Skip to main content

Doa Doa Pilihan Haji 2025

 


SECEBIS DOA 

Semoga beri manfaat


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan sebenar kecuali Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah Nabi junjungan pesuruh Allah


1. Ya Allah, Ya Tuhanku, aku sudah sampai ke rumah-Mu. Aku bersyukur di atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku. Terima kasih Allah, syukur alhamdulillah.


2. Ya Allah, bimbinglah aku, isteriku @ suamiku, keluargaku serta semua para jemaah yang menjadi tetamu-Mu yang paling istimewa untuk melakukan ibadah pada tahun haji ini dengan mendapat keredhaan-Mu serta mendapat Haji Mabrur dan diterima semua amalan ibadah Haji kami.


3. Ya Allah, aku datang ke tanah suci ini kerana Iman kepada-Mu, membenarkan Kitab- Mu, memenuhi janji-Mu, untuk menuntut keredhaan-Mu dan menunaikan kewajipan serta menurut sunnah Rasulullah SAW.


4. Ya Allah, terimalah aku sebagai tetamu-Mu Ya Allah, tetamu yang paling teristimewa pada musim haji tahun ini. Tetamu yang paling teristimewa Ya Allah.


5. Ya Allah Ya Tuhanku! Sesungguhnya Rumah-Mu ini adalah sangat agung. Zat-Mu adalah Maha Mulia. Engkau Ya Allah Tuhan yang Maha Lemah Lembut, Maha Pemurah, Maha Agung dan sukakan kemaafan maka maafkanlah aku.


6. Ya Allah, aku hanya bersama-Mu. Sesungguhnya hanya Allah Tuhanku yang satu, Engkaulah yang satu Ya Allah.


7. Ya Allah, Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku memohon syafaat Nabi-Mu dan Rasul-Mu, junjungan Nabi Muhammad SAW keatasku.


8. Ya Allah Ya Tuhanku. Mudahkanlah urusanku semasa menunaikan ibadah hajiku ini. Jangan kau uji aku dengan cuaca yang sejuk sehingga aku tidak tertanggung olehnya. Ya Allah jangan Kau duga kami dengan cuaca yang panas sehingga tidak tertahan olehnya.


9. Ya Allah, jangan Kau bezakan aku dengan mereka yang lain, aku tahu Engkaulah yang berkuasa memberi keistimewaan kepada sesiapa yang Engkau mahu berikan.


10. Ya Allah, aku bertaubat atas segala kesalahan yang telah aku lakukan terhadap-Mu. Berilah peluang kepadaku dan bantulah aku untuk memperbaiki kesalahanku. Aku memohon ampun & bertaubat wahai Allah.


11. Ya Allah, berilah taufiq & hidayah-Mu ke dalam diri sanubariku.


12. Ya Allah, jadikanlah oleh-Mu rezeki yang paling luas pada saat aku tua dan saat aku lemah.


13. Ya Allah, aku mohon pada-Mu nikmat yang kekal yang tidak putus-putus dan tidak akan hilang.


14. Ya Allah, baguskanlah untukku agamaku yang jadi pangkal urusanku, baguskan duniaku yang jadi tempat penghidupanku, dan baguskan akhiratku yang padanya tempat aku kembali.


15. Ya Allah, permudahkanlah segala kebaikan dan jadikan mati itu pelepas segala keburukan bagiku.


16. Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kemurungan dan kesusahan, aku berlindung pada-Mu dari kemalasan dan aku berlindung pada-Mu dari ketakutan dan kefakiran, aku berlindung pada-Mu dari tekanan dan beban hutang.


17. Ya Allah, aku mohon pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan redha atas keputusan-Mu, ujian-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.


18. Ya Allah, kuatkan imanku, kuatkan mentalku, kuatkan fizikalku, kuatkan ikhtiarku, lindungi kesucian hatiku dan tingkahlaku pada setiap langkah hidupku.


19. Ya Allah, lindungi aku dari malas dan putus asa serta dari sifat kikir dan boros.


20. Ya Allah, sembuhkanlah segala penyakit yang terdapat dalam tubuhku. Kurniakanlah kesihatan pada diriku, jasmani dan rohani. Kau ampunkan dosa2 mulutku, dosa mataku, dosa fikiranku, dosa telingaku, dosa hatiku, dosa perutku, dosa kemaluanku, dosa tanganku, dosa kaki ku dan dosa seluruh anggota badanku dari sendi2ku, urat sarafku, tulang belulangku, darahku, organ-organku serta ampunkan juga rohku wahai Allah agar dipermudahkan segala urusan di Titian Siratul MustakimMu.


21. Ya Allah, sekiranya ada penyakit dalam diriku, baik yang telah ada ataupun yang akan Engkau rancangkan, maka hapuskanlah penyakit itu Ya Allah. Hapuskanlah penyakit itu Ya Allah dalam suratan takdir-Mu.


