Skip to main content

Sabar Itu Indah


Assalamualaikum

Salam pagi Rabu bersamaan 8 Shawal  1440 Hijrah. Ada yang bertanya.

" maq , dah settlekah urusan di RHB bank? "

Jawapannya ,ye sudah..Alhamdulillah. Semalam maq telah pergi buat urusan. Bermula pukul 9.30 pagi maq sampai dalam bank tersebut dan proses buka akaun berakhir pada pukul 11.15pagi. Haaa lama kan?

Rupanya mereka lebih utamakan pelanggan tetap mereka yang ada duit puluhan ribu dalam bank terlebih dahulu. Baru datang ,duduk kejap , dah sampai giliran mereka. Untuk pengetahuan anda ,  kaunter untuk buka akaun tidak perlu ambil nombor ,hanya tunggu dipanggil sahaja.

Mereka berurusan tidak ikut giliran tapi siapa yang nak uruskan duit puluh ribu , mereka jadi keutamaan. Siap boleh  sembang sembang dengan  boss besar lagi sambil tunggu dipanggil.

Hahaha maq dan encik suami cuma perhatikan jek apa yang terjadi didepan mata kami. Well .. Kami bukan orang have have sebab tu kena hold sampai 2jam. Padahal buka akaun bukannya lama sangat pun. Takpalah inilah pengalaman untuk maq. Lagi pun bank tu bank mereka ,bukan bank maq , so maq layankan je arahan pegawai bank tu..

  "sekejap ya puan. Tunggu dulu ya..saya bagi laluan kat pelanggan kami sebentar.."

Dan maq kata : ye okey takpa , baru nak 2jam je pun ,belum 2hari.. ( tapi berani cakap dalam hati )😂

Apapun maq paham ,pegawai tu pun ikut arahan. Beliau pun cari makan. Beliau ada pentadbir. Dan bank tu pun bukan bank beliau ,🙊


Apa pun syukur alhamdulillah.. semua dah selesai. 2jam pun 2jam lah. Terima kasih tak terhingga dekat encik suami ,walaupun mata mengantuk sebab baru balik dari kerja shif malam ,tapi masih bertahan demi urusan isteri yang terchinta !

16jam beliau dah tahan mata mengantuk..maafkan saya ,bang.. 😢

Sekarangni cuma tinggal install RHB now kat handphone supaya maq boleh tahu akaun semasa maq tanpa keluar rumah. Ye , semuanya dihujung jari anda.




Pesanan pegawai bank : Puan kena aktifkan akaun ni. Jangan biarkan akaun kosong dalam setahun ,kalau tidak bank akan block .

Maq : ya ,baiklah ,inshaallah.. 😊

Terima kasih Allah kerana beri aku sifat sabar dalam diri ini. I love you ..😭


Popular posts from this blog

Solat Jenazah,Ramai Tak Ambil Peduli

  Bismillah, Kalini Maq nak sentuh pasal isu solat jenazah.Solat ini hukumnya adalah fardhu kifayah.  Kalau kita tengok,kebanyakkan yang buat solat jenazah adalah kaum lelaki.Sedangkan kaum wanita yang datang hanya duduk dan bersembang sembang santai. Padahal solat jenazah ini bukan kena guna sejadah atau telekung labuh pun.Cukup dengan; *suci dari hadas kecil & besar *berwhuduk *tutup aurat sempurna seperti aurat dalam solat fardhu Dan andai kata kita adalah waris kepada jenazah yang akan disolatkan itu bukan saja kita dapat pahala,tetapi apa yang lebih penting lagi adalah doa kita yang Allah makbulkan secara langsung. Waktu kita baca doa dan mengaminkan doa ,waktu yang sama itu juga Allah makbulkan doa doa kita untuk simati. Antara doa yang tiada berhalangan   ------------------------------------------- Doa anak untuk kedua ibubapanya. Doa emak untuk anaknya. Doa isteri untuk suaminya. Lagi hebat lagi ganjaran Allah bagi,bila mana 40 orang lakukan solat jenazah seca...

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Ayat Quran Yang Jadikan Maq Rasa Tenang Dan Senang

  Nasihat** Bismillah, Sejak masuk tahun 2026 ,baru minggu ni mood blogging maq datang.Sebelum ni terlalu banyak 'urusan' yang perlu dilakukan hingga mood berblog hilang ghaib entah kemana. Tahun 2025 - banyak kejutan yang belaku dalam kehidupan peribadi maq.Semua nya tidak dirancang tapi maq sangat yakin aturan Allah sangat indah.Apa yang belaku telah disenaraikan sejak azali lagi. Korang tau tak apa yang dah buat maq jadi sebegitu tabah nak hadap semua ujian tu? Alhamdulillah,tafsiran 2 ayat terakhir surah Al Baqarah yang telah mendidik jiwa maq. Awalnya maq cuma dapat baca sikit sikit,kemudian maq dapat menghafal dan sekarang 2 ayat tu dah sebati dalam setiap denyutan nadi maq.Lepas solat baca,sebelum tidur baca dan bila maq free,maq baca. Jom kita baca makna 2 ayat tersebut dan fahamkan apa yang maq dapat untuk meneruskan kehidupan ini dengan tenang. Bismillahirohmanirohim... (2:285) ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ ءَامَنَ ب...

