Skip to main content

Tambah ilmu berkaitan haji

 

Gambar sekadar hiasan

Bismillah,

ini adalah hasil salin & tampal

𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐇𝐀𝐉𝐈.


Ibadah haji hanya dapat difahami ketika mengerjakan haji. Namun, ilmu yang diperolehi semasa kursus haji sangat berguna untuk memastikan ibadah haji sah dengan sempurna.


Jangan risau jika sepanjang kursus haji, terlalu banyak perkara yang diceritakan oleh penceramah. Para jemaah haji tidak perlu menghafaz dengan bersungguh-sungguh - seperti nak masuk exam - semua maklumat yang diberikan. Cukup terlebih dahulu membiasakan diri dengan segala istilah dan penerangan yang diberikan.


Pada pandangan saya, apa yang perlu diketahui sebelum daripada kursus haji ialah perjalanan ibadah haji berdasarkan jenis-jenis haji. Ini penting agar para bakal jemaah dapat membuat pilihan dan memberi perhatian yang khusus terhadap jenis haji yang dipilih.


𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐭𝐭𝐮’.

Masuk ke Mekah dengan niat umrah. Selesaikan ibadah umrah terlebih dahulu. Kemudian, tunggu hari untuk mengerjakan haji, berniat haji pada hari yang ditetapkan dan selesaikan keseluruhan ibadah haji.


𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐈𝐟𝐫𝐚𝐝.

Masuk ke Mekah dengan niat haji. Selesaikan ibadah haji terlebih dahulu. Kemudian barulah dikerjakan umrah.


𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐐𝐢𝐫𝐚𝐧.

Masuk ke Mekah dengan niat haji dan umrah sekaligus. Ibadah haji dan umrah akan selesai pada waktu yang sama.


𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐤𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧. 𝐈𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐣𝐢 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢-𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐫𝐢𝐬𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐣𝐢.


Oleh kerana Haji Tamattu’ adalah jenis haji pilihan majoriti rakyat Malaysia termasuklah yang pergi dengan muassasah Tabung Haji, maka sangat elok kalau boleh dibayangkan aturan Haji Tamattu’ bermula dari awal sehingga akhir.


𝐒𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐨 𝟏 : 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐋 𝐤𝐞 𝐌𝐚𝐝𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮.

Dari KLIA berpakaian biasa. Terus ke Madinah. Apabila tiba hari untuk ke Mekah, ketika itulah baru berniat umrah di Miqat Bir Ali.


𝐒𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐨 𝟐 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐋 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐤𝐞 𝐌𝐞𝐤𝐚𝐡.

Dari KLIA bersedia dengan pakaian ihram. Terus ke Jedah. Apabila kapal terbang melintasi Miqat Qarnul Manazil, baru berniat umrah.


1. Sampai di Mekah, terus mengerjakan umrah.

2. Tawaf umrah.

3. Saei umrah.

4. Tahallul (bergunting atau bercukur).


Kemudian, boleh keluar dari ihram dan berpakaian biasa untuk menunggu hari mengerjakan haji.


5. Berniat haji dan memakai ihram ketika keluar dari hotel menuju ke Mina (bagi yang mengambil sunat Tarwiyah pada 8 Zulhijjah) atau terus ke Arafah (bagi yang tidak mengambil sunat Tarwiyah).


6. Singgah di Mina pada 8 Zulhijjah untuk Tarwiyah.


7. Bergerak ke Arafah pada 9 Zulhijjah untuk Wukuf.


8. Bergerak ke Muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah untuk Mabit. Bergantung kepada keadaan dan masa, ada yang Mabit secara fizikal (turun dari bas dan tidur di atas karpet secara terbuka) dan ada yang Mabit sekadar lalu sahaja tanpa turun dari bas.


9. Bagi yang sekadar lalu di Muzdalifah, boleh terus bersedia untuk melontar Jamrah Aqabah pada malam itu.


10. Selesai melontar Jamrah Aqabah, boleh bergunting atau bercukur. Ini dipanggil tahallul awal. 10 daripada 13 pantang ihram sudah tiada.


11. Bagi yang Mabit secara fizikal di Muzdalifah, mereka hanya akan bergerak ke Mina pada sebelah siang 10 Zulhijjah.


12. Sampai di Mina, barulah mereka akan bergerak untuk melontar Jamrah Aqabah.


13. Pada hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah, perlu Mabit di Mina dan melontar ketiga-tiga Jamrah secara berturutan (Jamrah Ula/Sughra, Jamrah Wustho dan Jamrah Aqabah/Kubra).


14. Ada yang menetap di khemah di Mina keseluruhannya. Ada yang menetap di Aziziyah dan masuk ke kawasan Mina untuk cukup syarat Mabit iaitu lebih dari separuh malam saja.


13. Ada yang mengambil nafar awal iaitu Mabit 2 malam saja di Mina dan melontar 2 kali di Jamrah.


14. Bermula dari tarikh 10 Zulhijjah, para jemaah Haji bebas untuk menyelesaikan tawaf dan saei haji pada bila-bila masa. Ini bergantung kepada kesesuaian dan kemampuan.


Begitulah serba sedikit aturan perjalanan Haji Tamattu’. Dengan pengetahuan ini, maka jemaah haji akan lebih mudah untuk meletakkan apa saja ilmu yang dipelajari sepanjang kursus haji di tempat yang betul terutamanya rukun dan wajib haji.


Maafkan saya jika ada sebarang kesilapan. Semoga bermanfaat.

Credit to owner📌

cc : Tuan Khairul Anuar Basri

Sumber : Facebook group jemaah haji Malaysia


Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

  Bismillah, Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya : "Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak bersukaria 2. Terlalu bermewah 3. Asyik mengumpul harta 4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia 5. Saling memarahi 6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi." Hadith Riwayat al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404). Sahih menurut az-Zahabi. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Idea Kosong Bila Jerebu

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! walarhhh... Yeeeee betuuuuul.Idea betul betul kosong giler bulan ini.Semenjak Batu Pahat diserang jerebu,otak pun jadi tepu. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin sibok nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka.Moga lancar semuanya.Aamiin. Mungkin nanti kalau jerebu dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tabung haji tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum sambil pandang jerebu.

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Pakar 3 Pakar Mata Klinik Pakar Batu Pahat

Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa ...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Bandar Muar Waktu Malam

Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema.  Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,jangan kena kat keluarga kami yang lain. Awal awal lagi maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu disebabkan kami tak sihat. Takut menjangkit. Maq risau terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung,kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,siapa tahan wey. Bosan tau...