Skip to main content

Tangani masalah anak nakal





Assalammualaikum

Bagaimana nak didik anak-anak yang nakal ? nakal disini bermaksud manja yang melampau . sukar ditegur ,sukar di kawal ,sukar di pantau .


Maq selalu dapat kanak-kanak  yang sebegini untuk dijaga . Pernah maq jaga seorang budak yang berusia 3 tahun lebih yang katanya sangat nakal hingga sering di cubit oleh pengasuhnya dulu .


Puncanya dia  selalu buli anak pengasuh lamanya sehinggakan pengasuh tu tak tahan dengan perangai kanak-kanak tu .Bila mama dia menyerahkannya kepada maq , maq just janji,


ok ,maq cuba uruskannya,insyaallah ..

Budak nakal ini sebenarnya dia manja melampau .

Dia nak  minta perhatian dari kita . Pada  awal '' perkenalan '' kami,maq biarkan dia dengan perasaannya.

First bila maq perhatikan ....

Dia ni suka membuka almari simpanan maq,
dia suka selongkar buku-buku sekolah anak maq ,dia tak mahu tidur siang, dia suka menyakat kawan-kawan ,dia suka bergaduh, pukul kawan-kawan dan tak dengar arahan maq.


Yang pelik bila maq mengadu kat mama dia, apa jawab mama dia ?


''biarkan jelah kak kalau dia tak mahu tidur.."


eh ...budak sekecil dia tu tak perlu tidur siang ? no way ! maq tak nak nanti tumbesaran dia terganggu sebab dia tak ada rehat langsung.


Pada maq budak  yang aktif dan kurang rehat seperti ni  akan mudah mendapat selsema dan demam kalau dia terus-terusan aktif . Maq tak mahu nanti semua kawan-kawan dia turut sama dijangkiti kalau dia tak sihat .

So apa yang maq buat ...?

rotan ?? ish...itu bukan jalan penyelesaian ,sakit di tubuh kanak-kanak seusia dia hanya disebabkan rotan tak lama.

Kanak-kanak cepat lupa sakit dia.Nanti bila sakit tu dah hilang dia akan buat nakal lagi ( buang masa jek cara ni )

Pendekatannya  :  

kalau dia tak mahu  tidur pada waktu yang ditetapkan  maq akan biarkan dia .Tapi bukan tanda dia tak tidur tu dia boleh merayap satu rumah sesuka hatinya tapi dia juga kena baring sama-sama kawan-kawannya.Cuma dia tak boleh buat bising , tak boleh ganggu kawan yang sedang  tidur ,tak boleh kemana-mana . 


Hanya ditilamnya sahaja !

Pada awalnya mungkin sukar tapi lepas sebulan dia akan akur dan biasa dengan cara tu dan akhirnya bila tiba waktu untuk dia '' hanya  baring-baring '' je , akhirnya dia akan tertidur jugak.

Ok settle dan sekarang dia lah budak tukang bentang kan tilam kawan-kawannya bila tiba waktu tidur . Mudahkan ?

rotan ?? maq tak beli pun lagi ....

tabiat dia suka membongkar almari tu maq handle dengan cakap ... kata maq : 

Barang orang kita tak boleh buat suka -suka hati kita  , kalau kita punya barang orang kacau , kita marah tak ? kalau rosak nanti macam mana?  nanti '' kakak '' nangis barang dia rosak ,kesian kan..

Mula-mula dia buat don't know je , tapi kalau dah hari-hari ,batu pun lekok cik peah oiii ... 

Perangai dia yang suka kacau orang ,kadang -kadang sampai menangis si kawan tu dia kerjakan,maq settle senang je.

Maq akan asingkan dia dari kawan kawan lain.
Pastinya dia cemburu bila dengar jerit ketawa kawan-kawannya bermain di luar dengan riang dan gembira sedang dia duduk sorang-sorang di pinggiran sepi.

Lama kelamaan tentu dia akan menyesal .Dan amaran maq kat dia : 

kalau nak main sama sama ,jangan pukul kawan , nanti maq letak awak sorang-sorang diluar.


Pastinya dia akan menganggukkan kepala maksudnya " ye maq,saya ingat pesan maq...."

rotan ? masih belum beli lagi....

Lagi satu jika kanak-kanak bercakap yang seperti jenaka menggunakan bahasa yang kurang elok  !  haa jangan pernah untuk ketawa di hadapannya.

Biarpun kata-kata dia tu lucu mana sekali pun , nak ketawa pendam dalam hati dulu tetapi tegur dia seçepat mungkin ...cakaplah ,

ishh tak baik cakap macam tu.Allah benci tau.kalau Allah benci nanti Dia tak sayang.

dan pastinya kalau anak-anak asuhan maq akan cakap,


bila Allah tak sayang nanti mati masuk neraka kan maq??? 

yesssss betul  dan  ayat paling hebat maq tanyakan pada  mereka disini sekarang  bila buat salah nak masuk syurga ke neraka ?pandai pulak tu jawapannya SYURGA la maq. ....

Kalau nak masuk syurga jangan buat jahat  tau !?? 


