Mata Pelajaran Baru Dikelas Dhuha

 

Bismillah,

Bila Allah beri rezeki masa, pada setiap Jumaat ,maq berpeluang untuk keluar berjumpa dengan kawan kawan muslimah yang duduk sama taman untuk menghadiri kelas dhuha.

Kelas dhuha dijalankan dipermis yang bersebelahan  je dengan surau Al Azim,Taman Bukit Perdana.

Aktiviti disini bermula pada pukul 8.00am -

Ia dimulakan dengan bacaan selawat tafrijiyah ,bacaan surah Kahfi dan disusuli dengan bacaan Yaasin ,tahlil berserta doa selamat.

Semua ini dibawah bimbingan ustazah ustazah kelas al Quran yang aktif ditaman kami.Mereka juga merupakan Ahli jawatan Kuasa yang berusaha untuk aktiviti dikelas dhuha.

Doa ,berselawat dan bacaan bacaan surah ini akan berakhir pada pukul 9.00am.

Pukul 9.00 am - 9.30am - 

Rehat sebentar ya kawan kawan.

Pada waktu ni kami diberi jamuan ringan buat alas perut.Tapi biasanya jemaah akan bawa balik je bekalan tu,tak sempat nak makan.Kami cuma minum minuman yang dihidangkan sahaja sambil borak borak bertanya khabar kawan kawan setaman.

Biasalah mak mak kan, tak sembang ,tak bertegur sapa ,memang tak sah. Maklomlah seminggu sekali baru dapat berkumpul.

Muslimah dikelas dhuha ni terdiri dari warga warga pencen ,suri rumah tangga dan bekas kakitangan gomen.Doktor,polis pencen,cikgu pencen,nurse pencen,isteri pencen..

Eh siapa kah isteri pencen tu? Korang carilah jawapannya sendiri.Maq malasss...

"bontrot" diletakkan atas setiap meja ( haaa.. baru nampak jawa bila bungkusan tu dipanggil bontrot  ) bontrot dalam beg kresek !


Kemudian kelas akan dimulakan semula oleh ustaz /ustazah yang diundang.Bermula dari pukul 9.30am hingga ke pukul 10.45am.

Kalau sebelum ini,kami belajar Ilmu Fikriyyah ( tauhid) ,Fardhu Ain ,Feqah dan Terjemahan & tafsiran ayat Al Quran dari beberapa orang ustaz & ustazah yang datangnya dari Pejabat Agama Islam Batu Pahat ,Johor.

Tapi apa yang menariknya ,kalini AJK kelas dhuha telah menjemput seorang ustaz yang cukup terkenal di daerah Batu Pahat.

Beliau merupakan perawat islam yang sudah pun dikenali diseluruh Malaysia.Banyak cawangan darussyifa' telah beroperasi di Malaysia ini termasuk di Johor, Selangor dan Melaka.

Beliau adalah Dr Hj Yunus bin Shariff.


Siapa Dr Hj Yunus Shariff ?

Awalnya maq kenal beliau hanyalah sebagai imam surau di taman maq tinggal.Bila dah jadi pelajar dikelas beliau ,rupanya beliau ni,

1-Bekas pegawai kesihatan di KKM (dah pencen)

2-Guru ngaji Al Quran (Guru tahfiz) yang diiktiraf oleh beberapa orang tok guru hebat.

3-Perawat Darussyifa' di daerah Batu Pahat.

4-Pernah berkhidmat dengan Tabung Haji sebagai pembimbing tetamu tetamu Allah.

5-Belajar Al Quran dengan pakar pakar Al Quran luar negara antaranya dari Madinah, Mekah ,Indonesia dan ada beberapa negara lain.

6-Bekas penuntut di USM

Sebetulnya ada banyak lagi info pasal Dr Yunus ini tapi maq dah terlupa.Kalau korang rajin boleh buat carian kat google .Taip je Dr Yunus Shariff.

Jumaat 11/10/2024 merupakan kelas ke 2 maq dan muslimah muslimah Bukit Perdana masuk kelas Dr Yunus.Alhamdulillah, dapatlah kenal sikit sikit ilmu syifa' .

Kemain fokus masing masing dengar ustaz beri ilmu,maklomlah ilmu yang baru nak diterokai.

Antara yang boleh dikongsikan disini ialah doa untuk masaalah pasangan yang tidak dapat zuriat biarpun sudah lama berumahtangga. Bawah ini doanya yang Dr Yunus ijazahkan.

*Surah Al Anbiyaa' Ayat 30


Nak amalkan doa ini macamana ?

Adalah lebih afdal ibu kepada isteri yang buatkan.Tapi jika tak dapat, pasangan/ tuan badan yang nak zuriat pun boleh buat sendiri.

Caranya,

- sediakan air mineral sebotol

- paling penting lafazkan niat untuk apa usaha itu dilakukan.

-baca bismillah kemudian bacalah doa diatas

-tiup di air mineral

-bagi pada isteri tu minum

-ambil sedikit air yang dibacakan doa tu ,sapu pada ari ari isterinya,kalau nak sapu diperut pun boleh.

-lebihan air boleh disimpan,nanti nanti boleh minum lagi.Boleh buat berkali kali.Jangan jemu buat usaha ini. Kalau Allah izinkan, Alhamdulillah,itu rezeki.

Yang penting kena yakin dengan usaha.Allah maha baik.

Dr Yunus dan beberapa orang perawat juga ada buat rawatan Darussyifa' di surau di taman kami.Biasanya rawatan dijalankan selepas solat isya'.Bolehlah cari di google sekali lagi untuk info berkaitan ini.

Okey,Maq hanya berkongsi ilmu.Sebab ilmu yang sudah dipelajari ,kenalah diamalkan dan kena juga dikongsikan kepada yang lain.Supaya ianya mampu beri manfaat kepada ramai lagi orang.

Tapi kena tengok tengok juga,kongsilah ilmu yang baik baik sahaja jangan pulak kongsi ilmu yang boleh menyesatkan akidah oranglain.

Nauzubillahiminzaliq...

Comments

Amie said…
Alhamdulillah.
Pengisian waktu yang sangat bermanfaat untuk warga yang berpencen.
In syaa Allah, saya pun berangan ikut kelas seperti ini....pencen tak lama lagi.
Maqnie said…
semoga semua hajat Amie dimaqbulkan Allah,Aamiin

POST PALING POPULAR

Selesaikan Semuanya Didunia

Tips Hati Tenang

Khabar Apakah Malaysia Hari Ini

Tarikh Lahir Tahun Hijriah

Tanda Ikan Sudah Masak

Tips Pilih Bendi

Kes Covid19 Apa cerita?

Scammer Dan Maq

ILTIQA’ SAKINAIN