Amalan Sementara Masih Bernyawa

  Amalan yang dianjurkan untuk kita  lakukan. 1) Baca QulhuAllah 10x setiap pagi. 2) Baca Al Mulk sebelum tidur. 3) Sedeqah subuh hari hari. 4) Baca Ayat Qursi lepas solat. 5) Selawat pada hari Jumaat melebihi zikir zikir lain. 6) Berwudhu 10minit sebelum azan, off hp dan berzikir untuk siapkan batin sebelum solat agar dapat nikmat dlm solat. 7) Satu doa utk setiap satu sedekah subuh. 8. Seindah indah ibadah - membaca istighfar 10minit sebelum azan subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis. (waktu sahur) 9) Mencari kawan kawan soleh untuk dapat kan shafaat mereka - amalkan,   "وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين "  "wa adkhil na biroh matika fi i'baadikas solihin"  Ertinya: jadikan kami dalam rahmatMu bersama para solihin. 10) Setiap kali masuk masjid carilah Al Quran dan bacalah walau 1 ayat untuk tambah saksi di akhirat. 11) Jika mohon syurga, mohonlah syurga Firdaus Al A'la.Mohon yang paling tertinggi 12) Khatam 1 juz sehari - 1 helai sebelum sola...

Antara Ibu,Isteri dan Anak,siapa paling utama?

Assalamualaikum. Baca tajuk tu. Kalau anda sebagai seorang lelaki yang hebat siapakah lebih anda utamakan? Ibu? Isteri? Anak? Okey ,katalah dalam satu pelayaran keluarga tiba tiba kapal anda nak karam. Dalam masa yang sama anda cuma ada satu boat penyelamat yang mampu memuatkan 3orang.  Masalahnya sekarang anda berempat! Haaaa..  Nak pilih siapa untuk diselamatkan? Ibu -  Orang yang telah melahirkan kita. Jaga kita ,menyusukan kita.  Beliau dah beri kita segala apa yang dia mampu. Sampailah besar kita dijaga nya hinggalah dah bekerja dan berkahwin. Doa ibu mustajab sebab tiada berhijab.Anda berada dalam pengawasan ibu hinggalah anda dah berkahwin barulah isteri pula ambil alih tugas tu. Isteri - selepas bernikah , dialah tanggungjawab anda. Anak perempuan orang yang mana walinya telah mewakilkan anda menjaganya. Jaga makan minum ,jaga tempat tinggal selesa, sediakan pakaiannya. Segala kemudahan dia adalah tanggungjawab anda. Syurga dia pada anda, menjaga dan me...

Susu Cair Ganti Santan

Assalamua'laikum .. Berkongsi kita sekali lagi .  Kalini maq nak beritahu ,hampir 2 tahun dah maq tukar santan kelapa dengan susu cair. Susu dalam tin tulah . Harga dalam anggaran rm 2.60 setin. Yang biasanya orang guna untuk buat koktail , buat ABC , buat kek , puding dan bagai lagi . Semua jenama boleh guna , asal anda mampu beli . Maq biasa guna jenama ini. Okey Maq ada beberapa soalan yang perlu dijawab. 💜Boleh ke maq kalau dibuat masak untuk gantikan santan ? Jawapan maq : semua jawapan ada padamu.. - lirik lagu Aiman Tino pulak 🙊- haha ya , memang boleh sangat sangat. Maq masak kari guna susu ni , masak lomak cili api guna susu ni ,sambal goreng ,pechel , masak sayur goreng pun guna susu ini . Hasilnya ? Maq makan nasi dan bertambah nasinya,  Awesome !! 💜Yakin ke hebat rasanya maq ? Jawapan maq  : selera maq selera dinasour , sedap je 😂 tapi selera cerewet encik suami pun boleh layan kot , so , memang masuk lah citarasanya . 💜Kenapa maq pi...

Tanda Anda Berjaya Didik Anak

  Bismillah, 3 tanda anda telah berjaya dalam usaha mendidik anak. *Bila ditegur dia tak terus melenting *Dia sentiasa minta izin ibubapa sebelum buat sesuatu perkara *Dia takut untuk menipu dan berani bercakap benar. Sumber ,laman sosial manatah,maq dah lupa tapi maq masih ingat point point tu.Jadi tak salahkan kalau maq selitkan kat blog peribadi sendiri untuk tatapan sendiri dan orang keliling. Maq -dalam fasa mendidik cucu