Alhamdulillah kanak-kanak yang nakal tu dah tahu apa itu syurga dan nereka, sedangkan dia tak pernah tengok pun .

Sekarang dah 2 tahun maq mengasuh dia dan dia sudah pun bersekolah tadika  .

Takde pun nak kena dicubit.Takde pun kena  rotan.Takde pun kesan lebam dilengan nya ,dia sihat walafiat.


Alhamdulillah malahan dia sudah pandai lipat kain baju ( tolong anak dara maq )

Maq dah cuba dengan izin Allah...

Terima kasih Allah sebab bantu maq dalam mencari rezeki dan mendidik anak asuhan ini.

Dan apa cerita ROTAN ? maq masih tak beli lagi...



Comments

Popular posts from this blog

Tips Nak Dapat 190 Pahala Dengan Mudah

  Bismillah, Mungkin ada yang dah tahu tips yang dimaksudkan pada tajuk entri maq kalini. Tapi untuk mereka yang belum tahu atau yang dah ingat ingat lupa.Jom amalkan tips ini. Cara untuk dapatkan 190 pahala dalam sekelip mata ialah dengan membaca ayat dalam gambar dibawah ini. Satu huruf yang disebut dalam Al Quran ,Allah dah janji akan diberi 10 pahala.So bila baca bismillahirohmanirohim dalam huruf hijaiyiah ( huruf dalam quran) bismillah itu ada 19 huruf.Korang buatkan je kiraan matematik (19x10 =190) so sekelip mata 190 pahala dah transfer ke akaun pahala korang! Seronok kan? Itu untuk sekali bacaan.Kalau setiap perbuatan kita mulai dengan bismillahirohmanirohim? Nak duduk ,baca Nak tidur ,baca Nak keluar rumah,baca.. Menyapu ,baca Memasak,baca Makan ,baca Minum,baca Pegang fon,baca  Senang cakap ,semua perbuatan dimulai dengan bismillahirohmanirohim. Setiap hari,sepanjang usia.Korang rasa berapa juta pahala korang boleh kumpul ek?Buanyaaaakkk tu!Masyaallah.. Allah maha b...

Jalan Santai Pagi Sabtu

  Bismillah, Sabtu 14 November 2026.Alhamdulillah awal pagi tadi sempat juga kami curi masa untuk brisk walk santai santai di dataran Penggaram. Hasil; Kalau ditanya apa seronoknya ek brisk walk bagi wargamas macam kami ni.Sukacita maq nak maklomkan disini,kami rasa fresh dan seronok bila lakukan brisk walk. Sejujurnya memanglah ada rasa sedikit letih,badan melekit peluh,nafas pendek, termengah mengah,tapi lepas dapat melepasi masa yang dah di 'setting' kan.Allahhu, nikmatnya rasa. Siapa percaya kalau makcik pakcik yang umur dah nak hampir ke 60 tahun boleh berjalan sejauh 3.5km tak sampai 60minit? Semua dengan izin Allah.Kalau Allah tak izinkan,kami memang tak mampu. Lebih 30 tahun kami abaikan kesihatan kami.  Encik suami keluar kerja dari pagi baliknya malam.Maq pulak bekerja dirumah melayan karenah anak sendiri dan anak anak asuhan dari pukul 7.00pagi sampai 7.00malam.Kadang kadang bersambung tengah malam sebab parents overtime atau outstation atau pergi makan makan 😁 202...

Start Brisk Walk Untuk November

  Bismillah, Alhamdulillah dengan izin Allah,setelah beberapa ketika tak dapat nak brisk walk. Harini 09/11/2026 dengan izin Allah,akhirnya dapatlah kami aturkan langkah brisk walk kami semula. Pukul 6.35am Maq dan encik suami dah sampai dilokasi.Rindu sangat suasana kat sini actually 😢 Alhamdulillah,cukuplah hasil jalan jalan untuk permulaan bulan November ini. Selain dapat keluarkan peluh peluh malas, dapatlah jugak melepaskan rindu pada bau pokok pokok ,suara burung burung dan menghirup udara segar dikawasan tasik "kenapa" .❤

January Giveaway by Awesome Dreamer

Assalamualaikum, hai.. Untuk pembuka 2020 ,maq dah join  January Giveaway  dari Blogger Awesome Dreamer.  Pembuka tirai ni tau!  Anda boleh masuk je link Awesome Dreamer tu. Ikut je arahan owner blog. Ok done!  Masuk link ini jika anda berminat nak turut serta. Good luck!