22. Ya Allah, aku mohon pada-Mu, sihatkan diriku selalu, hari ini, besok dan hingga akhir hayatku.


23. Ya Allah, aku mohon pada-Mu, janganlah pada hari tuaku dipenuhi dengan berbagai macam penyakit, jadikanlah hari tuaku paling indah dan dipenuhi amal ibadah dan keimanan yang setinggi-tingginya kepada-Mu Ya Allah serta jauhkan aku dari penyakit nyanyuk serta lupa.


24. Ya Allah, sucikan hatiku dari berpura-pura, amalanku dari riya’, lidahku dari dusta dan mata hatiku dari khianat.


25. Ya Allah, curahkanlah kesabaran terhadap diriku dan teguhkan pendirianku.


26. Ya Allah, jauhkanlah diriku dari syaitan dan jin yang menyesatkan.


27. Ya Allah, kuniakanlah kemudahan dan kebaikan dalam menggunakan lidahku, hatiku dalam berkomunikasi dan bersilaturrahim dengan semua umat manusia.


28. Ya Allah, kurniakanlah aku rezeki yang halal lagi berkat yang dapat memenuhi tanggung jawab nafkah bagi keluargaku, mata pencarian yang dapat mendekatkan diriku kepada orang-orang soleh dan perbuatan-perbuatan yang baik.


29. Ya Allah, jadikanlah pekerjaanku itu sebagai sumber rezeki yang dapat membahagiakan keluargaku, tetanggaku serta umatMu.


30. Ya Allah, Engkau berikanlah padaku barakah, rezeki yang halal dan berada di jalan yang Engkau redhai.


31. Ya Allah, tunjukkan kami jalan untuk selalu mensucikan hartaku, jangan lagi ada harta yang tidak suci di rumah kami Ya Allah kecuali Engkau telah memaafkan aku atas keberadaannya.


32. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang pernah kulakukan selama hidupku yang terjadi selama aku mencari nafkah.  Dosa samada secara sembunyi atau nyata sedangkan Engkau mengetahuinya.


33. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa yang terdahulu, sekarang dan yang akan mendatang  yang kusedari atau tidak kusedari, sengaja atau tidak sengaja, baik dosa lisan, dosa kesombongan, dan segala dosa apa pun Ya Allah.


34. Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada hari tuaku, dan sebaik-baik amalku adalah pada hujung akhirnya, dan sebaik-baik hariku adalah pada saat aku menemui- Mu.


35. Ya Allah, aku memohon pada-Mu, terimalah taubatku sebelum aku mati, mendapat rahmat ketika mati dan dapat keampunan setelah mati.


36. Ya Allah, mudahkanlah aku semasa dan saat sakaratul maut dan selamatkanlah aku daripada himpitan kubur atau azab kuburmu serta jauhkan aku dari api nerakaMu..Ya Allah aku mohon pada-Mu kemaafan ketika dihisab.


37. Ya Allah, aku mohon pada-Mu Ya Allah, janganlah cabut nyawaku sebelum Engkau haramkan neraka bagi kulitku dan sebelum Engkau wajibkan syurga bagi diriku.


38. Ya Allah, jadikanlah aku selalu dalam keadaan takut akan akhirat-Mu, jadikanlah aku menjadi orang yang dapat mencintai-Mu sebagaimana Rasulullah SAW dan para sahabatnya mencintai diri-Mu dan sebagaimana mereka takut akan akhirat-Mu.


39. Ya Allah, jadikanlah hidupku penuh ketaqwaan, keimanan, kemudahan dan kebahagiaan.


40. Ya Allah, Ya Tuhanku, berikanlah aku naungan ‘Arasy-Mu yang agung.


41. Ya Allah, mudahkanlah aku di Padang Mahsyar, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang Engkau lindungi di Padang Mahsyar hingga hari penghisaban.


42. Ya Allah Ya Tuhanku , peliharalah diriku daripada azab-Mu pada hari yang Engkau akan bangkitkan. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku syurga tanpa dihisab.


43. Ya Allah, tambahkanlah ilmuku, bimbing dan lorongkan untuk mendapat ilmu yang lurus, benar dan bermanfaat mengikut syariat-Mu dan ajaran Rasul-Mu.


44. Ya Allah, mudahkanlah lidahku untuk membaca, memahami isi Al Qur’an, menghafal Al-Qu’ran, mengamalkan isi Al Qur’an serta menyampaikan dan mengajar kepada saudara Muslim yang lain.


45. Ya Allah, jadikanlah aku umat-Mu yang pandai menyampaikan ayat-ayat-Mu dengan ikhlas, mudahkan lidahku untuk berkomunikasi dengan lancar dan tawadhu’, jadikan aku orang tawadhu’, mudahkan hati dan fikiranku mendalami ajaran Agama Islam.


46. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau mempunyai banyak Hak yang ada di antara aku dengan-Mu dan banyak kewajiban yang ada di antara aku dengan makhluk- Mu. Ya Allah ampunkanlah apa jua kesalahan aku terhadap-Mu. Dan apa jua kesalahanku dengan makhluk-Mu maka aku minta agar Engkau menanggungnya untuk diriku.


