Skip to main content

Kerana Syurga Itu Bukan Percuma


Gambar sekadar hiasan.


Perjalanan hidup ini , andai dibukukan, tak tahulah berapa banyak  naskah buku yang perlu disiapkan . Andai panjang umur , maka banyak lagilah buku buku itu perlu ditaip. Dari lahir hingga menjadi tua, terlalu banyak kisah dan jalan  ceritanya.

Terkenang kisah manis, maka tersenyumlah sendiri. Teringat kenangan pahit , terasa sebak didada. Kadang menitis sendiri airmata.

Dari zaman kanak kanak ,remaja, dewasa dan tua. Dari tidak tahu apa apa , single,berkerjaya , berpasangan ,berkeluarga dan kini sudah punya generasi sendiri.

Pernahkah dulu kita tahu yang kita akan jadi kita yang hari ini? Tak pernah terfikir langsung. Ternyata kita harini bermula dari gabungan sejarah kita yang sebelum itu.

Pernah dipesan , jika menyesal pada satu kesilapan ,jangan putus asa kerana ada lagi masa untuk mencuba. Pernah menangis pada satu kehilangan kemudian tersedar bahawa yang hilang itu bakal diganti dengan yang lebih baik lagi. Ternyata benar , Allah beri pada apa yang kita perlu.

Terasa malu kat Allah..

Saban hari minta itu dan ini ,hari hari nak macam macam . Nak hidup senang lenang ,nak kesihatan yang baik ,nak syurga,nak bahagia ,nak berjaya , sedangkan hak kepada Allah selalu terabaikan. Amanah Allah kadang hampir aja terpinggir. Malahan kerap pula meminta minta kat Allah :

 Ya Allah , jauhkan aku dari azab neraka. Berilah kejayaan didunia dan akhirat.


Hari hari minta . Hari hari merayu. Hingga timbul rasa malu kepada Allah. Rasa bagaikan  syurga sangat tak layak buat diri ini yang serba serbi kekurangan.  Dalam masa yang sama minda turut mengaku takut pada azab api neraka.  Dalam sedar dan berusaha ,  cuba memujuk  hati supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah. Buatlah segala perintahNya ,jauhkanlah apa jua laranganNya. Kerana syurga itu bukan diberi secara percuma. Dan nyawa itu cuma pinjaman yang sementara..

Popular posts from this blog

Rindu Yang Tak Mungkin Padam

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Cucu Asuhan Lain Dari Yang Lain

Skala Gempa Bumi Dan Kesannya

Ujian Cuti Panjang

Terus Jadi Tawar Hati

Diam Diri Umat Akhir Zaman

Petua dan Doa hilangkan bengkak

Blog Sunyi ,Maqnie pun Sunyi

Darah Tinggi VS Darah Rendah ,mana lebih bahaya?