Skip to main content

15 Oktober Dan Cerita Masa Silam

 


Bismillah,

Harini 15 Oktober 2025 .

Harini hari lahir abah.Kalau abah masih ada kat dunia ni,tahun ni umur abah dah 83 tahun.Tapi dah 3 tahun abah 'balik kepada Penciptanya'.


Yang tinggal kini hanya kenangan semasa kami membesar disamping abah.


Itulah hakikatnya sebuah kehidupan.

Bertemu,bersama dan berpisah.

Akhirnya yang tinggal cuma memori.


Maq ingat lagi kenangan menjadi anak perempuan sulong abah.Namun banyak juga kenangan yang maq dah tak ingat.Bukan buat buat tak ingat tapi memang dah tak teringat langsung.


Masa maq masih di zaman kanak kanak belum baligh ( belum bersekolah lagi) abah kami berkerja sebagai pekerja buruh binaan di Singapura.


Sebulan sekali abah akan balik jumpa isteri dan anak anak.Pernah abah kena rompak sewaktu menaiki bas nak balik dari Singapura.Kesan dilibas pisau perompak menjadi parut kekal ditubuh abah.


Sejak peristiwa tu,ibu suruh abah berkerja dikampung sahaja.Kerana ibu bimbang keselamatan abah ulang alik dari Singapura ke kampung kami di Koris.


Bila abah dah duduk kampung , ibu bantu abah tambah pendapatan.Dengan izin Allah ,muncul pula idea ibu berjualan kuih.Iaitu kuih epok epok.Tempat lain dipanggil karipap.


Berintikan keledek ,rasa lemak berempah,manis dan masin ,akhirnya epok epok Rokani diberi nama.Padahal yang buat kuih tu ibu kami,nama abah yang naik! haha itu hal biasa dalam branding produk.Betul tak?


Selain menjual kuih muih dan hantar ke kedai kedai makan dikawasan kampung kami,ibu juga berkerja.


Banyak jenis pekerjaan ibu kami cuba buat.Ibu pernah kerja sebagai pemetik buah koko ,kerja di kebun sayur dan paling terakhir ibu menjadi operator pengeluaran disebuah syarikat tekstile di kawasan industri Taman Wawasan ,Batu Pahat sehingga umur ibu 55 tahun.


Namun berniaga kuih epok epok masih tetap juga dijalankan biarpun ibu telah bekerja.Dan jualan epok epok diteruskan selepas ibu berhenti kerja dan buka kedai makan di daerah Kempas diJohor Baharu.


Maq juga pernah berjualan kuih epok epok hasil air tangan ibu dibilik darjah dengan cara ambil order dari kawan kawan kelas.


Hasil duit jualan tu maq guna untuk bayar tambang bas sekolah,duit belanja makan dikantin sekolah dan kadang untuk bayar yuran serta beli buku buku rujukan.


Bukan senang nak senang kan kawan kawan?


Waktu tu niat kami satu je,nak bantu abah sara keluarga kecil kami. 


Bila keputusan peperiksaan SRP diumumkan ,abah suruh maq berhenti sekolah sebab bagi abah sepandai pandai anak perempuan ,nanti duduk kat dapur jugak akhirnya.Padahal results SRP maq not bad jugaklah.Result itu juga melayakkan maq ditempatkan di kelas beraliran sains.


Hahaha tapi ni benda biasa .Itulah gaya pemikiran orang orang tua kami yang membesarkan anak di era tahun 70an & 80an.


Lagi hal lawak bercampur seram ,abah suruh maq dikawinkan je ,sedangkan masa tu anaknya baru habis SRP ,umur baru nak masuk 16tahun kok dah disuruh kawin!?hahahah seram toh! 


Ini mungkin disebabkan  abah menikahi ibu pun waktu ibu berumur 17 tahun , tu yang anaknya pun nak dikawinkan waktu umur belasan tahun.Aduhaii...


Alhamdulillah ibu maq bangkang idea abah ,bagi pihak ibu ,anak perempuan perlu diberi peluang belajar sampai ke tahap mana yang dia mampu belajar.


So,untuk tidak menyinggung mana mana hati,maq cakap kat mereka beri lah maq peluang habiskan belajar sampai ke sijil SPM,lepas tu nak suruh kawin pun maq tak kesah.Mereka pun setuju.


Apapun semua perbelanjaan sekolah, maq dan ibu kenalah pandai pandai usahakan sendiri.Its okeylah,kami tahu rezeki kami dah tertuliskan.


Lepas SPM ,maq tak kawin pun tapi maq terus cari kerja.Lega bila orangtua maq dah tak sebut sebut pasal nak kawinkan maq .Sebabnya? Sebab bila maq dah berkerja,maq dapat bantu keluarga.Abah dan ibu pun dapat sesikit duit kocek.Heheheh hidup nak kena pandai bodek ek?!


Actually ,abah seorang bapa yang penyayang,suka beri kata nasihat ,suka hidup yang biasa biasa je dan tutur kata beliau sangat berakhlaq baik.

kenangan umrah 2019 bersama keluarga ,
'Abah' nombor 3 dari kiri.Dan wanita nombor 4 itu ibu Maq.


Semua ahli keluarga menghormati abah kami.Adik ipar,anak saudara,adik beradik abah,orang orang kampung,semua hormat kat abah.Mereka tak pernah sisihkan abah biarpun abah bukan  orang berada.Maq bangga ada bapa sehebat abah.


