Skip to main content

Adab Dan Ilmu Mana Lebih Tinggi Nilainya?

 

Bismillah,

Mana lebih tinggi nilainya ,adab ke ilmu?

Kadang serabut juga bila nak cari jawapan.

Bukan mudah rupanya jadi orang tua.Apatah lagi apa juga yang dilakukannya pasti akan menjadi ikutan oleh anak anak dan cucu. Kalau yang ditiru itu perbuatan baik takpalah tapi kalau yang sebaliknya? Ini ujian...

Gambar sekadar hiasan
Atok dan Cucu Cucu


Mari kita tengok 15 adab  yang anak akan cepat tiru.

1 - Panggil orang-Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.

2 - Bercakap-Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.

3 - Mengarah-Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.

4 - Sebut tolong-Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.

5 - Ketika makan-Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.

6 - Marah orang-Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.

7 - Hormat orang tua-Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.

8 - Sabar-Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.

9 - Mulut laser- Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.

10 - Senyum-Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.

11 - Ucap terima kasih-Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.

12 - Meminta maaf-Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.

13 - Mendengar-Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.

14 - Toleh-Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.

15 - Mengamuk-Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.

Bukan salah anak jika dia tak beradab.

Wallahu A’lam,

Sumber :  Mohd Fhais Salim (Parenting Coach)


Ok,kita tonton pula video pendek ini untuk tambah lagi pencerahan bagi tajuk entri yang maq bangkitkan.



**Bila kita perhatikan kesemua 15 adab yang disenaraikan diatas dan setelah kita tonton video pendek dari ustazah Ummi.

Ternyata bahawa adab itu lebih tinggi nilainya berbanding ilmu. 

Tengok je masyarakat disekeliling kita, nanti kita akan dapat jawapannya.

Kalau korang nak tau, Maq suka lihat gelagat "masyarakat" kita di dewan rakyat secara live.



Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Kelebihan hari Jumaat

Assalamualaikum. Bila tiba hari Jumaat , banyak yang boleh kita buat disepanjang malam dan siangnya. Bermula lepas masuk waktu maghrib , seperti mana yang sering kita lihat , selepas solat Maghrib , ramai ambil peluang baca surah yasin. Ada pun segelintir  berpendapat baca surah khafi pada sepanjang Jumaat ( tak kira malam atau siang ) adalah lebih afdal. Sedangkan baca surah yasin itu afdal dilakukan disetiap pagi disetiap hari. Bacaan yasin bukan cuma dimalam Jumaat sahaja.  Ada pun untuk hal sebegini adalah lebih baik kita rujuk kepada pakar. Dan penjelasan lanjut ada  Disini ❤  , semoga anda akan lebih paham pada permasalahan tersebut , inshaallah. Selain melakukan solat Jumaat yang wajib bagi setiap kaum lelaki yang dah baligh serta sihat  mental dan fizikal , ada juga  lagi yang disarankan elok dilakukan pada setiap hari Jumaat. Ianya ialah berselawat keatas nabi. Lihat gambar bawah ini. Hadis sohih - Peluang sudah ada didepan mata , 80 ka...

January Giveaway by Awesome Dreamer

Assalamualaikum, hai.. Untuk pembuka 2020 ,maq dah join  January Giveaway  dari Blogger Awesome Dreamer.  Pembuka tirai ni tau!  Anda boleh masuk je link Awesome Dreamer tu. Ikut je arahan owner blog. Ok done!  Masuk link ini jika anda berminat nak turut serta. Good luck!

Hati hati beli produk dari luar negara

Assalamualaikum. Ini adalah perkongsian dari group whatsapp.  Tapi kenyataan,keluarga maq pun selalu guna produk yang disebutkan oleh penulis dibawah ni bila teringin nak makan spaghetti. Nampaknya lepasni sebagai pengguna muslim, kita kena lebih peka dengan ' ingredients' produk produk tersebut. Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal macamni sebab asal usul spaghetti bukan makanan orang kita. Dan produk tu pun produk luar negara. Gambar sekadar hiasan KEPADA PEMINAT SPAGHETTI. (Baca sampai habis ya) Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu.Cerita ini dari seorang penggemar spaghetti.   "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila spaghetti dah selesai di...

Makanan dan minuman yang dilarang dijual dikantin sekolah

Assalamualaikum. Antara makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin sekolah. 1. Makanan berjeruk 2. Makanan yang dijual bersama permainan 3. Gula-gula dan coklat 4. Makanan ringan (junk food) 5. Makanan yang diproses 6. Teh dan kopi 7. Minuman tenaga/isotonik 8. Minuman berkarbonat 9. Minuman 3 dalam 1 10. Produk konfeksi ais dan ais krim. Ibu bapa dinasihatkan  supaya berbincang dengan pihak sekolah dan PIBG jika terdapat makanan dan minuman ini dijual di kantin sekolah. Untuk lebih banyak tip pemakanan sihat, boleh follow Twitter @BhgPemakananKKM Nota maq : just copy and paste then share ❤