Skip to main content

Khabar Apakah Malaysia Hari Ini

 

Bismillah,

Bila usia sudah semakin menua, bohonglah kalau cakap hati ni tak risau pasal anak cucu. Kerana merekalah waris yang bakal ditinggalkan.

Dan mereka jugalah saham yang bakal memberi hasil bila kita dah "balik" ke sana nanti.

Pernah terbaca satu nasihat,jangan terlalu berfikir tentang masa depan yang tak pasti dan jangan terlalu menyesali tentang masa silam yang sudah berlalu pergi tanpa erti , tapi nikmati waktu yang sedang dijalani supaya keindahan itu tidak merugikan diri.

Bila difikir semula,ada betul juga kata kata tu,kita ni asyik lah nak risaukan masa akan datang padahal waktu yang sedang kita hadap itulah yang sepatutnya kita manfaatkan.Lepastu nanti bila momen dah terlepas pergi ,kita pulak rasa nyesal sebab dah mensia siakan peluang.

Tajuk entri Khabar apakah Malaysia hari ini ?

Apa ceritanya? 

Korang cari kisah di laut China Selatan,kemudian cari pula kisah cerita di Pulau Pinang.Lepastu korang fikir fikirkanlah bebaik.

Okey, bagi pihak maq secara peribadi,Maq sedaya upayanya nak terus bersangka baik tapi 50-70% minda tak boleh lakukannya. Tetap terselit yang negatif.Aduh..

**Pada Maq, kita di Malaysia akan kuat dan gah bila berada hanya dalam satu kumpulan. Senang cakap hentikan berpecah belah. Abaikan dengki khianat sesama bangsa dan seagama.

Teruskan usaha dengan cara tersendiri untuk menjaga negara ini.Setiap dari korang adalah pejuang kecuali "musuh dalam selimut & gunting dalam lipatan".

Golongan B40, golongan M40,golongan T12 dan apa juga level diri korang , korang adalah warganegara yang sah.Korang ada hak untuk jaga kedaulatan negara korang.

Jagalah negara mengikut kesesuaian dan kemampuan masing masing, jangan terus tidur sambil dibuai mimpi kosong.

Ranting tu kalau sebatang sangat mudah dipatahkan tapi jika di ikat ikat hingga sebesar pemeluk, ia jadi sangat sukar untuk dipatahkan.Macam tu jugaklah kita.

 Moga korang boleh faham apa maksud maq.

Sedih bila tonton video ni.Tekan video untuk jelaskan tulisan dalam video.Jika korang reti translatekan ,boleh taip diruang komen.


Malaysia 15-20 tahun akan datang ,bagaimana kisahnya ? Malaysia hari ini apa khabarnya?

HasbunaAllah waneqmal wakeel.


Persoalannya ,Sekolah dan pelajar pelajar ini di Malaysia tapi mana pergi bendera Malaysia ? satu pun takda.


Nota Kaki : kita ini bukan sesiapa.Ada mata lihat, ada telinga dengar ,ada mulut diam.Tapi jika masih ada iman ,teruskan mendoakan kesejahteraan negara kita Malaysia.

Popular posts from this blog

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Pantai Puteri ,Melaka

  Bismillah, 10 Ogos ,tanpa dirancang ,tetiba lepas makan malam kami diajak ke Melaka oleh encik suami.Kami tu bermaksud maq dan anak bongsu. Kaki maq yang sakit lepas jalan jauh ke Perak belum sembuh lagi tapi naluri membuak nak ikut suami ke Melaka.Hmm memang spisis suka berjalan kan. Keesokkannya ,11 Ogos,kami pun gerak ke Melaka pada pukul 7.00pagi. Sewaktu sampai ditepi Pantai Puteri ,cuaca dah mendung,angin bertiup kuat dan ombak berlari kencang mengejar pesisir pantai.. Redup dan berangin.Pandang laut dapat pahala. Dibawah ni antara kenangan kami sewaktu di Pantai Puteri tempohari. Gambar atas & bawah : berkembang kembangan kain tudung ditiup angin laut  Berkelah cara maq : 1- beli je makanan yang biasa dijual dikediaman kami.Contoh haritu ,encik suami beli nasi lemak  3 bungkus,sebelum tu kami rebus telur siap siap sebelum tidur. 2-beli atau bawa air mineral & air manis.Kami beli kopi wonda dekat 7E je.Beli juga kuih muih yang sesuai,maq pilih karipap, ok ...

Tips Maq Mendidik Cucu

  Kata nasihat ustaz** Bismillah, Sekarang ni maq jaga anak asuhan level cucu cucu.Sebab tu maq gelarkan diri sebagai "tok Mak".Benda boleh ditambah tok ,so kena tambah jugak lah kan. Well ,ada orang malu dengan gelaran tok.Bagi mereka level tok tok ni yang gigi belum tumbuh penuh ,yang rambut dah bleach tone warna light grey tu.Takda maknanyalah,kalau cucu dah keliling pinggang ,serah je diri dengan gelaran tok atau nenek .Lagi nampak stylo tau! Tips didik cucu ? saja nak kongsi pengalaman maq jaga cucu sendiri dan cucu oranglain. *Jangan jaga cucu terlalu lama.Setahun dua tahun cukup!Nanti cucu korang tak tahu mana satu atok dia ,mana satu emakbapak dia.Dari situ nanti datangnya anak yang tak reti hormat emakbapak bila dah remaja. *Waktu mereka( anak dan cucu) berkumpul anak beranak ,korang jangan lah meleset sama.Bagi mereka ruang bersantai dengan keluarga kecil mereka.Nanti mak bapak dia dah balik ke rumah mereka,masatu barulah tok boleh manja manja dengan cucu.Masa merek...