47. Ya Allah, Cukupkanlah aku dari apa yang halal dari rezeki-Mu dan hindarkanlah dari yang haram dan dengan melakukan ketaatan kepada-Mu dan hindarkan dari berbuat maksiat terhadap-Mu dan dengan nikmat kelebihan-Mu dari mengharapkan orang lain selain dari-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.


48. Ya Allah, tetapkanlah imanku dan ahli keluargaku. Tingkatkanlah iman kami dari hari ke hari dan matikanlah kami semua dalam keadaan beriman dan husnul khotimah.


49. Ya Allah jadikanlah anak-anaku iaitu _____________ dan isteriku/suamiku ___________ dan Ibu/Bapaku iaitu ____________ serta seluruh ahli keluargaku dan keluarga isteriku/suamiku supaya menjadi orang-orang yang warak, berilmu, zuhud, rajin dan patuh beribadah dengan ikhlas dan mendapat keredhaan-Mu. Jadikanlah mereka antara pejuang dalam menegakkan agama-Mu. Himpunkan kami bersama-sama di syurga FirdausMu.


50. Ya Allah, anugerahkanlah aku keturunan yang dapat menjadi penyenang hati bagiku. Permudahkanlah untuk menjadi orang yang bertakwa.


51. Ya Allah, kurniakanlah aku keluarga sakeenah, mawaddah, wa rahmah, keluarga yang soleh dan bertakwa, keluarga yang sangat mencintai diri-Mu dengan penuh ikhlas, keluarga yang bahagia, damai, harmonis, tenteram, tawadhu’, sabar dan penuh sopan santun serta lembut hati ketika menerima teguran.


52. Ya Allah, kurniakanlah juga keluargaku kesihatan, keamanan, kemudahan, kemuliaan, kehormatan, kebahagiaan dan kesejahteraan, keimanan, serta dijauhkan dari tekanan hutang, sifat kikir dan sifat boros.


53. Ya Allah, jadikanlah anak keturunanku dan sahabat-sahabat kami semuanya menjadi umat-Mu yang soleh, solehah dan bertakwa serta ikhlaskan hati mereka untuk menjaga kami saat kami tua dan lemah dan juga yang rajin mendoakan kebaikan kepada kami .


54. Ya Allah, jauhkanku dari sebarang penyakit dan keluarkanlah segala penyakit yang ada di tubuhku.


55. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau jadikan anak-anakku, menantu dan cucu-cucuku, keluarga serta keturunanku orang yang soleh dan solehah. Berikanlah kejayaan kepada mereka di dunia dan di akhirat.


56. Ya Allah, berilah kefahaman Islam yang sebenar2nya kepadaku. Ya Allah, jauhkanlah aku dari fahaman yang salah dan menyimpang daripada akidah Islam.


57. Kurniakanlah kepadaku dan ahli keluargaku rezeki yang halal dan jauhi kami dari rezeki yang haram dan syubhah.


58. Berilah kekayaan, kemewahan yang luas dan nikmat rezeki, mudah- mudahan dengan kekayaan dan nikmat kemewahan yang aku peroleh, dapat mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu umat Islam yang lain.


59. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau memanjangkan umurku sekeluarga, mudah-mudahan dengan umur yang panjang itu dapat mempertingkatkan amal ibadah kami kepada-Mu dan dapat manfaat kepada orang lain.


60. Ya Allah Ya Tuhanku, mewahkan dan luaskan rezekiku dan ahli keluargaku agar dapat setiap tahun menunaikan Haji dan Umrah dalam keadaan sihat sepanjang masa dan ketika.


61. Ya Allah, jadikan aku dan keluargaku sentiasa disayangi oleh semua orang yang mengenali kami serta jauhkanlah dari permusuhan serta dengki dan membenci.


62. Ya Allah berikanlah rezeki dan nikmat ilmu agama, nikmat kesihatan, nikmat dapat menginfak yang banyak dan luas terbentang kepadaku dan keluargaku, kaya di dunia dan kaya di akhirat.


63. Ya Allah, bukakanlah pintu hati, lapangkan fikiran anak-anak serta keturunanku ketika menerima ilmu yang manfaat, Kau kurniakan tahap kecerdikan yang paling tertinggi, berkatilah ilmu yang Kau kurniakan pada mereka dan dapat digunakan di Jalan-Mu Ya Allah, Jalan yang Engkau Redhai.


64. Ya Allah, berilah ketenangan dan kelapangan semasa belajar perkara baik dan menuntut ilmu agama. Permudahkanlah semasa menjawab soalan peperiksaan serta mendapat markah yang tertinggi dan cemerlang dalam semua peperiksaanya. Ya Allah mudahkan bagi anakku ___________ menerima ilmu Allah dan dapat memahami Al Qur’an, menghafaz Al Qur’an serta dapat menyampaikan ilmu Allah kepada Muslim yang lain.


65. Ya Allah, tambahkan keharmonian dalam keluargaku, isteriku/suamiku, anakku dan berilah kejayaan kepada anak-anak dari keluargaku dalam ilmu dunia dan akhirat. Berilah kekuatan kepada mereka untuk terus mendidik dan mengasuh anak-anak mengikut acuan agama Islam.


