Skip to main content

Khasiat Buah Kedabu

 

Bismillah,

Buah kedabu atau dengan nama lain buah pedada atau buah berembang adalah buah yang sama.Orang kampung maq je ke panggil buah ni buah kedabu ?

Masa zaman kanak kanak maq pernah makan buah ni.Rasanya masam dan sedikit kelat.

Buah yang mentah agak keras tapi bila dah matang, buah ini lembut dan mudah dikupas.Sesuai dimakan bilamana warna kulitnya sudah menjadi hijau kekuningan.

Pokok buah kedabu hidup dipersisiran sungai.Itulah tempat paling sesuai mereka membiak.Korang tryla tanam depan rumah mana tahu boleh hidup.

Di sesetengah kawasan dinegara Indonesia ,mereka hasilkan " dodol " dari buah ini.Buat jeruk,buat jus dan dimakan begitu sahaja.Korang cari je kat youtube pasal ini,confirm jumpa.

Kami diMalaysia suka makan dicicah garam,ada juga bagi idea makan cicah kicap.Lahaaaai bergenang air liur dalam mulut dah saat ni.

Bila maq buat carian digoogle, rupanya banyak khasiat buah kedabu,pedada dan berembang ni.
Antaranya,

*kaya dengan vitamin C
*boleh settle masaalah sembelit
*boleh meningkatkan nafsu makan
*bagus untuk cegah pendarahan

Dan yang paling terkini maq dapat tahu,putik buah ini boleh dibuat ubat untuk sakit sakit badan.

Korang try masuk link youtube Buah Pedada.

Lepas tu nanti korang jangan lupa baca diruang komen, ada netizen cakap buat air tambah sirap,tambah susu pun enak. Haa dah boleh cuba ni !

Nama saintifik untuk buah pedada.

Di bandar Batu Pahat ni,pokok buah pedada banyak tumbuh subur disepanjang tepian sungai Batu Pahat.Tapi tak boleh diambil sebab tu kerajaan Johor yang punya, korang nak?
nanti tanam sendiri..


Yang sebetulnya pokok ini tumbuh diserata kawasan sungai di Malaysia ni.

Cumanya  orang ramai je yang belum tahu cara untuk memanfaati khasiat buah ini.

Korang yang rumah berdekatan kawasan laut dan sungai, dah boleh try buat kajian untuk memanfaatkan buah pedada ni.

Manalah tahu kot kot buah ini boleh dijadikan salah satu produk kesihatan. Ataupun boleh jual jus pedada ala ala vergold amway. Haaa boleh buat duit tu 😎


*Takkan pernah lupa diri ini berasal dari kampung 📌

Comments

POPULAR POST THIS WEEK

Usia Pernikahan Yang Ke 31

   Bismillah,Alhamdulillah. 27 November 2024  telah pun berlalu. Maka genap sudah 31 tahun usia pernikahan kami. Terima kasih Allah untuk setiap nikmat dan rezeki yang diberi. Terima kasih Allah untuk setiap ujian yang dilalui. Terima kasih Allah untuk segala galanya. Maq tak minta lebih ,melainkan semua yang baik baik sahaja untuk ikatan halal ini. Dilancarkan pada semua urusan untuk dunia hingga ke akhirat. Aamiin Allahhumma Aamiin... Video hasil kreatif dari Along. Terima kasih Akak* Terima kasih juga kepada mereka yang telah mendoakan kami.Doa yang serupa juga dari kami buat kalian sekeluarga. Aamiin.. **jom selawat

Buah Yang Disebut Dalam Quran

  Bismillah , Alhamdulillah. Kurma adalah antara buah yang Nabi cakap ada di syurga. Selain kurma , ada juga buah delima, zaitun ,tinn ,pisang, labu dan anggur yang disebut dalam Al Quran. Bukti? Dan kalini maq nak beritahu yang kurma ajwa yang ada dalam gambar kat atas tu, harganya cuma RM 36 sekilogram ( free postage ) Nak lagi murah tunggu sale payday. Kurma saiz S & M. Maq beli kat tiktok shop. Rasanya segar ,lembut dan sedap. Nasihat maq korang dah boleh dah beli buat stock untuk bulan Syaaban dan Ramadhan yang bakal muncul sikit masa lagi.Awai tak kalut!  Kalau korang ada join group "prep" ditelegram,kurma adalah antara makanan kering yang dicadangkan untuk di "prep". Berguna untuk support tenaga manusia. Kurma boleh disimpan 2 hingga ke 3 tahun bila dalam keadaan darurat & peperangan. Cuma pastikan ianya dalam keadaan kering. waallahua'lam. Jom selawat**

Bagaimana Nak Rasa Seronok Pergi Umrah?