Raikan 1 Shawal 1446H

Bismillah, Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin dari Maqnie sekeluarga. Harini barulah berkesempatan nak update post kat blog selepas beberapa hari sibuk dengan urusan ditinggalkan ramadhan dan urusan nak sambut kedatangan shawal. Post kalini maq nak kongsi momen shawal pertama di kediaman bonda kami di Kampung Parit Balak. Inilah keluarga kecil kami,Alhamdulillah. Moga Allah terima amalan kita disepanjang ramadhan , shawal dan pada bulan bulan yang seterusnya. Allahhumma Aamiin... 🗨️jom selawat.

Sayyidul Istighfar

  Bismillah, Sabtu, 15 Jamadilawal 1446H.  Kata kata motivasi SAYYIDUL ISTIGHFAR -Penghulu Istighfar  Ada sebuah Dzikir yang disebut Nabi sebagai ‘Sayyidul Istighfar’ (Penghulu Istighfar). Keistimewaannya Luar Biasa. *Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Pagi dengan Penuh Keyakinan, kemudian Meninggal sebelum Datangnya waktu Malam, maka Dia Masuk ke dalam Syurga. *Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Malam dengan Penuh Keyakinan dan Meninggal sebelum Datangnya Pagi, maka ia Masuk ke dalam Syurga (H.R alBukhari). Bacaan Sayyidul Istighfar itu adalah seperti berikut: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ "Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak Ada Sesembahan yang Berhak Disembah selain Engkau. Engkau Menciptakan Aku, Aku HambaMu, dan Aku a...

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Saw Palmetto dari nutrilite untuk orang lelaki

Assalamualaikum. Menurut pakar, segagah manapun kaum lelaki ni, bila dah cecah umur 40 tahun keatas. Mesti ada masalah pada pundi kencingnya. Bau seluar kecik tu ada sikit hancing. Sebab apa??? Ada setitik dua air yg terkeluar lagi tapi tuan badan tak perasan. Jadi cammana solat kita..?? Sebab tulah ada sunnah tertentu lepas kita buang air kan.. Oleh tu abang abang diluar sana disarankan ambil Nutrilite Saw Palmetto ni untuk mencegah permasalahan tu , memang nampak ketara perubahannya nanti. Nak solat pun dah semakin confident.. Insyaallah.. Sumber : copy and paste dari group whatsapp jzt* NUTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root (90 gel lembut) NUTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root meningkatkan kesihatan saluran kencing untuk lelaki dan menggalakkan fungsi prostat yang sihat. Saw palmetto membantu melegakan masalah pembendungan cecair. Akar nettle root mampu memberikan sokongan herba untuk aliran kencing. UTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root (90 sg)  R...

Kisah Sejadah Kecil

Sejadah saiz kecil ini pemberian seorang tuan rumah yang maq hadiri majlis tahlil dan yasin dirumah beliau. Sebelumni maq hanya guna bila keluar berjalan jauh. Untuk permudahkan diri sendiri kalau nak solat dimana mana sekalipun. Sejadah biasa biasa je . Made in Turkiye.  Memang takda yang pelik pun, tapi ketika dihadapan Kaabah ,satu kisah pelik sudah berlaku..  Kisahnya macamni.. Bila ditanah haram , antara barang yang sentiasa perlu ada bagi diri maq sendiri ialah beg kasut , sejadah kecil , spray berisi air bersih untuk whuduk dan pengenalan diri . ( tags yang ejen buatkan ,disangkut pada leher ) Ketika maq dan keluarga lain nak solat di depan pintu Kaabah pada satu petang. Kami pun tercari cari ruang untuk penuhkan saff. Dan akhirnya , maq , ibu serta adik perempuan dapat penuhkan saff yang berhampiran dengan tong air zam zam.  Dalam 2/3meter jarak dari tong. Maq pun bentangkan sejadah disitu , untuk lakukan solat sunat masuk masjid. K...

Dunia Memburu Masa kita

Assalamualaikum. Minggu ni idea maq liat pulak nak berinteraksi dengan huruf dan ayat didalam blog. Mungkin maq rasa terlalu penat sehingga idea satu apa pun tak menjadi . Atau mungkin terlalu banyak masa dihabiskan dengan urusan dunia sehingga tak sempat nak menaip dan berkongsi cerita? Yang nyata memang idea kering kontang..😞 Ahad dan lsnin lepas maq berada di Kuantan ,Pahang. Selasa hingga ke hari ini maq sudah berada di Batu Pahat. Banyak kenangan yang hendak dikongsi tapi masih kekal semuanya tersimpan sebagai draf didalam hati.  Senja ni , maq tersedar bahawa bila maq  terlalu sibuk dengan urusan dunia ,memang maq akan kehilangan banyak masa . Sedar sedar diri ini dah tua .. Semoga Allah tidak membolak balikkan hati ini.. Aamiin. Kata nasihat.