Mykad abah sebelum diganti dengan sijil kematian.


Allahummagh firlahu
warhamhu
wa'afihim
wa'fua'nhu
🤲


Sempena tarikh 15/10 pada harini,

"yaa Allah ,aku mohon Kau ampunkan dosa abahku,jadikan alam barzakh tempat istirehat paling indah buat arwah abah dan aku haramkan api neraka menyentuh tubuh badan kedua orang tua ku di akhirat nanti.Allahhumma Aamiin...

Comments

Popular posts from this blog

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Sembang Pasal Haji

  Bismillah ,Alhamdulillah. Nak tau tak?Waktu maq buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Batu Pahat 31/12/2024 lalu.Maq adalah bersembang dengan seorang "kakak"ni. Beliau yang bahasakan dirinya sebagai "akak". Tapi bila maq belek kad kesihatan beliau ,owh memang betul lah akak.Lahirnya pada tahun 1963.Okey fine ,akak is you. Akak tu tiba tiba boleh pulak masuk topik haji padahal kami hanya sembang pasal penyakit masing masing je sebelum tu. Katanya, Akak dah pergi haji pada tahun 2023 yang lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar semasa disana.Biarpun akak ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Masyaallah ye ke kak? BMI akak lepas ye ?Akak daftar haji tahun bila? ikut PJH ke muassasah? (Maq kalau buat soalan memang rajin hahaha) Akak tu senyum sebelum jawab soalan soalan maq.Agaknya part BMI tu kot.iishh mulut ni pun ,cepat sangat buat soalan. Ye alhamdulillah,BMI akak lepas. Buat medical check up dekat KKBP dan cucuk vaksin kat klinik swasta. Ha ah,akak ik...

January Giveaway by Awesome Dreamer

Assalamualaikum, hai.. Untuk pembuka 2020 ,maq dah join  January Giveaway  dari Blogger Awesome Dreamer.  Pembuka tirai ni tau!  Anda boleh masuk je link Awesome Dreamer tu. Ikut je arahan owner blog. Ok done!  Masuk link ini jika anda berminat nak turut serta. Good luck!

Jiwa Dan Hati

Assalamualaikum. Minggu ini adalah minggu yang agak busy bagi maq . Apa pun tak mampu nak dikongsi diblog ini. Harini ,sambil menahan debaran menunggu pengumuman dari PM pasal kesinambungan hidup dilingkaran covid19 yang dijangka akan diumumkan malam ini. Secebis kata tentang jiwa dan hati. ( lihat gambar ) PKP?PKPB? PKPD? PKPP? Apapun keputusannya nanti, iman jangan goyah. Dunia kita semakin tenat. Redha lah sepenuh hati. Bersangka baik dengan Allah.Apa yang belaku pasti ada hikmahnya ,inshaallah..

Ainul Mardhiah 2 Tahun 6 Bulan

 Assalamualaikum.  Lama tak kongsi cerita pasal Baby A. M.Siapa baby A. M?Pastinya Ainul Mardhiah, cucu pertama maq tu. Pejam celik pejam celik, sekarang Ainul dah berusia 2 tahun setengah. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah  sudah semakin cerdik sekarang ni. Biarpun dah lebih setahun dia telah dijaga oleh mamanya sepenuh masa, namun bila mama ada urusan yang terpaksa tinggalkan Ainul dengan tokmaknya,Ainul tak meragam pun.Malah dia pernah pesan kat maq,  " kejap eah tok, mama kua jap, atok wait eah.. " Haish..tak tau la siapa yang jaga siapa sekarang ni. Tapi Alhamdulillah,Ainul budak yang mudah dididik.Insyaallah. Nak lihat telatah alainul Mardhiah diusia 2 tahun ni? Bawah ada beberapa gambar terbaru beliau.    Antara reaksi wajahnya bila ajak selfie.Dah reti malu tengok muka sendiri kat skrin fon.Tapi bila ajak bergambar di tempat yang dia seronok tu,kemain lagi dia beraksiiiii...  Kemain lagi dia bergaya. Suka meniru gelagat orang di sekeliling....

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Inilah waktunya untuk jadi Orang baik Yang bijak

Assalamualaikum. Mengenai bantuan Covid19 . Ramai yang pertikaikan penerima penerima sumbangan bantuan tu. Ada yang layak tapi tak dapat, ada yang macam tak layak tapi dapat. Dalam situasi macam sekarang ni,  maq rasa kita jangan pilih layak tak layak tapi kita bagi pada mereka yang memang sangat memerlukannya. Al maklom dah hampir 3 minggu tak pergi kerja, mesti ada yang dah kering stock dapur mereka. Siapa yang memerlukan bantuan tu? Golongan yang diutamakan adalah mereka yang, -duit simpanannya dah habis langsung. -duit nak beli barang dapur langsung dah takda. -Putus pendapatan dan tanggungan ramai nak dibagi makan. BUKAN untuk golongan macam ni. -ada duit tapi sayang nak guna. -ada duit tapi saja nak juga merasa dapat bantuan. -ada duit dalam bank tapi malas pergi cucuk. -ada pencen, socso, bantuan bulanan JKM/Zakat dan gaji bulanan. DAN bukan juga untuk golongan macamni, -dlm petiais penuh lagi barang basah. -dlm almari penuh lagi barang kering...