  Bismillah, Bila diajukan soalan ,macamana pulak nak rasa seronok pergi Umrah?Bukankah kita kesana sebab nak buat ibadah? Okey. Kali ini biar maq berkata atas dasar pengalaman sendiri. Memang nak buat ibadah itu tujuan paling utama bila kita pergi umrah. Tapi ada sesetengah jemaah bila buat umrah mereka akan rasa tertekan dan hajat yang bertahun tahun dipendam  jadi tak seronok. Dalam cuaca panas dibumi Saudi ,jemaah terpaksa berpusu pusu dengan jemaah lain yang datang dari pelbagai pelusuk dunia.Rasa makanan yang disediakan juga kadang kadang tidak menepati tekak melayu.Tu yang nanti selera tetiba hilang entah kemana. Rutin keluar masuk masjid dan aktiviti ziarah luar juga akan buat jemaah keletihan dan jadi stress.Terutama bagi mereka dah lanjut usia dan gerak guna wheelchair. Belum lagi diuji dengan masalah di bilik hotel, makan minum, mutawif yang tidak beri kerjasama dan juga masalah kesihatan. Nak buat ibadah pun diuji?  Ye ,ujian itulah yang menambahkan lagi pahal...

Asam Pedas di Teluk Wawasan, Simpang 5, Batu Pahat

Assalamualaikum. Semalam selera maq request asam pedas di Parit Hj Salam, Simpang 5,Batu Pahat. Di kedai Asam Pedas Teluk Wawasan. Video jalan masuk ke arah kedai. Plan awal nak makan je kat situ tapi memandangkan masih awal lagi untuk lunch, maq rasa maq pun sempat lagi masak nasi seperiuk,  so kami tapau je asam pedas.  Kalini maq pilih asam pedas ikan jenahak , Rojak tauhu  dan ABC.  Alhamdulillah. Bawah ni gambar ketika disana. Tengoklah atas pintu tu, macam macam orang kenamaan pernah singgah termasuklah Sultan Johor. So anda boleh tahu bagaimana hebatnya rasa asam pedas disini.  Pintu dapur kedai. Maq tungga gadis buat ABC disitu. Malangnya ada pelanggan yang merokok ditepi kedai tersebut. Hmmm belakang kedai makan pun masih kurang 3 meter bro. Lastly gadis ABC tegur "pakcik,asap rokok kan terbang merata nanti,merbahaya!" hehe,tak pasal pasal kena sekolahkan.  Jeti nelayan yang baru dibina. Batu batu tepi sungai tu pun baru...

Iltiqa' Sakinain

-Apabila Tanwin bertemu Hamzah Wasol Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tajwid dalam Al Quran. Sebenarnya ramai orang akan terus baca ayat yang berbaris tanwin itu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan pada ayat tersebut perlu ditambah 'nun baris bawah'. Contoh bagi  Tanwin ( baris 2 bawah pada huruf zal) Hamzah wasol ( tanda bulatan diatas huruf alif selepas huruf zal )  "Apabila Tanwin bertemu dengan Hamzah Wasol, maka Tanwin tadi dibaca dengan satu baris dan ditambah Nun Berbaris Bawah." Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah nanti. Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambil pen dan  tandakan sendiri tau: Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180 Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8 Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158 Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164 Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177 Muka Sura...

Readers Blog Dari Mana?

  Bismillah, Tetiba malam ni mood rajin selongkar blog. Bagi maq ,blog ini hanya sekadar tempat maq post pengalaman  peribadi sendiri dan tempat seorang emak meluah dan berkongsi sedikit maklumat yang ikhlas dan ringkas. Dan ini hasil untuk analisis post diblog maq dalam seminggu ini yang maq dapat dalam "stat". Pembaca dari asia tenggara tu okey, maq masih boleh terima lagi tapi yang dari  negara yang jauh nun disana tu?Kok ono... Macam macam negara yang masuk blog ni kan dan maq masih lagi tertanya tanya siapa kah mereka? Dalam bulatan tu agaknya diaorang tak pergi perang ke apa ek? hahaha ghisaunya saya Apa pun maq cuma mampu ucap terima kasih dan mendoakan  agar yang baik baik sahaja buat korang yang sudi masuk blog peribadi ini dan ampun maaf kalau ada yang tersalah atau tersilap kata. **Malam Jumaat guys ,jom pakat pakat ,kita selawat sampai kiamat.

