Bismillah, Harini 7 Julai 2026. Harini the most beautiful day for me. Thank you Allah ❤ Ceh speaking london ko hahaha! Takda apa yang diharapkan selain doa yang baik baik sahaja untuk diri ini dan untuk semua ahli keluarga dan juga untuk masyarakat. Juga doa yang baik baik buat semua pengundi saya,jika saya menang pilihan raya kali ini ,saya belanja anda semua makan kek marble! yey ✌ ***Ambil aura birthday musim PRN 2026 ( kenalah perasan jadi calon PRN ) eheheh Sesungguhnya umur ini hanya pinjaman oleh Allah.Moga Maq tidak menyalah gunakan pinjaman yang satu ini,Inshaallah Aamiin.. Istajib dua' ana yaa Allah 🤲 Terima kasih kepada semua yang telah pun mendoakan maq disepanjang hari ini.Maq harap doa anda akan kembali kepada anda juga nanti,inshaallah ❤
Assalamualaikum, Musim hujan ni sedapnya kan bila tidur malam. Suasana sejuk , selesa berselimut ,tilam pulak empuk, bantal gebu. Dan tentunya mengharapkan dapat tidur dengan lena setelah seharian penat berkerja disiang hari. Dan kadang, dia punya terlalu lena tu, alarm doklah menjerit berjam jam, kita langsung tak mampu nak tersedar dari tidur.Tak tahulah itu tidur kah atau mati kah? Allahhu akhbar. Kebanyakkannya itulah cara tidur kita. Tidur umat Muhamad yang nakkan tempat tidur selesa dan tidur yang lena. Menurut ustaz,Rasulullah SAW tidak tidur macam kita. Baginda lebih selesa tidur beralaskan hamparan keras seperti pelepah daun kurma. Kepala baginda pula beralaskan tangan baginda sendiri. Mengiring ke kanan dan kaki dibengkokkan sedikit. Rupanya tujuan baginda tak mahu tidur selesa tu semata mata sebab nak mudahkan diri baginda bangun untuk solat sunat malam. Solat tahajjud, solat witir, solat sunat tasbih. Maafk...
Bismillah, Dalam hidup ini kita kena selalu fikir pasal orang mati.Jangan terlalu fikir pasal orang yang masih hidup. Kenapa? Kata ustaz Naim Sadoon , bila kita banyak fikir pasal orang hidup,nanti kita susah nak buat persiapan untuk mati.Mungkin korang boleh faham apa maksud ustaz. Gambar kenangan umrah 2019. Waktu ni dalam program ziarah Masjid Nabawi dan kawasan sekitarnya. Belakang kami tu kawasan perkuburan Baqi' yang mana peraturannya hanya orang lelaki je boleh masuk kawasan kubur.Orang perempuan tidak dibenarkan. Tapi kenapa kami berniqab? Saja nak rasa aura jadi mak mak arab hahahaha. Guys,bila kita ziarah kawasan perkuburan automatik kita akan ingat mati.Tapi ramai orang taknak pergi kubur alasannya kawasan kubur keras. Ye betul lah tu.Batu nisan dan kepoknya kebanyakkan diperbuat dari kayu cengal dan batu sungai serta bermozek.Sebab tu kawasan kubur keras! Dah masuk tahun 2026 - tolonglah guys, buang semua fikiran kolot tu.Pergi ke kawasan kubur akan jadikan diri ...
Di persimpangan Kampung Koris. Dun Senggarang. Bismillah, Harini 6 Julai 2026. Pada 11 Julai 2026 akan datang, orang Johor akan keluar mengundi.Kalini pilihanraya negeri gerak awal sikit selepas Adun diseluruh negeri Johor dibubarkan. Maq tak mahir kalau nak bercerita lelebih pasal pilihanraya.Yang maq tahu,tanggungjawab maq hanya sebagai pemilih.Maq wajib keluar mengundi untuk selesaikan tanggungjawab sebagai warganegara negeri dan negara. Tentang kempen ke, penyokong taksub ke ,maq memang tak ambil peduli.Pada maq siapa pun yang menang dipilihanraya nanti,mereka lah yang akan "berkuasa" dalam negeri atau negara. Apa pun pulangannya sama je nanti, rakyat yang memilih,rakyat yang tertekan,rakyat jugaklah yang kena tanggung semua masalah.Yang dah berkuasa takkan rasa semua masalah seteruk rakyat rasa.Sebab tu maq kata ,hujung hujung mangsanya tetap rakyat juga.Malah pendatang asing adakalanya lebih beruntung dari warganegara sendiri. Tapi disebabkan ini adalah amanah, rakyat...
