida. A4 ( ani, along, ainul, aida)  okay dah boleh guna untuk photo state . **tetiba A4 pulak!  😂 Apa ada dipasar tani?  Hasil jualan dari petani petani diseluruh Batu  Pahat  ada dijual disini. Sayuran, ayam, ikan, daging, kuih muih, bahan bahan memasak, kain baju,buku agama dan ada macam macam.  Harga mampu milik punya, usah gusar dan ragu. Nasi kerabu ayam rm 5.50 sebekas. Sedap sangat!  Kurma, sekilo rm 24.00, ini petani arab yang tanam, Tapi petani Batu Pahat tukang jualkan. Buah bidara, sekilo rm 14.00. Sedap sebab manis rasanya.  Roti keluaran  bumiputera,beli  3paket rm 10. Dapat free gift roti kecil.Terbaik.  Harini maq cari nenas untuk majlis hari Sabtu nanti, risau jugak takda jual. Maklom musim banjir ni,  ban...