Info Haji 2026
Bismillah,
Banyak info yang masyarakat kena tahu perihal yang berkaitan haji yang dikelolakan oleh pihak tabung haji tentang haji 2026 .
Info dibawah ini maq dapat dari group fb jemaah haji Malaysia.Hasil salin tampal**
🔥1. Tawaran Haji (P1)
✅️ Setakat ini 3 batch tawaran telah dikeluarkan: 24, 29 & 30 Oktober 2025.
✅️ Proses tawaran masih berjalan dan belum dimaklumkan tarikh akhir.
✅️ Calon dalam THiJARI bertanda “Tersenarai 1447H” akan menerima tawaran secara berperingkat.
🔥2. Rayuan Haji
✅️ Dibuka mulai 3 November 2025.
✅️ Kategori rayuan mahram: suami/isteri perlu sahkan tawaran dahulu.
✅️ Rayuan lain: boleh terus buat permohonan dalam THiJARI.
✅️ Tabung Haji akan menilai purata baki simpanan sebelum meluluskan rayuan.
🔥3. Syarat Simpanan Minimum RM15,000
✅️ Bermula 1447H, tawaran hanya diberi kepada jemaah dengan minimum RM15,000 dalam akaun Tabung Haji. Hanya ~60% calon dalam senarai asal memenuhi syarat ini.
✅️ Ini bermakna masih banyak kekosongan kuota untuk mereka yang ingin merayu.
🔥4. Jadual Penerbangan Haji 2026
✅️ Berangkat pertama: 18 April 2026
✅️ Kepulangan terakhir: 30 Jun 2026
🔥5. Saranan Rasmi
✅️ Semak status di THiJARI dari semasa ke semasa.
✅️ Pastikan baki akaun melebihi RM15,000 sebelum membuat rayuan.
✅️ Rayuan awal lebih berpeluang kerana pemilihan dibuat berdasarkan kriteria kewangan dan giliran asal.
#boskatering #haji2026
Biar tahu jangan keliru*
Sumber : facebook
