Majlis Pernikahan Sepupu di Ulu Kinta ,Perak
Bismillah,
17/10/2025 yang lalu,maq sekeluarga telah menghadiri majlis pernikahan sepupu maq ,Siti Nur Atikah di masjid Ar Rashid ,Ulu Kinta Perak.
Acara Akad nikah berlangsung pada pukul 9.45malam.Dengan sekali lafaz je ,Atikah dah sah jadi isteri orang,Alhamdulillah.
Selesai majlis nikah,tetamu dari pihak lelaki dan dari ahli keluarga Nur Atikah menjamu selera dikediaman pengantin perempuan di Taman Hiburan ,Ulu Kinta.
Bawah ini antara momen yang mampu maq semadikan pada kenangan indah malam tersebut.
![]() |
| Bersama si bongsu |
![]() |
| Bersama Angah |
![]() |
| Meriah malam tu.Ahli keluarga pihak pengantin lelaki yang datang dari Kedah dan keluarga pengantin perempuan telah berkumpul untuk meraikan detik bahagia kedua mempelai. |
![]() |
| Tetamu dari keluarga Mak Long Koris, tema maroon♥️ |
![]() |
| Suasana dalam masjid sangat menarik |
![]() |
| Bersiap dihomestay sebelum ke majlis nikah |
![]() |
| Tengahari tu kami berhenti makan di RNR Tapah sebelum teruskan perjalanan ke Ipoh |
Acara kemuncak majlis seterusnya berlangsung pada 18/10/2025 di perkarangan Masjid Permai ,Ulu Kinta.Bermula dari pukul 11.00pagi hingga 4.00petang.
Antara memori yang sempat dirakamkan.
![]() |
| Nak jugak bertiga. Mujur muat cermin tu. |
![]() |
| Jadi penyambut tetamu bersama ibu saudara dan adik sepupu. |
![]() |
| Adat orang Johor ,nak jumpa pengantin perempuan kenalah bayar "tol" dulu. |
![]() |
| Inilah pasangan pengantin yang diraikan.Doa Kak Long moga ikatan perkahwinan korang berdua kekal bahagia sampai ke syurga.Aamiin... |
Kepada Siti Nur Atikah & Pasangan,kami mengucapkan :
19/10/2025,kami semua sudah beransur pulang selepas 3hari 2malam berkampung disana.
Moga silaturahim ini kekal sampai syurga.