Sedap! Goreng bihun lada putih. Regu dengan sambal kicap.Bihun goreng paling mudah. Bahan bahannya; Bihun 1/2 peket (rendam) 2 sudu serbuk lada putih 3 biji bawang putih (Tumbuk 2 bahan di atas) 2 biji telur Udang/ayam sedikit carrot (sagat) 1 biji cili hijau (hiris) Daun bawang (potong) Garam dan perasa tambahan Cara- Sediakan kuali,minyak Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi. Pecah kan telur 2 biji tu..kacau2. Masukkan isi ayam atau udang. Masukkan bihun,carrot sagat. Masukkan garam dan perasa tambahan. Gaul sebati. Masukkan cili hijau dan daun bawang. Gaul hingga bihun masak sempurna.Siap! Kredit empunya resepi.❤
Bismillah, Harini 11 Julai 2026. Awal pagi lagi maq dan encik suami dah gerak ke tasik Y untuk brisk walk.Tapi kali ini kami pilih nak berjalan dikawasan yang lebih jauh sedikit,iaitu di Dataran Penggaram. Dengan langkahan macam biasa ,inilah yang terhasil tadi. Syukur alhamdulillah. Harini juga hari pemilihan dun untuk negeri Johor musim ke 14.Giliran maq memanda kertas adalah seperti yang dinyatakan dibawah ini. Yaa Allah permudahkanlah dan jangan dipersulitkan.🤲
Kerabu magie ala Thai. *Bahan bahannya. •1packet magie Thai •Perencah magie Thai •2sudu makan air rebusan udang,sosej,crabstick •1sudu makan sos ikan •½sudu makan paste tomyam •½sudu makan gula kabung •Perahan limau nipis •Daun ketumbar •Carrot •Kobis •Bawang merah •Bawang holland •Sosej •Crab stick •Udang Kredit : Dhia Nadia. Cara penyediaan ada dalam gambar kat bawah ni.
Tauhid penyerahan diri yang sebenar. Surah 6 al - An'am : ayat 162-163 Bismillah, قُلْاِنّصَلَاتِيْوَنُسُكِيْوَمَحْيَايَوَمَمَاتِيْلِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah pencipta semesta alam, لَا شَرِيْكَلَهٗۚ وَبِذٰلِكَاُمِرْتُوَاَنَا۠ اَوّلُالْمُسْلِمِيْنَ tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada Allah). Tauhid bukan sekadar ilmu agama.Tauhid juga adalah kunci utama untuk menguruskan emosi.
Bismillah, Tasik Y merupakan salah satu kawasan rekreasi yang popular di daerah Batu Pahat,Johor. Di Batu Pahat selain ada tasik Y ( di Bandar Penggaram) ,disini juga ada tasik Merdeka ( di Bukit Pasir ) dan tasik Botani ( di Seri Medan ). Bermula bulan Mei 2026 trek pejalan kaki ditasik Y telah dikurangkan jaraknya.Dari jarak sejauh 800meter ianya telah menjadi kepada 600meter ( anggaran lebih kurang Maq jelah ni). Ini disebabkan kawasan tasik Y sedang dalam proses pengurusan untuk atasi masalah banjir yang kerap belaku dikawasan sekitar.Banjir kilat sering terjadi bila hujan lebat turun lebih dari 2-3 jam. Sekarang projek tersebut sedang giat berjalan.Dan kami sebagai pengunjung setia tasik Y,kena akur pada ketetapan trek yang dibenarkan.Demi keselamatan dan keselesaan kami. Anda nampak tak sebuah jentera berat yang sedang mengorek tasik? Sebenarnya disitulah kawasan paling tenang bagi Maq bila brisk walk.Di situ ada sepohon pokok besar yang bunganya sangatlah wangi.Ada pokok me...
Bismillah, Harini hari Jumaat bersamaan 9 Zulhijjah 1446H.Beruntung sangat kita ni jadi umat islam di Malaysia. Semalam - muslim di Malaysia dapat berpuasa sunat tarwiyah dan dalam masa yang sama jemaah haji di Saudi melakukan wukuf di Arafah ,berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan. Inshaallah adalah tu terselit sesikit doa doa yang dipanjatkan untuk orang muslim di Malaysia kan. Biarpun kita tak lakukan haji tahun ni. Kita pun masih boleh berdoa waktu mereka disana juga berdoa.Moga Allah makbulkan semua doa kita dan doa tetamu² Allah itu ...Aamiin. Ibadah puasa sunat tarwiyah tak habis macam tu je,lepas maghrib kita sambung lagi dengan bacaan surah Al Khafi , selawat dan baca doa lagi. Sebab malam tadi malam Jumaat. Masyaallah semua itu merupakan aktiviti yang menjadi rutin setiap orang islam di Malaysia bila tibanya malam Jumaat kan? Tapi malam Jumaat kalini sangat istimewa sebab kita baca surah khafi dan berselawat serta berzikir pada malam Jumaat ,termasuk pulak...
Comments
Post a Comment