66. Ya Allah matikanlah aku dan keluargaku dalam keadaan Islam dan beriman, masukkanlah kami semua ke dalam syurga-Mu dengan mudah. Aameen Ya Allah.


67. Ya Allah, ampunkanlah dosaku, doa kedua ibu bapaku, dosa anak-anakku, dosa menantuku, cucuku, dosa2 keturunan ku dari dulu sampai hari Kiamat. Berilah perlindungan dan segala kerahmatan-Mu pada kami semua.


68. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan ke dua ibu bapa mertuaku.


69. Masukkanlah ayah ibuku, arwah ayah dan ibu mertuaku, arwah datuk nenekku serta semua arwah keluargaku di dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Lapangkan kuburan mereka, terangilah kuburan mereka dengan cahaya, ampunkan dosa-dosa mereka dan dosa2 kami sekeluarga. Angkatlah darjat mereka bersama orang-orang yang soleh. Jauhkanlah mereka dari siksa kubur, mudahkan penghisaban dan masukkan ke dalam syurga Firdaus-Mu Ya Allah. Moga kami dapat berjumpa di Syurga kelak.


70. Ya Allah, Engkau sembuhkan semua penyakit dan sihatkan keluarga ku yang sedang sakit dan juga saudara Islam ku yang lain. Ampunkan dosa semua umat Islam lain di dunia ini dan dosa2 arwah muslimin dan muslimat dan masukkan kami ke dalam syurga-Mu.


71. Ya Allah, berilah ibu bapaku dan seluruh kaum keluargaku taufiq dan hidayah agar sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Mu. Engkau peliharalah diri mereka sepertimana mereka peliharaku semasa kecil. Kau sihatkan ibu ayahku dan peliharalah dia dari sebarang penyakit dan diberi keberkatan hidup dalam menjalani kehidupan dan ibadah pada usia tua.


72. Ya Allah, jadikanlah hari tuaku  penuh kebahagiaan, kesihatan yang baik, kedamaian, serta kuatkan imanku  disaat menghadapi sakaratulmaut.


73. Ya Allah, kuatkanlah keimanan, perbanyakkan amal serta ibadahku baik saat lemah dan tua serta detik-detik terakhir kehidupanku.


74. Ya Allah, kurniakanlahku sekeluarga pengakhiran hidup yang indah serta husnul khotimah Ya Allah.


75. Ya Allah, kumpulkan seluruh ahli keluargaku bersama-sama Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Haramkan Neraka bagi kulit kami sekeluarga Ya Allah.


76. Ya Allah, aku memohon redha-Mu, memohon keampunan-Mu, memohon rahmat-Mu ya Allah. Bersihkanlah diriku daripada dosa kerana selalu menzalimi diri sendiri.


77. Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah keluargaku  di bawah naungan singgahsana ‘Arasy- Mu pada hari yang tiada naungan melainkan dari naungan-Mu dan tiada yang kekal tinggal melainkan Dzat-Mu. Dan berikanlah kami minuman dari telaga Nabi Muhammad SAW dengan satu minuman yang lazat nyaman, sesudah itu kami tidak haus untuk selamanya.


78. Ya Allah, permudahkan hubungan dengan isteriku @ suamiku kekal hingga ke Jannatul Firdaus.


79. Ya Allah, Engkau redhailah kami. Ya Allah ampunkan segala perkara yang kami lakukan yang menyalahi perintah-Mu.


80. Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk mentaati perintah-Mu. Ya Allah, aku sayangkan isteriku @ suamiku atas dasar naluriku seorang manusia yang cintakan seseorang. Maka permudahkan perhubungan kami Ya Allah.  Jauhkanlah kami dari penyakit ain manusia terhadap ikatan suci penyatuan hati ini.


81. Ya Allah, Jauhkan kami dari maksiat yang boleh membawa dosa. Jauhkan kami dari perkara-perkara yang boleh meretakkan perhubungan kami. Aku mohon pada-Mu Ya Allah. Kuatkan jodoh kami, kuatkan jodoh kami sehingga kami dapat bersama hingga ke Syurga nanti Ya Allah.


82. Ya Allah, senang dan nyamankan layanan kami terhadap ibu ayah dan keluarga kami. Ya Allah, senangkan isteriku @ suamiku pada keluargaku dan senangkan ibu bapaku pada isteriku @ suamiku. Ya Allah, berkatilah hidup kami dan berilah kebahagiaan kepada kami....


83. Ya, Allah, Betapa besar nikmat yang Kau berikan kepadaku, Kau kurniakan aku seorang isteri @ suami yang sangat-sangat penyayang & bertanggungjawab. Terima kasih Ya Allah. Semoga Kau merahmati rumahtangga kami dunia & akhirat sehingga Syurga Firdaus.


84. Ya Allah, kurniakanlah ku  teman-teman dan sahabat yang soleh dan solehah seramai-ramainya dan juga pergaulan yang terbaik di sisi-Mu.


85. Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosa kami, dosa ibu bapa kami, anak-anak kami, menantu kami, cucu kami, adik beradik kami serta sahabat-sahabat kami. Jadikanlah kami manusia yang takut dan, tunduk serta gentar kepada-Mu.


86. Wahai Allah yang Maha Pemurah, mewahkan dan luaskan rezeki kami supaya dapat kembali menziarahi Baitullah berulang kali bersama anak-anak, menantu , cucu dan adik beradik serta semua ahli keluarga. Berilah kami peluang untuk ziarah dan bersolat lagi di sini samada untuk mengerjakan haji sekali lagi dan melaksanakan ibadah umrah..


87. Ya Allah, berilah kelapangan waktu, kesihatan yang baik dan kewangan yang mencukupi untuk kami kembali ke tanah suci ni  Ya Allah.


88. Ya Allah, sekiranya ditakdirkan ziarah ke Baitullah dan ziarah kali terakhir, maka kami mohon syurga sebagai gantinya dengan kemurahan-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang Maha Mendengar, dengarlah bicaraku. Wahai yang Maha Perkasa, tutuplah segala keaiban kami. Wahai Tuhan yang Maha Pelindung, lindungilah aibku di dunia dan aibku di akhirat kelak, Wahai Tuhan Maha Pengasih, sayangilah kami ini.


89. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan pulang kami untuk kembali ke pangkuan keluarga dan negara kami. Permudahkanlah urusan di lapangan terbang Madinah dan Airport Jeddah dan juga di KLIA.


90.  Ya Allah, jauhilah dari segala malapetaka semasa perjalanan pergi dan pulang. Berikanlah keselamatan kami sehinggalah dapat kami berjumpa dengan anak-anak kami, menantu kami, cucu kami, adik beradik kami serta kaum keluarga juga sahabat- sahabat kami.


91. Ya Allah, janganlah Engkau jauhkan kami dari rahmat-Mu, berkati kami Ya Allah. Ampunilah kami Ya Allah.


92.  Ya Allah, aku mohon kepada-Mu segala kebaikan di dunia dan akhirat, dan selamatkan kami dari azab api neraka.


93. Ya Allah, terimalah taubat kami semua, sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat dan Maha Penyayang.


94.  Ya Allah, sekembalinya ke Malaysia, kami mahu berubah mengikut perintah Al Qur’an dan Sunnah RasuluLlah SAW, Ya Allah. Kami mahu menjadi manusia yang lebih baik di sisi-Mu.


95. Biarlah ibadah haji ini sebagai sempadan dan latihan supaya kami berubah dari segi pakaian, akhlak dan amalan soleh yang terbaik. Ya Allah, kami mahu berubah Ya Allah. Istiqamahkan kami ya Allah.  Ya Allah, tuhan yang Maha membolak balikkan Hati, Teguhkan hati kami dan  jangan Kau biarkan kami walau sekelip mata.


96. Ya Allah, berikanlah kekuatan untuk kami meneruskan amalan-amalan yang sudah dilaksanakan di Tanah Suci. Engkau Maha Berkuasa Maha Bijaksana dan Maha Luas Pengetahuan-Mu, Ya Allah.


97.  Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kami sekeluarga dan zuriat keturunanku di dunia dan di akhirat.


98. Ya Allah, berikanlah rezeki yang halal, suci lagi bersih dan jauhi kami daripada mereka yang suka membuat fitnah. Engkaulah yang telah mencipta kami dan kami hanyalah hamba-Mu yang terlalu hina dan tidak berpengetahuan.


99.  Ya Allah, jika kami di panggil oleh-Mu untuk kembali kepada-Mu, Engkau masukkanlah kami di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh, dipermudahkan kehidupan di alam barzah, dipermudahkan di alam akhirat dan masukkan kami ke dalam syurga paling tertinggi iaitu syurga Firdaus.


100. Ya Allah, Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang manfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima. (HR Ibnus Sunni dan Ibnu Majah)


101. Ya Allah, Engkau adalah Robbku, tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi dengan benar selain Engkau, Engkaulah yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu. Aku yakin dengan janji-Mu dan aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang ku perbuat. Aku mengakui nikmat-Mu yang diberikan kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau. (HR Al- Bukhari).


102. Allah-lah yang mencukupi segala keperluanku, tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi dengan benar selain Dia, kepada-Nya aku bertawakkal. Dia-lah Robb yang menguasai ‘Arasy yang agung. (HR Ibnus Sunni, Abu Daud)


103. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon ampun dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon ampun dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (iaitu tutup ‘aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkan aku dari rasa takut. Ya Allah peliharalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan kebesaran- Mu, agar aku tidak disambar dari bawahku (aku berlindung dari dibenamkan ke dalam bumi). (HR Abu Dawud dan Ibnu Majah)


104. Aku Redha Allah sebagai Robbku (untuk ku dan orang lain), Islam sebagai agamaku dan Muhammad SAW sebagai Nabiku (iatu nabi yang diutus oleh Allah SWT). (HR Ahmad)


