Kenangan Mula Mula Belajar Puasa
Assalammualaikum,
Dah niat puasa ke tu ? Sebelom tidur elok lah baca niat kot pagi esok kesiangan taklah puasa tanpa niat nanti . aik?? Boleh ke Puasa tanpa niat? jawapannya :
Boleh tapi kalau anda ada planning nak bebuka pukul 10 pagi ahha.
Ketahuilah kalian tidak sah puasa sesaorang itu tanpa niat.
Macammana niat puasa ?
Ahh nipulah kalau tak tahu , ini dah masuk 16 ramadhan dah takkan dah lupa haha.
Masa maq kecil dulu kata abah maq ( Encik Rokani ) kalau tak nak lapar ketika berpuasa , banyakan niatnya dimalam hari . Maq pun ikut jelah dan ..yelah ! Tak rasa lapar !
Maq ada kenangan yang masih segar dalam ingatan ini :
Ketika tu usia maq dalam 8 - 9 tahun.Masa tu macam baru nak belajar belajar berpuasa.Nak jadikan cerita, selepas makan sahur abah ajarlah maq berniat dalam bahasa arab .
Pada percubaan pertama niat tu maq salah sebut ,masuk yang kedua maq salah lagi , masuk yang ketiga kali ... maq nangis.
Sebabnya ??
Sebab maq mana reti cakap arab , abah pun sebut laju sangat, mana maq tahu nak ikutnya, menangis je la tahunya masatu.
Akhirnya abah ajar niat dalam versi melayu.
Alhamdulillah,baru tenang hati maq dan ianya kekal hingga ke hari ini.
Maq lebih selesa berniat puasa dalam bahasa melayu.Apa pun kenot kan hahaha.Janji sah puasanya !