Cita Cita Terakhir

 

Bismillah,

Ibu maq pernah beritahu bahawa datok maq belah keluarga abah pernah pesan kat ibu,katanya...

"Ani ni nanti dah besar ,diajarkan Al Quran ,ngaji sampai khatam."

Masa maq berumur 9tahun,ibu hantar maq mengaji dirumah jiran kami.Waktu tu sekolah agama Johor ambil pelajar darjah satu pada umur 9 tahun. So maq ngaji quran semasa darjah satu sekolah agama, darjah 3 sekolah kebangsaan.

Mengaji pun semata mata hanya nak kenal huruf hijriyah je kot masa tu.Takda pun terfikir pasal tajwid ke apa.Mengaji Quran zaman dulu tak sama macam sekarang.

Sekarang kalau nak cari pengajar,kena cari yang ada bertauliah dan ada pengiktirafan dari pejabat agama islam,baru boleh belajar Quran.

Pada tahun 2021 lalu ,Maq berhasrat nak ulang semula semua pembelajaran Al Quran.Belajar tajwid dan nak kenal semua tentang bacaan Al Quran.

Sebetulnya sebelum ni maq dah pernah belajar tapi sekerat jalan sebab ada ujian besar yang maq kena tempuh masatu.Kalau tak silap baru belajar sampai Juzuk 9 je.Kemudian terpaksa berhenti.

Tapi bila usia dah semakin senja macam sekarangni, masih ada lagi cita cita yang belum tercapai,maka maq terpaksa pujuk Ustazah untuk jadi tenaga pengajar Al Quran maq semula.

18 oktober 2021 - ayat maq merayu ustazah.

Masani jiwa memang meronta ronta nak belajar al Quran.Mulanya ustazah macam menolak sebab murid beliau dah terlalu ramai.Dari umur 5 tahun hingga yang dah berumur lebih 50 tahun pun ada.

Kelas online ada,kelas bersemuka pun ada.

Dan kalau korang nak tau ,kelas ngaji ustazah bermula seawal pukul 6.30 pagi!Haa ko ghase? 

Tapi maq tak putus asa , maq terus merayu supaya diterima sebagai pelajar ustazah.

Bila ustazah dah sanggup terima maq sebagai pelajar,ujian pertama pulak mendatang.

Mujur ustazah paham dan maq pun siap meyakinkan ustazah lagi,

"...inshaallah ,perempuan..."

Alhamdulillah akhirnya pada 1 November 2021,kelas pertama maq pun bermula...


Jadual giliran maq selalu aja bertukar tukar waktunya sebab masa mengajar ustazah sangat padat dan terhad.

Tapi maq tak kisah semua tu, asalkan maq dapat belajar Quran dengan beliau.

Ustazah Izan sorang yang sangat penyabar dan ilmu al Quran beliau sangat hebat.Maq kenal beliau sejak 1998 sebab kami ni berjiran.Tinggal pun sama lorong.Anak anak maq semua belajar ngaji sampai khatam Quran bersama usaha ustazah Izan.


Port ngaji online maq dirumah.Suasana yang agak klasik gitu.

Apa yang maq harafkan sekarang ini,

Semoga Allah maqbulkan hajat maq.

Hajat maq ,sebelum mati, maq nak khatam Quran dengan bacaan bertajwid yang betul dan diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.Istajib doa ana yaa Allah...

Ianya merupakan permintaan dari arwah datok maq juga kan.Moga hajat kami dimaqbulkan Allah. 

Dan tak lupa terima kasih juga buat Ustazah Izan.Moga semua ni menjadi pahala yang berpanjangan sampai akhirat.

Aamiin Allahhumma Aamiin...


Popular Posts