105. Wahai Robb yang Maha Hidup, Wahai Robb Yang Maha Berdiri Sendiri (Tidak memerlukan kepada sesuatu pun), dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan,perbaikilah segala keadaan dan urusanku dan jangan Engkau serahkan kepadaku sekalipun sekelip mata (tanpa mendapat pertolongan-Mu). (HR Al-Hakim)


106. Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya. (HR Al-Bukhari)


107. Ya Allah, limpahkan Solawat dan Salam kepada Nabi kami Muhammad SAW. (HR Ath-Thabrani)


108. Dengan menyebut nama Allah, aku bertawakal kepada Mu ya Allah, tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Mu


109. Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku, dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat Lagi Maha Pengampun. (HR Abu Dawud)


110. Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah. (HR Ibnu Hibban)


111. Ya Allah, Engkau tempatkanlah kami di dalam syurgamu yang paling istimewa, Syurga Firdausi Ya Allah.


112.  Ya Allah, kami mohon keredhaan-Mu, kami berlindung kepada-Mu dari kemurkaan- Mu dan siksa Neraka.


113. Wahai Tuhanku, aku berlindung dengan Engkau dari hasutan-hasutan syaitan. Dan aku berlindung dengan Engkau wahai tuhanku daripada ia mendekatiku. (QS Al- Mukminun : 97 & 98)


114. Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi penderitaan dan saat kesakitan kematian. (HR At-Tirmidzi)


115. Ya Allah, ampunkan dosaku, rahmatilah aku dan masukkan aku kepada ‘arrafikil ‘ala (Tuhan yang Maha Tinggi).


116. Ya Robb kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan Rasul) yang menyeru kepada iman iaitu ; Berimanlah kalian kepada Robb kalian, maka kami pun beriman. Ya Robb kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa besar kami, hapuskan dosa-dosa kecil kami, dan wafatkanlah kami berserta orang-orang yang sentiasa berbuat kebajikan. (QS Ali Imran :193)


117. Ya Allah, perbaikilah semua kesudahan urusan kami dan jauhkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat. (HR Ahmad)


118. Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu hidayah dan tunjukkan aku kebenaran. (HR Muslim)


119. Wahai Tuhan kami, jangan lah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkau-lah Dzat yang Maha Pemberi (Kurnia). (QS Ali Imran)


120. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang mungkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat. (HR Tirmidzi)


121. Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Neraka dan seksa Neraka, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kubur dan seksa kubur, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kekayaan dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kemiskinan dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Masih Ad-Dajjal. (HR Bukhari).


122. Ya Allah, Ya Robb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka. (HR Al-Bukhari & Muslim).


123. Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu. (HR Imam Ahmad)


124. Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku ketakwaan jiwa dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Robb yang mensucikannya, Engkau Pelindung dan Pemeliharanya. (HR Muslim).


125. Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku. (HR Tirmidzi).


126. Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak puas, dan daripada doa yang tidak diterima. (HR Muslim).


127. Aku memohon kepada-Mu untuk menjadikan Al Qur’an sebagai penyejuk hatiku dan cahaya di dadaku dan penghilang kesedihanku dan penghapus kesusahanku. (HR Ahmad).


128. Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepada-Mu). (QS Al-‘araf : 126)


129. Ya Allah, berilah aku rezeki taubat nasuha (sebenar-benar taubat) sebelum mati.


130. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu husnul khotimah.


131. Ya Allah, Tuhan yang memiliki panggilan yang sempurna dan Solat yang didirikan. Kurniakanlah kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW wasilah, keutamaan, kemuliaan, dan darjat yang tinggi. Dan angkatlah dia ke tempat yang terpuji sebagaimana yang telah Engkau janjikan. (HR Al-Bukhari).


132. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami nampakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit. (QS Ibrahim : 38)


133. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan keturunanku orang-orang yang tetap melaksanakan solat, wahai Tuhan kami, perkenankan doaku. (QS Ibrahim : 40).


134. Wahai Tuhan kami, ampunilah aku dan ke dua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari kiamat). (QS Ibrahim : 41)


135. Ya Allah, Tuhan Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat. Wafatkan aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan golongan orang-orang yang soleh. (QS Yusuf : 101)


آمين


Hasil salin tampal,

Sumber facebook

credit to owner.

Comments

Popular posts from this blog

Jangan Lepaskan Fadilah Bercukur

  Masjid Dato Bentara. Bismillah, Semalam maq join kursus asas haji untuk minggu ke 8.Orang Batu Pahat memang lambat sikit sebab kami mula kursus pun lambat. Maq nak kongsi apa yang pembimbing kursus kongsikan semalam.Ianya berkaitan bertahallul bercukur /bergunting bagi jemaah lelaki haji dan umrah. Jemaah perempuan dah confirm bertahallul cara bergunting sahaja so korang dah boleh bertenang tenang sekarang ye. Dan jemaah lelaki yang mempunyai alasan tersendiri untuk tidak bercukur pun dah boleh tenang tenang. Entri ini fokus pada jemaah yang nak bertahallul cara bercukur sahaja ( botak ). Ok macam ni. Semalam kata ustaz pembimbing KAH,orang lelaki kalau nak dapatkan ganjaran pahala sebanyak jumlah rambut yang ada dikepala, adalah lebih afdal bercukur.Kerana dosa dihapuskan dan derajat akan dinaikkan sebanyak jumlah rambut yang gugur selepas dicukur. Jika jemaah bertahallul bergunting 5 helai rambut so dapat 5 dosa jelah yang  gugur dan naik derajatnya pun cuma 5 derajat. Buk...

