Bismillah,
Harini dah masuk hari ke 15 Zulhijjah 1446H. Bermakna berbaki 2 minggu je kita akan masuk ke tahun baru 1447H.Moga moga kita dapat jumpa dengan tahun 1447H tu nanti.Allahhumma Aamiin.
Hidup dekat dunia ni singkat. Biarpun dah berumur 80 tahun ,ianya tetap terasa sekejap berbanding waktu kita berada dikehidupan seterusnya nanti.Waallahu'lam.
Sejak akhir akhir ni,banyak kematian yang belaku tanpa dijangka.Orang muda ,orang baik, orang jujur ,orang penyayang sudah dipanggil untuk 'balik'.Itulah yang disebut suratan takdir .Semua sudah tersurat sejak azali.Sebagai manusia ,kita cuma perlu meredhakan pada semua ketentuanNya.Tak perlu lagi nak pertikaikan kenapa dan mengapa, sebabnya bila cerita berpusing 360° sekalipun jawapannya tetap akan kembali pada rukun iman ke 6 iaitu qada' dan qadar Allah.
Jiwa rasa perit ,sakit,sedih dan terasa kosong atas kehilangan itu semua perasaan yang datang sebentar,lama lama nanti bakal hilang.Yang tinggal cuma kenangan...
Maq selalu ingatkan diri maq sendiri.Hati hati bila hari telah berganti hari,mungkin esok, mungkin harini ,mungkin juga sebentar je lagi ,Allah akan ambil maq kembali kepada Nya.
Hidup ini perjuangan yang sementara,sampai masa kita akan 'kembali' juga.
Selagi masih bernafas,sebutlah Alhamdulillah ,
Alhamdulillah,Bila ada rasa sakit,
Alhamdulillah,Bila ada rasa bahagia,
Alhamdulillah,Bila ada rasa sedih,
Alhamdulillah,Bila ada rasa tenang.
Pinkan dekat minda - kita ni cuma hamba kepada raja segala raja.
Usahakan diri untuk mempelajari ilmu tauhid demi kelangsungan hidup yang sebentar ini. Carilah Allah sampai hati dah tak pandang lain lagi selain Nya.
![]() |
Terima kasih Allah untuk semua pinjaman Mu |