Doa Petang Jumaat 5 Shawal

  sekadar iklan, tudung ada jual  dalam beg kuning video ini Bismillah, Hujan lebat turun waktu azan asar tadi.Harini Jumaat pertama dalam bulan shawal 1446H. Lepas asar hingga sebelum azan maghrib jangan lupa panjatkanlah doa.Kerana ini adalah antara waktu mustajab doa. Petang ni jomlah sama sama berdoa dengan Maq.Mungkin doa maq tak sama macam doa korang tapi maq nak jugak kongsi doa maq pada petang Jumaat kali ni. Bismillahirohmaa nirohim... Yaa Allah, cabut semua keburukan yang ada pada diri aku ,yang Engkau tidak suka.Dan tinggalkan kebaikan sahaja yang ada pada diri aku yang Engkau suka .Semoga semua keburukan yang ada pada aku akan terhapus sebelum aku mati. Yaa Allah, Kurniakan aku akhlaq yang baik, Kurniakan aku rezeki yang baik, Kurniakan aku redha Mu, Kurniakan aku syurga firdaus Mu.. Robbanaa Aatina fiddun yaa hasanah,wafil aahiroti hasanah wakina Azabbannar.  ( tutup dengan selawat ) Aamiin Yaa robbal Alamiin..

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Hari Jumaat yang indah , datang pula rasa berminat nak join giveaway ini..inshaallah. Semuga semua urusan dipermudahkan. Sebelum tu baca info menarik bawah ini ya. PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus , Puan Zamzana Mohd Arifin: “ Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan. ” Kini, boleh ‘ booking online ’ Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita . Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang t...

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

  Bismillah, Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya : "Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak bersukaria 2. Terlalu bermewah 3. Asyik mengumpul harta 4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia 5. Saling memarahi 6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi. Hadith Riwayat al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404). Sahih menurut az-Zahabi. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Gadget Baru

Assalamualaikum.  Sejak doktor dah sah kan bahawa maq ada  masalah tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi, pertamakali apa yang penting ialah jangan meremehkan rutin MAKAN UBAT. Untuk elakkan pisang berbuah 2 kali. Ye,  setiap sebelum tidur kena pastikan makan ubat dan setiap selepas sarapan juga kena makan ubat.  Untuk kawal keadaan maq ada 2 gadjet  yang dah jadi peneman setiap masa. Benda tu ialah,  pemotong ubat alat periksa tekanan darah Setiap pagi dalam pukul 9.00 keatas ,maq akan buat pemeriksaan tekanan darah.  Yang menghairankan,sejak balik dari klinik tu, maq tak jumpa lagi tekanan darah naik sampai 160-170 !  Yang maq  jumpa paling tinggi pun 135/78. Selebihnya biasa biasa, 127/80-122/79-120/72  Persoalannya kenapa dekat klinik kesihatan haritu bp maq tinggi mendadak???  Bila maq tonton di youtube.Ada seorang doktor jelaskan, ada terdapat waktu waktu sesuai nak ambil tekanan darah ni rupanya.  - awal pagi dapat b...

Pfizer ,EO dan Encik suami

 Assalamualaikum. Hari Rabu ,bersamaan 11 Ogos 2021. Maq ikut encik suami ke pusat ppv, di Uthm,Parit Raja. Ini dos ke 2 untuk beliau. Kat Dewan Sultan Ibrahim ,Uthm ,Parit Raja,Batu Pahat. Maq tunggu sini jek. Ntah kenapa kalini beliau ajak maq teman pergi vaksin. Haritu dos pertama elok je pergi sorang.  Ambil gambar kat tempat parking. Kenapa? Dikawasan photobooth vaksin tu orang ramai sangat bergambar,encik suami tak selesa. Selepas beberapa hari beliau lengkapkan vaksin Pfizer ,kesannya cuma badan ada dedo dan demam sikit. Tapi  bila maq buat mandian guna EO lemon dari young livings tu , beliau kata rasa dedo tu hilang dah. Alhamdulillah ,sekarang beliau dah aktif  seperti biasa. Tentang pfizer. Semalam 14/8/2021- beliau hantar maq pulak ambil vaksin dos 2 ditempat yang sama. Semoga vaksin ini beri kebaikan buat kami didunia dan diakhirat. Apapun harini 15/8/2021 badan maq rasa seram sejuk .Hingga saat entri blog ini dipostkan disini. Satu badan rasa hangat dan ...

Telaga wakaf Adam Danish

  Assalamualaikum. Hampir 4 bulan kami kehilangan Adam Danish. Anak saudara maq yang dah pergi lebih awal dari kami untuk menemui penciptanya. Al Fatihah... Gambar sekadar hiasan. Selepas beberapa minggu arwah pergi, ibu Adam berhasrat untuk manfaatkan wang simpanan arwah yang terkumpul di bank. Selain berinfaq atas nama arwah , buat umrah badal untuk arwah bapa saudara ,ibu Adam ada plan satu lagi cabang infaq jariah,iaitu buat perigi dikawasan terpencil di negara Kemboja. Sebuah negara islam termiskin di asia tenggara.  Aktiviti berjalan pada bulan 12/2021.Program tu dinamakan telaga wakaf. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Hajat ibu Adam telah pun terlaksana dengan izin dari Nya. Alhamdulillah. Semoga perigi yang diinfaq atas nama keluarga dan atas nama Adam Danish,Allah beri ganjaran pahala yang berpanjangan sampai bila bila dan memberi manfaat kepada penghuni rumah dan pendudul disekitar kawasan disitu.I nshaallah, aamiin... Al Fatihah  Buat Adam Danish...?...