Pengalaman Saya

  sekadar hiasan. Bismillah, Kalini saya nak kongsi pengalaman saya sakit lutut yang berlarutan hampir 2 tahun lebih. Masa mula kena,saya rasa pelipat lutut rasa ketat,rasa berat kaki nak melangkah.Tapi belum rasa sakit cuma rasa sengal sengal. Waktu tu saya sedang uruskan jenazah arwah Abah dibilik mayat HSNI,Batu Pahat. Abah meninggal selepas waktu asar dan jenazah abah diuruskan pada waktu hampir Maghrib. Semasa buat surat pengesahan kematian dan permohonan mandikan jenazah, hujan diluar turun, kejap lebat,kejap gerimis.Dan ianya berulang ulang begitu hingga masuknya waktu maghrib. Senja tu saya dan suami aja ada dibilik jenazah tu.Manakala hanya ustaz dan petugas yang buat proses mandikan. Dan saya disuruh talipon mana mana van jenazah dikawasan berhampiran bandar Batu Pahat yang boleh berurusan pada waktu tu.  Bila Azan maghrib berkumandang,akhirnya saya berjaya dapatkan van untuk membawa jenazah abah balik ke rumah kampung. Masa solat maghrib kat surau hospital pun saya ...

Healing Di Pantai Minyak Beku

  Bismillah, 'Healing' ke Pantai Minyak Beku pada Sabtu 21/11/2026.Lepas solat asar kami bertiga gerak ke pantai ini semata mata nak lihat keindahan alam ciptaan Allah. Pantai. Awan hitam yang berarak. Langit petang yang indah. Cahaya Matahari yang semakin samar. Perahu dan bot bot nelayan. Air laut & ombak kecil. Batu batan berbagai rupa dan bentuk. Pohon pohon ditiup angin pantai. Burung burung gagak. Pengunjung. Kaki kaki pancing. Masyaallah,indahnya ciptaanMu yaa Allah. Bila dah nak masuk waktu maghrib,kami pun siap sedia untuk balik. Nak 'healing' ni,tak perlu pun kena pergi jejauh. Melihat dengan rasa syukur pada alam semulajadi yang berhampiran sahaja pun dah satu nikmat. Bertarung dengan kenderaan lain yang banyak diatas jalanraya yang sesak untuk satu perjalanan yang jauh bukannya dapat merehatkan minda ,malah makin buat jiwa jadi semakin stress.Tak caya cuba!  Dah,jom kita balik!

Brisk walk 24 November 2026

  Jalan Rahmat,Batu Pahat. Bismillah, Ini trek baru kami brisk walk sekarang.Jalan tepi Parit Dhobi tu dah tak lalu lagi. Kenapa? Kadang kadang ada anjing berkeliaran disitu.Mungkin anjing anjing tu ikut tuannya brisk walk jugak kot. So minggu ni kami try kat Dataran pulak.Sekali tu nak jadikan cerita ,ada 4 ekor anjing berkeliaran pada hari kedua kami brisk walk disitu. Aduhhai... Merata rata dah haiwan ni sekarang ek.Antara alasan maq dan encik suami tidak brisk walk ditaman kami pun disebabkan banyak anjing berkeliaran disitu.Pernah ada kes orang jogging 'dikerjakan' anjing.Kami pun rasa seram! Mercu tanda Bandar Batu Pahat. Satu je maq pelik ,pagi tadi belum pun pukul 7.30 pagi tapi orang orang dah mula kurang dikawasan dataran ini.Kereta pun tak banyak yang parkir tepi jalan tu.Kenapa ek?Harap harap tidak hal buruk belaku. Maq tanya kat encik suami,kenapa agaknya harini sepi? Apakah ada yang dikejar anjing? Tapi kata beliau mungkin mereka dikejar masa. Melawak pulak dia ny...

Dulu ,Sekarang Dan Fake

  Bismillah, Gambar diatas ini adalah hasil kami jalan jalan hari ini. Bermula dari bulan Mei 2026.Harini 21hb November 2026.Hasilnya belum  nampak ketara sangat sebabnya tengah syok berjalan jalan,diuji dengan jerebu yang paras bahaya pada bulan September dan Oktober .So terpaksalah 'skip' selama hampir lebih 5-6 minggu. Gambar bawah ini pulak ,rekod masa mula mula belajar berjalan jalan satu masa dahulu. Semoga usaha untuk kesihatan diri ini Allah beri kan kami pahala.Aamiin. ❤ Dan gambar dibawah ini adalah 'fake result' sebab maq lupa nak stopkan aktiviti kat aplikasi brisk walk tu.Luncur je naik motor sampai rumah.Kehkehkeh sorry 😂

