Fast Track Pemeriksaan Haji 2026/1447H

 


Assalamualaikum kepada Bakal Jemaah Haji 2026.


Saya nak share beberapa tips bagaimana hendak memperlancarkan pemeriksaan kesihatan berpandukan pengalaman yang saya perolehi sebagai doktor pemeriksa Jemaah Haji pada tahun-tahun yang lalu.


Tips yang saya kongsikan ini adalah sesuai dengan Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Jemaah Haji Edisi 11.


Tips No 1:

Lakukan pemeriksaan kesihatan di kinik terdekat untuk mengetahui status kesihatan anda sebelum menjalani pemeriksaan perubatan bakal haji.


Pastikan tekanan darah, paras gula darah, dan SpO2 anda berada dalam keadaan stabil. Pastikan juga BMI anda dibawah 37.5kg/m2. Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika belum terkawal.


Tips No 2:

Jika anda mengidap penyakit kronik, pemeriksaan yang bersuaian dengan table yang saya sertakan boleh dilakukan.


Senang nak kata buat sahaja general examination seperti FBC, FBS, HbA1c, FSL (cholesterol), CXR (x ray dada), dan ECG (jantung). Secara umum laporan lab boleh diguna pakai jika pemeriksaan dilakukan kurang dari 3 bulan dari tarikh pemeriksaan.


Semasa saringan kesihatan Haji, doktor hanya perlu melakukan pemeriksaan lab point of care seperti paras Hemoglobin (FBC) dan gula darah (FBS/RBS). 


Untuk mereka yang mempunyai penyakit kronik, doktor hanya perlu rujuk hasil pemeriksaan yang telah tuan/puan lakukan sebelumnya.


Tips No 3: 

Buka MySejahtera dan isi Borang Saringan Status Kesihatan Mental (SSKM-20) sebelum hadir pemeriksaan Kesihatan Bakal Jemaah Haji.


Tips No 4:

Bawa semua rekod kesihatan dan senarai ubat-ubatan bersama ke klinik pemeriksa.


Tips No 5 : 

Jika anda pernah mendapatkan vaksinasi umrah sebelum ini dan masih dalam tempoh overage/sah laku, sila bawa buku vaksinasi (kad/buku kuning) anda supaya maklumat seperti tarikh dan lot number vaksin dapat diupload ke MySejahtera.


Mudahan maklumat yang saya kongsikan dapat mempermudahkan saringan kesihatan bakal haji semua, Inn Shaa Allah


Credit to Dr Mohamed Reezal Basri

Klinik Bukit Serdang