Skip to main content

Kisah Asid Urik

 


Bismillah,
Guys ,korang ingat lagi tak pasal keputusan darah maq dalam entri yang lepas?

Nah, nak jadikan cerita!

Bila encik suami kurang sihat ,semua kerjarumah maq kena urus sendirian.

Termasuklah susun stok barang makanan kering yang kami beli sebulan sekali tu.

Angkat dan susun barang paling mencabar bagi maq ialah bila terpaksa kena angkat beras 10kilogram dan 2 kotak air mineral 1.5x12.

Lain lain barang tu boleh lah dijinjing guna plastik beg je.

Lepas susun semua barang barang ,maq terus masuk dapur untuk masak makanan makan tengahari.

Sebelum ke udaranya suara  azan Zuhur dah settle dah semua.

Tapi !
Tapi !!
ye tapi...!!!

Malamnya tu pinggang maq rasa ketat! sakit sangat! tak selesa nak duduk,nak baring,nak kesana kesini.Keesokkan harinya terus ke klinik Zainab bersama encik suami.

Klinik Zainab merupakan klinik paling legend dan paling popular buat penduduk Batu Pahat.

Dari pengasasnya Dr Zainab & suaminya yang puluhan tahun berusaha disini sampailah kepada anak mereka ( Dr Ain ) pun dah beri khidmat diklinik ini sekarang.

Mereka juga dibantu oleh beberapa orang doktor ganti.Maklomlah bisnes keluarga,kadang kadang semua terpaksa cuti bila ada urusan besar dalam keluarga.

Paling best,doktor ganti tu kebanyakkannya doktor pakar dari hospital dan klinik pakar area Batu Pahat.So memang rare khidmat mereka biarpun kliniknya adalah sebuah klinik dibangunan lama.

Bebalik pada kisah maq.

Haritu hari Ahad,so klinik diberikan tanggungjawab kepada doktor ganti.

Maq pesakit pertama daftar ! hahaha menunjukkan betapa kuat sakitnya pinggangku itu.Doktor datang pukul 9.30am,pukul 8.30am maq dah daftar!

Acik lebih rela menunggu doktor dari menanggung kesakitan.😆


Doc : Assalamualaikum,harini ke sini,kenapa Puan?

Maq : waalaikumsalam, pinggang saya ni tetiba rasa ketat nak buat apa pun tak boleh.

Doc : Ada angkat berat? Ada jatuh?

Maq : jatuh takda tapi angkat air mineral 1.5liter adalah.2 kotak,2dozen...

Doc : wah kuat.Puan ada sakit tempat lain?tunjukan saya area sakit tu dengan satu jari puan.

**maq pun ikut arahan doktor

**doktor ketok ketok manja pinggang maq yang sakit tu.


Doc : Ada bengkak ditempat lain?sakit sakit sendi?Atau kerap rasa sakit badan?

Maq : takda pulak.Ni je baru kena sakit pinggang.Last 2 tahun lepas kena sakit lutut dan saya ada datang klinik ni.

**Doktor check maklumat maq dikomputer.


Doc : ye betul ada .So lutut dah ok dah?

Maq : Alhamdulillah ok dah.

Tapikan
pada awal bulan 6 haritu saya ada buat pemeriksaan darah di KKBP.

Doktor KKBP cakap results saya menunjukkan buah pinggang saya ada sesikit kebocoran.

Urine saya ada protien.Dan dos ubat saya telah ditambah.

Soalannya sekarang,apakah itu punca pinggang boleh rasa sakit jugak?

Ni haa gambar result darah saya yang haritu.

**Maq hulur gambar slip result.Doktor perhati gambar tu beberapa minit.


Doc : sebetulnya ada banyak punca urine ada protien.Ada kes disebabkan air kencing kotor,pundi kencing ada jangkitan ,gaya pemakanan yang tak elok dan kebocoran ginjal pun penyebab urine berprotein.

Tapi apa yàng saya nampak dalam keputusan darah puan ,semua masih baik termasuk buah pinggang.Cuma kolestrol ada sedikit tinggi dan asid urik sudah semakin dekat dengan koata bahaya.

Dan disini saya nak katakan ,
ada 2 berkemungkinan penyebab sakit pinggang puan.

1- faktor usia .

Maksudnya sendi dah semakin lemah,dah tak mampu nak buat kerja kerja berat macam puan buat sebelum ni.Bila diberi tekanan lebih itulah penyebab sakit.


2- Asid urik berlebihan.

Ini juga penyebab badan terutama sendi sendi dan otot terasa sakit ,kadang boleh membengkak. Ianya dipanggil gout.Bacaan asid urik puan sekarang ,420 sedangkan koata asid uric (120-460) Dah nak kena berjaga jaga dari sekarang.


So untuk harini ,

saya cadangkan puan jaga pemakanan puan. Contoh makanan puan boleh rujuk dalam google.Makanan yang boleh dan yang tak boleh dimakan oleh pesakit gout.Ini dinamakan diet rendah purin.

Beri saya henfon puan, biar saya carikan.


**Doktor pun jelaskan semuanya dan maq pun dah semakin faham. Akhirnya setelah hampir 25minit maq dalam bilik doktor,maka dapatlah satu set ubat sakit pinggang sebelum balik.


*ubat gout
*ubat sakit otot
*Gel hangat


Dan tak lupa juga ,dihadiahkan dengan satu suntikan dipunggung asbab maq nak cepatkan pengurangan rasa sakit yang sedang maq tanggung pada hari itu.

Alhamdulillah.

Sekarang dah kena berhati hati untuk jenis makanan yang akan dimakan ( maq pesan kat diri maq sendiri ) selera makan yang masih ada tu terpaksa diajar untuk memilih makanan.

Allahhu.


Maq tak salahkan makanan sebab ciptaan Allah tiada yang salah.Tapi maq salahkan diri maq sendiri sebab dah berusia macam sekarang ni tapi tak peka dalam penjagaan pemakanan.


Terima kasih Allah.
Terima kasih Doktor.
Terima kasih Encik suami.



1447-Teruskan berzikir & berselawat

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Pakar 3 Pakar mata Pakar Batu Pahat

 Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik...

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Sabar Dan Tenang Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...