Khasiat Bulu Jagung

  Bismillah, Semalam maq ada jumpa satu posting kat fb berkaitan bulu jagung yang ada dijual dipasaraya.Pemilik fb tu bertanyakan soalan,apa fungsi bulu jagung sampai boleh dijual dipasaraya? Ada beberapa orang netizen balas dengan berbagai komen yang menarik. Ada yang kata di Korea ,pengusaha buat teh bulu jagung dan dipacking dalam uncang.Macam teh uncang yang biasa kita jumpa dipasaran dinegara kita.Mereka jadikan teh bulu jagung sebagai minuman herba. Ada yang lain beritahu,bulu jagung banyak khasiatnya.Tapi ramai yang tak tahu,mereka ambil jagungnya sahaja ,bulunya dibuang. Tapi Maq tertarik dengan 2 komen dalam posting tersebut.So Maq pun salin dan tampal dalam blog ini.Kalaulah ianya bermanfaat, biarlah komen mereka jadi jariah dan beri kebaikan yang berpanjangan. Photo dari google ⭐⭐Netizen 1- Selalunya orang beli bulu jagung bukan untuk makan macam sayur, tapi untuk buat air teh. Manfaatnya, 1. Untuk kencing yang lawas - paling famous. Orang yang susah kencing, kencing tak...

Kedasyatan Di Mashyar

  Gambar sekadar hiasan* Bismillah, Rasulullah ﷺ bersabda: “Kamu akan dihimpunkan dalam keadaan berkaki ayam, tidak berpakaian dan tidak berkhatan.” Aisyah RA bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu sama lain?” Baginda menjawab: “Keadaan pada waktu itu jauh lebih dahsyat sehingga mereka tidak mempedulikan perkara tersebut.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6527) sumber salin tampal.

Kebaikan Zikir

Assalamualaikum. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih besar pahalanya, selain berzikir kepada Allah. Berzikir adalah syurga Allah di bumiNya. Maka, siapa yang tak pernah memasukinya, maka ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan guncangan. Berzikir kepada Allah merupakan ubat, penyembuhan, kesenangan dan kehidupan. Zikir merupakan jalan paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki. Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kecemasan dan kesedihan akan hilang. Dengan berzikir kepada Allah, segunung tumpukan beban dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya. Sumber dari whatsapp* ❤ Motivasi minda buat hambaNya yang makin hari semakin lena.. 

Nak Diet Kena Pandai

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- "Mak ,malam nanti ety tak nak makan nasik.. Nak buat air manis ,makan dengan biskut jek. Roti pun ada tu . Malaslah makan nasi, tadi petang kan dah makan nasi ,badan ni dah makin kembang dah" - itu kata kata anak maq yang nombor 2 ( Ety ) Sejak dari zaman kolej , dia memang dah kena jaga makan sebab kerjaya dia memaksa dia kena "maintain" kan penampilannya. Kalau nurse  sendiri tak jaga kesihatan ,macamana dia nak uruskan pesakit? Itulah antara kata kata bekas pelajar diKolej Kejururawatan Malaysia tu. Maq cuma senyum.. Nasi tak nak? Tapi ety nak makan biskut/ roti bersama air manis? Lepas tu main pubg? Lepas tu tidur ? Masyaallah , salah tips ni. Biskut tidak digalakan makan ketika diet kerana kalori dia tinggi. Lagi lagi diambil bersama air manis ,contohnya air teh tarik ! Makan je nasi seperti biasa . Makan seawal 2-3jam sebelum tidur . Sukatan nasi hendaklah kurang sedikit kuantitinya berbanding sayu...

Surprise Giftbox by Dcalysta perfume Batu Pahat

Assalamualaikum, Apa khabar jualan perfume maqnie? Okey nak kongsi sikit. Ofcos susah sikit nak berjualan bila kilang perfume tu diarah tutup untuk beberapa bulan asbab  lockdown 3.0 di seluruh Malaysia baru baru ni. Bila customer nak code yang popular ,stock pulak takda. Yang ada cuma code perfume yang kurang jadi buruan. Tapi dah cakap pun minyak wangi, tak diburu pun still wangi padu, takda yang tak suka. So bila jualan tak sehangat selalu ,maq ambil satu langkah untuk elakkan stock perfume tak bergerak. Tu diaaa... kami adjust buat surprise perfume giftbox pulak. Bermula Ogos ,promosi hari merdeka ,kami promote kaw kaw. Alhamdulillah sambutan diluar jangkaan. Bila dah habis sambutan hari merdeka , kami buka untuk jualan harga asal.RM 45.00 sekotak. Ianya mengandungi : 1 botol perfume Dcalysta 30ml ( rm38.00) 1 bear saiz 12cm 1 kad ucapan 1 random freegift* Add ON  ( dicaj ) *3 pcs kitkat (rm 3.00) atau *1 wallet (rm 6.00) atau *sepasang handsock (rm 6.00) atau *sehelai tud...