Handphone

  Bismillah... "Handphone" benda yang sangat kecil dan sangat ringan sewaktu didunia tapi akan menjadi terlalu berat dan membebankan bila dihisab diakhirat nanti. Dan Maq yang selalu lupa tentang ini... Tapi selawat jangan lupa*

Musim Haji 1446H

  Bismillah,Alhamdulillah. Harini tabung haji dah keluarkan harga kos bayaran bagi musim haji 1446H Seperti yang tertera dalam gambar diatas. Harini juga mereka yang dah daftar haji pada tahun 2009-2010 sedang menunggu surat tawaran haji mengikut rezeki masing masing. Debaran kian terasa bila aplikasi thjari tak boleh dilog in pagini ,mungkin ada sedikit kemaskini sedang dijalankan. Tahniah bagi sahabat sahabat & saudara masa  yang diundang menjadi tetamu Allah pada tahun 1446H ini. Semoga segala urusan kalian berjalan lancar dan dipermudahkan untuk setiap usaha. Jaga kesihatan ,jaga makan minum.Kerana step seterusnya akan berlangsung sikit masa lagi. لَبَيْكَ اللَّهُمَّ لَبَيْكَ لَبَيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ  لَا شَرِيْكَ لَكَ

Kawal Je bukan Sembuh

Assalamualaikum. Ini bukan cobaan ,ini betul betul . Bila dah tahu sistem badan dah macam macam. Benda pertama yang diarahkan kepada sesaorang pesakit  ialah tolong  Jaga Makan. Selain itu ,ubat ubatan pula dah semakin jadi jajan . Ada pula dah jadi bff dengan ubat. Tapi peliknya sakit tu tak juga sembuh sembuh. Ternyata ubat yang ditelan itu bukan penyembuh tapi hanya mengawal sistem dalam badan kita supaya apa yang  dimakan cukup khasiatnya. Dan penyakit tidak melarat teruk kepada diri pesakit tersebut. Sebagai contoh , Orang kencing manis ,makan ubat hari hari,cucuk insulin hari hari ,check darah tiap bulan ,dah masuk 20 tahun pun ,kencing manis dia masih ada  ,kan? Malah kadang datang juga kesan sampingan seperti kabur penglihatan ,kurang pendengaran,alahan pada kulit ,semua tu akibat terlalu banyak ambil ubat. Bagaimana nak jaga kesihatan kalau ubat tidak menjanjikan kesembuhan ? Ye ,seperti yang disarankan tadi , jaga pemakanan kita. Apa yang perlu...

Pokok Bendi Dah Mula Berputik

  Bismillah,Alhamdulillah, Masih ingat lagi tak kisah projek maq bagi selesaikan masalah harga sayur nak naik 3 kali ganda ?   Ini link projek tersebut ( klik disini ) Malam tadi sempatlah maq menjengah "kebun sayur bendi " yang maq semai pada bulan 10 yang lalu. Dengan keluasan kawasan tanaman sebanyak 3 pasu pokok bunga ,nampaknya ke 3/3 pokok sudah pun mula berputik. Alhamdulillah... 3 pasu pun dah kira luaslah kan haha Tapi macam biasalah, tanaman dikawasan rumah maq ni sering diganggu dengan hidupan perosak .Sejenis yang tumbuh melata pada batang pokok dan daun. Kami kat sini panggil benah. Dan bila maq tanya kat anak sulong bagaimana nak hapuskan benah tu? beliau cadangkan sembur je dengan cuka kayu. Kat mana nak beli cuka kayu tu?Katanya kat kedai online banyak. Ok,inshaallah nanti maq cari cuka kayu dekat tiktok shop. Guys, nak tanyalah, pokok terung tu memang spisis malas nak tumbuh ke ek? Sejak disemai bulan 10 haritu, sampailah malam tadi, tingginya masih lagi para...