Skip to main content

Kawal Je bukan Sembuh





Assalamualaikum.

Ini bukan cobaan ,ini betul betul . Bila dah tahu sistem badan dah macam macam. Benda pertama yang diarahkan kepada sesaorang pesakit  ialah tolong  Jaga Makan.


Selain itu ,ubat ubatan pula dah semakin jadi jajan . Ada pula dah jadi bff dengan ubat. Tapi peliknya sakit tu tak juga sembuh sembuh. 


Ternyata ubat yang ditelan itu bukan penyembuh tapi hanya mengawal sistem dalam badan kita supaya apa yang  dimakan cukup khasiatnya. Dan penyakit tidak melarat teruk kepada diri pesakit tersebut.


Sebagai contoh , Orang kencing manis ,makan ubat hari hari,cucuk insulin hari hari ,check darah tiap bulan ,dah masuk 20 tahun pun ,kencing manis dia masih ada  ,kan? 


Malah kadang datang juga kesan sampingan seperti kabur penglihatan ,kurang pendengaran,alahan pada kulit ,semua tu akibat terlalu banyak ambil ubat.


Bagaimana nak jaga kesihatan kalau ubat tidak menjanjikan kesembuhan ?


Ye ,seperti yang disarankan tadi , jaga pemakanan kita. Apa yang perlu dimakan banyak ,apa yang perlu dimakan sedikit dan apa yang tidak perlu dimakan langsung.


Macam maq baru baru ni. Sama ada ianya  kebetulan atau suratan ,sekarang ni maq dah kena ambil satu pil yang cuma makan separuh je sehari selama sebulan ini.

Simvastatin USP 40mg/biji. Setiap kali ambil 20mg/hari.


 Bila maq tanya ahli farmasi :

Maq : " dik ,ubat untuk sakit apa ni?"

Ahli farmasi : " doktor cakap puan sakit apa?"

Maq : " saya ada buat pemeriksaan darah tadi. Then doktor suruh ambil ubat ini "

Ahli farmasi : " haa ..ini untuk kawal kolestrol ,puan . Makan separuh sahaja setiap hari"

Maq : " oh , okey..terima kasih.. "

Ahli farmasi : " sama sama ,puan"


Actually result darah haritu doktor pun tak yakin lagi kan,tapi dia tetap suruh makan ubat kolestrol tu. Maq tahu ianya bukan boleh pulihkan keadaan tapi doktor cuma nak kadar kolestrol dalam darah maq terkawal.


Maq makan ubat tu ? Ye ,maq makan skip skip hehehe ,tapi sambil tu maq cuba berjinak jinak dengan lemon jus plain ( air lemon tanpa apa apa perasa lain. Cuma air masak + hirisan lemon . Macam gambar  kat bawah ni )



Sejujurnya maq nak katakan bahawa jus ini memang maq tak boleh terima kat tekak.

Lagi lagi lepas minum nanti badan maq akan lemau dan jadi malas malas gitu. Mungkin sebab asid lemon tu kot ,waallahua'lam..

Tapi disebabkan nak kawal kolesterol yang telah disyaki ,maq terpaksa telan juga.

"takbir"😭



Selain minum jus lemon ,maq dah cuba elakkan penggunaan ikan bilis dalam masakkan. Ikan masin pula antara makanan terlarang bagi diri maq. Maq tak minum lagi  jamu segera atau apa apa minuman kesihatan yang ada dipasaran kerana kandungan gula dalam produk tu sangat tinggi ,takut beri mudarat kat diri hamba yang dah tua ni ,heeee...



Sempena hari raya dan majlis rumah terbuka ni. Maq cuba buat peraturan sendiri.


Ambil lebih : ikan,buah buahan , sayuran dan ulaman.


Ambil sedikit : nasi ,ayam, telur, daging.


Langsung tak ambil : ikan masin ,pekasam , jeruk jeruk , air berkabonat.


Semoga usaha usaha ini mendatangkan kebaikan buat diri ini yang makin dimamah usia.Sekian , terima kasih.. Wasalam..


Pecah kaca ,pecah pintu.
Dah baca?

okey , Thank you 🥰

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Kelebihan hari Jumaat

Assalamualaikum. Bila tiba hari Jumaat , banyak yang boleh kita buat disepanjang malam dan siangnya. Bermula lepas masuk waktu maghrib , seperti mana yang sering kita lihat , selepas solat Maghrib , ramai ambil peluang baca surah yasin. Ada pun segelintir  berpendapat baca surah khafi pada sepanjang Jumaat ( tak kira malam atau siang ) adalah lebih afdal. Sedangkan baca surah yasin itu afdal dilakukan disetiap pagi disetiap hari. Bacaan yasin bukan cuma dimalam Jumaat sahaja.  Ada pun untuk hal sebegini adalah lebih baik kita rujuk kepada pakar. Dan penjelasan lanjut ada  Disini ❤  , semoga anda akan lebih paham pada permasalahan tersebut , inshaallah. Selain melakukan solat Jumaat yang wajib bagi setiap kaum lelaki yang dah baligh serta sihat  mental dan fizikal , ada juga  lagi yang disarankan elok dilakukan pada setiap hari Jumaat. Ianya ialah berselawat keatas nabi. Lihat gambar bawah ini. Hadis sohih - Peluang sudah ada didepan mata , 80 ka...

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

January Giveaway by Awesome Dreamer

Assalamualaikum, hai.. Untuk pembuka 2020 ,maq dah join  January Giveaway  dari Blogger Awesome Dreamer.  Pembuka tirai ni tau!  Anda boleh masuk je link Awesome Dreamer tu. Ikut je arahan owner blog. Ok done!  Masuk link ini jika anda berminat nak turut serta. Good luck!

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Sedekah yang sia sia

Assalamualaikum. Ada pun sedekah jariah  yang diberikan dengan ikhlas semata mata kerana Allah merupakan salah satu saham akhirat. Pahalanya akan terus mengalir biarpun pemberi sedekah telah kembali menemui Allah SWT. Kekayaan sebenar bukanlah memiliki tetapi kerana banyak memberi. Tapi hati hatilah bila bersedekah. Dikhuatiri semuanya hanya sia sia. Semoga contoh atas tu bukan kita..

Tanjung Hill 2021

 Assalamualaikum. Semalam encik suami bawa maq beriadah ke Tanjung Hill selepas hampir 2tahun tak kesitu kerana PKP C19. Tanjung Hill ( Bukit Tanjung ) memang lah macam tu jek ,tak berubah.Cuma kalini maq dan encik suami beranikan diri untuk jelajah kesemua kawasan dibukit tersebut. Aamiin yaa Allah..